Kami tak takut jarum :)
Berilah injection LIKE pada blog ini
Saturday, December 11, 2010
Friday, December 10, 2010
Lepas balik daripada hospital, abah relax2 kejap, dan nak balik Dong dah. Ingat kan abah nk stay kat sini samapi esok ke. Rupe-rupenye, abah bergegas nk balik sebab nk tak sabar nak jumpa best fren dia, P.Cik Usop yang baru balik daripada menunaikan ibadah haji sejak Ramadan yg lalu :) so sweet la abah ni. Sape cakap org muda je pentingkan kwn? Abah pun sama tau. Yep2, saya pun rindu sangat sahabat baik saya! Kalau boleh nk sangat jumpe. Qist, Teha, Yunie, Wawa, and sahabat2 Orion. Tak dilupekan K.Watie, Sis Nana, K.Ayu :)
No worries~ ada jodoh, rezeki, kite jumpa ok! insyaAllah:) teringat sesuatu:-
Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat". Mereka adalah:
- Pemerintah yang adil
- Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
- Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
- Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
- Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
Abah: kalau pakai tudung, kena pakai cap( yg nurse non-muslim usually pakai) ke?
Saya: Tak payah. Student nurse non-muslim je pakai cap. Tapi kalau dah kerja nanti, kalau yg Islam, taknak pakai tudung di bolehkan. so, ganti kepada tudung, cap tu la. Masa student, yg Islam wajib pakai tudung.
Abah: Ade pulak macam tu. Ingat tudung tu sunat ke?? Awk kena ingat, walaupun abah, mak takda, kena kekalkan bertudung tu. (tbe2 rasa nk nangis. nangis dlm hati. T.T)
Ouch jugak le. Tapi tu la hakikat. Ramai yang hanya bertudung sebab mengikut etika @ peraturan duniawi kan? Peraturan Tuhan? Moga mereka diberi hidayah, insyaAllah.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..”
Petang tadi ade AlKuliyyah. Tajuknya Ubat& Doa. Masa tu saya duduk berkurung dalam bilik. Baru nk buka helaian pertama Novel Enrique Mengundang Jauh, karya H.M Tuah Iskandar. Dengan muka segan duduk depan tv lepas Ngah panggil. huhu thanx ngah. alhamdulillah, bukan slalu dapat tengok Alkuliyyah ni. lebih-lebih lagi saya ni bukan kaki tv. so, cuma nak kongsi ayat yang ustaz tu kongsi dengan para penonton tadi. Ayat yg boleh menyembuhkan penyakit rohani, jasmani. Surah Al-Anbia' ayat, 87. Ayat yg dah biasa kita dengar :-
لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Inilah doa yg diamalkan oleh Nabi Yunus semasa berada 40 hari, 40 malam di dalam perut ikan nun. Ayuh amalkan sama-sama ye. insyaAllah sama-sama beroleh manfaatnya. :)
Tidak dilupakan 'Bittaufiq wannajah fil imtihan' kepada kwn saya yg akan menduduki final sem exm esk! Allah yubarikfik:)
Posted by Imah ;D at 5:11 AM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: halwa jiwa
Tuesday, December 7, 2010
clinical area^^definitely FUN
salam alaik. alhamdulillah sekarang sedang bercuti semester selama sebulan(3 minggu je act).so, post kali ni, saya nk ambil kesempatan untuk bercerita panjang lebar tentang clinical are(penempatan klinikal) aka praktikal saya sebagai JP(jururawat pelatih) di HKL. pengalaman yg sangat best dan bermanfaat sgt!
first of all,kami JP daripada sem1-sem6, semuanya diwajibkan untuk ke 'Clinical Area' selepas beberapa bulan teori di kelas. setiap JP dibekalkan dengan Buku Log, dimana kami ditugaskan untuk melakukan beberapa prosedur Teras(wajib) dan Optional untuk disiapkan. Antara prosedur-prosedur teras yg wajib kami lakukan seperti baringan,pemberian mask,mancatat I/O chart,ambil BP suhu nadi pernafasan dll. prosedur optional pula seperti syampu rambut,L.O,dll. Jadi, selepas melakukan mana2 prosedur tersebut pd pesakit, kami akan mencatatkan RN(nombor daftar) pesakit dan catatkan dalam log book. kemudian, minta tanda tangan Clinical Instructor(C.I) aka pengajar/lecturer yang incharge clinical. pandai2 la jujur pada diri untuk dapatkan cross tersebut. sebarang penipuan, tanggungla akibatnye!setiap JP diwajibkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 85% cross untuk melayakkan diri ambil peperiksaan FINAL/summatif.
