Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, December 15, 2011

Majlis Konvokesyen ILKKM 2011


salam alaik XD
alhamdulillah, 2nd post untuk harini. dis time around, nak cerita sikit tentang konvokesyen ILKKM 2011 telah berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta minggu lepas.

alkisahnya, saya disunting untuk menjadi ajk konvokesyen melalui sahabat sy, K.ima Asmahani. pada mulanya 50-50 jugak antara nak pergi ataupun tak, sebab kena korbankan masa cuti. tp bila fikir-fikir semula, bukan senang nak dapat peluang menjengah tempat orang secara free of charge. tambah-tambah pulak,saya sebenarnya rindu dengan suasana menghandle majlis. macam zaman kat es-es-pi dlu la. yg paling dirindui, jadi emcee(walaupun tak bagus mane.he) so, lepas abah bagi green light nak pergi perak, terus konfemkan dengan k.ima. yahoo. seronok bangat!

rombongan tenaga kerja daripada kolej saya, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg.Buloh(KSKB SB) bertolak ke KSKB UK pada petang 2hb. namun, disebabkan sy dan k.ima masih kerja(praktikal) pada hari berkenaan, kami menggunakan alternatif lain, iaitu pergi dengan kenderaaan sendiri. so, k.ima ajak le tidur rumah dia semalaman. makanya, jauhla sy melancong cuti ni. dari KSKB SB-Felda sg.tengi(singgah rumah abg k.ima)-Felda Gunung Besout(rumah k.ima)-KSKB UK. pengalaman baru sangat2. 1st time melancong ke perak. :D

petang 4hb dec, sy dan k.ima tiba di KSKB UK. WOW. cantik gleer kolej nie. tak tipu. macam hotel taraf 5 bintang. tak yah compare dgn KSKB SB la, mmg kalah.hee ok, kalah bab kecantikan landscape,bangunan,teknologi la. KSKB SB tetap dihatiku.huhu masuk hostel dia pulak, memang wallapp. dua bilik, share toilet. tak perlu keluar bilik untuk ke tandas. sangat selesa lah konklusinya.

malam tu, sy diperkenalkan dengan rakan2 seangkatan yg akan sama2 bertugas sepanjang di KSKB UK nie. dapat kawan baru!sama kolej, tp berlainan kos. Nabila(farmasi),k.ija(farmasi),k.zuriati(fisoterapi),k.afiqah(occupational therapy) n selly(farmasi). diorg memang sangat best! cool :D then, ktorg diterangkan lah skop tugas kitorg sebenarnya sepanjang konvo nie.

Oke, at 1st ingatkan kena handle dalam dewan. dapatla tengok org terima award kan. pastu, k.ima ada bagitahu yg ktorg akan jaga gerai. makaih. sy dah terbayang2 kena jaga gerai makanan ke ape. alih2, kena jaga booth pemakanan sihat, dibawah nama "persatuan pengajar2 KKM".*mencabar*

shif bermula 8pg hingga 5ptg.(adakalanya dtg lambat)he. apa yg ktorg kena buat?
orang yg berkunjung ke booth kami akan menjawab kuiz, ujian minda dan soal selidik pemakanan. plus, terdapat unit kaunseling pemakanan di booth ktorg juga, dimana terdapat dietitian dr hospital Ipoh bertugas untuk org ramai yg ingin mendapatkan khidmat nasihat pemakanan. yg best dan havocnya, mereka yg datang perlu memutar 'roda impian' untuk mendapatkan set soalan kuiz.then, kena jawab ujian minda untuk mengetahui risiko pemakanan, sama ada pada tahap cemerlang, baik, atau sederhana. dan lastly, mengisi borang kaji selidik berkaitan pemakanan. penat mereka menulis, ktorg sediakan hadiah 'misteri'.haha oke, itulah rutin kami setiap hari. :)

yg sangat tak menahan, ktorang akan beri pendidikan kesihatan kpd semua yg menjawab ujian minda tu. soalan2 ujian tu perlu dijawab jujur. antara soalannya, "berapa kerap ambil sarapan" "berapa kali makan makanan bergoreng dalam seminggu" "berapa kali makan sayur dan buah-buahan dlm sehari" =.=' erk, tersekat di kerongkong. nak tak nak, memang kena bagitahu pendidikan kesihatan yg terbaik utk diorg ni. walaupun yg bercakap tu x berapa nak 'sihat' pemakanannya. adoy. menghantui tau soalan nie! budak2 m.a yg dataang booth ktorg panggil ktorg 'dietitian' kot.nak membeli belah makanan pun resah-gelisah. yela, takutla diorg nampak 'dietitian tak bertauliah' ni menbeli makanan tidak sehat. kan?

ok, kat sini terdapat banyak booth dibuka termasuklah gerai makanan dan minuman, souvenirs,baju, tudung,bunga dan hadiah, pemeriksaan mata, pemeriksaan kesihatan(check tekanan darah, glucose level,cholesterol,BMI) dan bermacam lagi.sy juga berpeluang untuk menderma darah buat pertama kali dalam hidup. :D pengalaman yg sangat indah, insyaAllah akan menderma lagi jika ada kesempatan. also, banyak duit dihabiskan beli air jambu hari2.haha

walaupun tak dapat tengok pelatih2 ILKKM ni ambil award, sekurang-kurangnya kegembiraan mereka dan keluarga sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri ni. insyaAllah akan buat yg terbaik untuk merasai detik2 manis yang sangat bermakna tu.
plus, sepanjang bertugas kat booth tu, macam2 pengalaman baru. dapat jumpa ramai org. dapat kenal pengajar drp kolej2 lain. dan kenal lebih dengan pengajar KSKB SB sendiri. da most important, dapat suntikan semangat drp para dietitian untuk menjalani healthy life style esp pemakanan. baru tahu, kos dietitian nie juga menyeronokkan. silap ambil kos lah sy nie. kalu tahu, amek dietitian kan.haha *koya*

seminggu yang bermakna. tkasih k.ima, lain kali mahu jd dietitian lg yer!
 \(^__~)/

breakfast kena ambil setiap hari, dun skip ur meal!
exercise selalu ye!

fast food sebulan sekali jep :p


psst: ms.dietitian kata, tak mustahil nk turunkan berat badan ni ke paras normal. tak da ape yg mustahil! sy syg para dietitians tu sbb dia sentiasa positif dalam setiap kata2 dia!tengs~

Baca sampai habes >>

Wednesday, December 14, 2011

::semester three done ::

salam alaik :D

cuti semester dah masuk minggu kedua. tp, bg sy baru cuti seminggu. tahu kenapa?
sy ada 'vacation' di 'UK'.hihi nanti sy akan buat entri khas sepanjang vacation tersebut. chekidaut#
oke, kali ni cuma nk summaries my life in sem 3. mari bace kalau rajin. : )

TEORI

alhamdulillah semester 3 sudah tamat. pelbagai pengalaman baru yg cukup2 bermakna buat sy n kawan2.
pembelajaran semester 3 tertumpu kepada obstetric & gynaecology(kebidanan & sakit puan)+ peadiatric(kanank2). sangat menyeronokkan dan sangat kena dengan jiwa. ecece :P

actly, agak berat hati nk tinggalkan sem 3, sebab lepas ni dah tak belajar Obstetric, Gynaecology, dan Peads. subjek2 best dan seronok sangat belajar. rasa macam tak puas lagi explore. tapi tak pe, hopefully apa yg diajar di ingat sampai bila2.(walaupun akan lupa.need to revise~)

tak dilupakan, subjek hard core medical & surgical. every sem dua subjek killer ni akan tetap memburu. kenapala mereka ni mesti ade?haha yes, tak dapat nak di elak lagi. nanti sy kerja, nilah benda utama yg akan sy bergelumang. ye dak? orang masuk hospital, mestilah sy kena tau macam mana perawatan, ubatan, nursing intervention, medication, surgeri, alatan blablabla~ huuh. kena betul2 master, baru rasanya yakin nak jadi staf nurse. OPPS.  sy dah half way in nursing. pejamcelikpejamcelik. need to complete another half way of study. tak sabar, tapi takut. -.- 



PRAKTIKAL

as usual. every sem ade 'clinical posting'/praktikal. alhamdulillah, kembali bertugas di HKL.my pebret hospital.hihi syukur sangat tak posting kat klang.hoho penat dah rasenya posting di klang sem 2 haritu. bukan penat dengan hospital, tp tak larat nak stay dekat hostel tu. dengan kelas prep, rocol. cant stand lor.

praktikal kali nie sangat unik. we're just like hopping n travelling into certain ward in HKL. of course, kami posting seminggu di obstetric, gynae, medical, surgical, peadiatric. after complete, we go another round, according to our roster, sampailah lebih kurang 2 bulan. 2 bulan yg dimaksudkan bukanlah stret, tapi diselang-selikan dengan exam, cuti dan sebagainya. overol, sangat seronok clinical sem ni. tak terasa sangat, dah habis semester 3. best! alhamdulillah.


pas kerja di HKL


 HKL, hospital di hatiku.hehe



STRESS

aha. stress, but not depression ok!hehe 
agak stress la. sem ni jadi penolong. banyak benda kena pk. kutip, duit,borang, buat annoncement, blabla. sangat takut bila pegang jawatan. kena jd perantara antara tutor dengan pelatih. macam2 la. next sem insyaAllah kasi chance org lain pulak. kalau boleh, biar semua org rasa mcam mana menjadi pemimpin. bagaimana handle dengan org atasan, dan berdepan dengan pelbagai ragam kawan2 sendiri. thanx kepada semua yg membantu sy, secara langsung atau x. maaf lah kalau selalu emoe ye. berkerut muka. masam mencuka. kening double jerk ke. haha thanx jgak kpd ajk2 kelas esp my boss, Hasif. s/u, Liyana. bendahari, Ona, p/a system, Mira. k.zara n da geng. not to forget, K.watie da best. XDS

walaupun pressure dengan tanggungjawab yg semakin bertimbun di bahu, namun, alhamdulillah segalanya berjaya di harungi walau dengan peluh merenjis, lelehan air mata, marah membara, geram, sedih dan sebagainya. terima kasih kepada semua yg hadir dalam chapter baru di semester 3.


EXAM

alhamdulillah. PNGS naik. PNGK turun.hehe memanglah pngk tu turun, sebab pngs sem lepas turun banyak. kan.haha insyaAllah akan perbaiki pointer untuk sem 4. mudah-mudahan Allah bantu.




teman studyku. k.watie da besh~


HOPE

harapnya, next sem akan menjadi lebih menarik, dan minat dlm nursing lebih mendalam. 
harapnya, sy akan cintakan nursing sepenuh hati, tanpa paksa, tetapi hanya rela dan redha.


psst, SATU TAHUN SETENGAH lg!insyaAllah.

sincerely,

JP Fatimah 
Basik 2/2010.



Baca sampai habes >>

Thursday, November 24, 2011

kitabun al mantoobun~


salam alaykum : )


buku ni hassan nye . . hihi



esok sy HK (hari kelepasan aka cuti )
plan nak pergi MPH book store.
memandangkan esk cuma sy seorang shj cuti(my grup),
maka, ai pergi sorang2 jela.
MPH Midvalley is da best!
landscape cun. nak search buku senang.
akan beli beberapa buah buku as a gift,
also for my me myself lor.hehe
insyaAllah.

psst: mak pesan beli buku pelajaran je. ngee~


Baca sampai habes >>

Monday, November 21, 2011

ratapan hati itu



salam alaik.

saya student. dia student. awk student. mereka student. kita semua student. kita belajar, sehingga satu saat kita dipanggil. sebelum waktu itu tiba, kita tetap pelajar di universiti kehidupan.

banyak yang saya belajar apabila berada di hospital yang merupakan rumah ketiga selepas baiti di raub, dan kolej tercinta saya. macam-macam. berhadapan dengan kerenah manusia saban hari memberi 1001 rasa. ada kalanya membuatkan hati ceria, sedih, marah dan bermacam lagi. namun, tanpa inilah yang membuatkan kehidupan saya berwarna-warni. langit tak selalu cerah, malam tak selalu kelam :)

teringat salah satu episod semasa berada di wad. . . .

di dalam kesibukan berada di wad surgikal itu, rupa-rupanya ada hati yang sedang berduka lara. tika semua bagai tak cukup tangan menjalankan tugas, ada hati kecil yang minta di dengari cetusan rasanya.

mungkin satu kebetulan saya menjengah ke cubicle 5, memandangkan hari tu saya incharge acute cubicle, 4. tiba-tiba terpandang kelibat seorang pakcik berbangsa India sedang duduk di katil menghadap ke tingkap, memandangkan katil dia terletal di belakang sekali, sebelah tingkap. rajin pula kaki ni menapak ke arah pakcik tu. ringan terasa mulut nak bertanya dan berbual. hajatnya, seketika cuma. masa saya datang kepada dia, ternyata dia sedang membuka butang baju dan di sisinya ada sepersalinan pakaian.

saya: Uncle, mana mau pergi?

uncle: balik la. doktor kata sudah boleh keluar.

saya: oh. itu sudah bagus la. ada sihat ka?

uncle: ini macam la. (tiba-tiba dia sebak) sudah banyak tahun ini macam. keluar masuk wad saja. kadang2, saya pk, tak ada guna ini nyawa. amma tada. bapa tada. adik beradik semua sudah mati. saya hidup satu orang saja. saya pk daripada hidup, terjun bangunan, gantung diri ada lagi baik. (air mata dia mengalir laju, sambil menangis terhinjut2)

saya : uncle... tara baik ckp ini macam. uncle mesti kuat...

uncle : saya sudah 75thn. kalau ada amma tara apa la. ada bapa tara apa. ini semua sudah mati. saya hidup satu orang saja. satu org saja . . . . apa guna lagi mau hidup?

saya :(kebingungan) erm, uncle, mesti mau sabar. hidup untuk diri sendiri. tara amma, bapa, adik beradik pun tidak apa la. Tuhan ada. dia mesti tolong uncle. ramai orang nak panjang umur. uncle beruntung sudah 75thn. masih kuat boleh bangun. tengok orang lain yang sama umur dgn ucle, ini macam umur sudah banyak tak daya mau bangun. terbaring saja. uncle kena hargai tu...

uncle: tara guna saya hidup satu orang. nasib baik ada kawan mau bantu. saya banyak sedih...

tiba2 staf nurse panggil. so, perbualan terpaksa ditamatkan....

apa konklusinya?

hidup...susah kita nak duga. memang senang saya nak nasihat uncle tu. tapi, hati yang menanggung? terlalu berat dirasakan apabila hidup di dunia tanpa orang yang dikasihi. tak dapat membanyangkan. takut. hurm.

puisi Ustz Pahrol Mohd Juoi dlm buku "Di mana Dia di hatiku?" m/s :147

Rahmat Allah itu Luas

pandanglah ke bawah
untuk sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insaf amalmu yang terbatas
moga di situ nanti takut dan harapanmu bersemi

kekadang mahmudah tidak dapt dicapai dengan amalan
tapi harus ditempuh oleh kerikil ujian
sering kali kealpaan dan mazmumah diri
diperingat oleh kesempitan rezeki

sejauh mana kita mengasihi manusi
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada Yang Esa
hitung kesyukuranmu
bukan kesukaranmu

kekadang Tuhan menyempitkan
agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan
kekadang Dia melapangkan
agar engkau tidak selalu dengan kesempitan
kekadang Dia melepaskan kau daripada kedua-duanya
agar engkau tidak bergantung
sesuatu selain-NYA!







teringat abang semasa dia memakai baju hijau tu~
syukur, rahmat Allah tetap luas!

Baca sampai habes >>

Sunday, November 20, 2011

:)

harapan. tak slh brharap.kan?
tingginye harapan?
aim kena high, at least kalau sasaran tak tepat,
ia tak tersasar jauh dr aim kita. kan? :D



p/s: nak dptkn syabab musafir kasih di mph, sooner or later~

Baca sampai habes >>