OK. praktikal saya ada 2part, iaitu selepas peperiksaan Formatif, dan selepas peperiksaan Summatif. Part 1, saya ditempatkan di Wad Perubatan/Medikal selama sebulan. Wad NW23!ye, itulah wah yg sangat mencabar & memberikan pelbagai pelajaran baru pd saya dan 25 JP lain yg ditempatkan di wad yg sama. Kami dibahagikan kepada 2 syif. satu syif seramai 13/12 org. Dalam wad pula terdapat 5 cubical dan setiap cubical terdapat 2-3 JP. Saya bertugas dengan K.zara& Hanim. alhamdulillah dpt cubicalmate yg memahami. almaklum la sy ni byk kekurangan. so, kami saling melengkapi,alhamdulillah:)
NW23wad yg sangat busy!Staft Nurses yg busy!H.O yg busy!semua busy, dan tak cukup tangan. banyak perkara baru yg Staft nurse ajar, antaranya mengambil Dxt, beri nebulizer, ganti Normal Saline,catat Observation,beri orentasi wad,beri oksigen, dll. selain itu, saya juga berpeluang menghantar pesakit melakukan xray,ultrasound,MRI,dialysis dll. antara pengalaman yg tak dapat dilupakan ialah melakukan L.o(last office) aka pengurusan mayat. perasaan mendebarkan tu berlarutan selama hampir seminggu. scary pada mulanya, tp sangat bersyukur sbb bukan semua org berpeluang melakukan L.O!
Rutin Harianpagi-pagi lepas Subuh sudah bertolak ke HLK. berebut bas bagai nk rak!hari2 doa ngn k.zara,Fatma&ira "Ya Allah, bagilah seat kepada yg memerlukan" alhamdulillah, so far cuma beberapa kali je berpeluang untuk berdiri.alhamdulillah:) sampai je wad, terus tolak troli linen dan buat 'Bed Making' aka kemas katil pesakit. mana2 pesakit yg nk ke tandas kita tolong tolak wheelchair. yg tak boleh turun dari katil, kita buat 'Sponging' aka mandi lap di katil. mana yg nk tukar pampers,bedsheet,kita tolong juge. tolong lap badan, sabunkan,bedakkan, taruk lotion.yeah! sronoknye pesakit kite wangi & bersih! mereka akan ucap 'trima kasih, nak..' ikhlas bunyinye:)setiap hari juga, kami ditugaskan untuk mengambil observation para pesakit.iaitu check BP(blood pressure),suhu,respiration,dan pulse. kemudian catat dalam observation chart untuk pantauan DR dan Staft Nurse.
majoriti pesakit ialah org tua, dan datang dari pelbagai latar belakang.ada yg anak2,cucu2 datang melawat. dan tak kurang ada juga yg dari rumah kebajikan. sedih sangat bila dengar cerita mereka ni. bila kita selami sorang2, kita akan dapat muhasabah diri.hakikatnya, masih ada segelintir anak2 yg bekerja & sibuk hingga sanggup menghantar org tua mereka ke rumah kebajikan.alangkah perit hati seorg ibu, begitu balasan kepada ibu yg membesarkan mereka dari kecil hingga besar. macam2 ragam manusia yg boleh dilihat, walaupun hanya di wad sebab hari2 memang kita bekerja dengan kerenah manusia.sudah faham.
Di NW23 juga saya lihat banyak perkara..belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yg memenatkan.tak sempat makan.saya belajar untuk faham realiti dunia pekerjaan tidak seindah dunia belajar. jadi, saya belajar untuk menghargai betapa manisnya dunia belajar.saya nk manfaatkannya!dulu2 nk jadi doktor.so, Allah masih bagi peluang pd saya, tak dapat jadi doktor, kerja sama-sama dengan doktor pun ok! tp, Ya Rabbi...memang busy tahap maXx la.esp, H.O(houseman).tak sempat tidur, makan. ada juga yg tertidur kat kaunter.kesian, memang kesian, tp tu semua satu pengorbanan. berbakti untuk mansyarakat, itulah yg harus kita bayar.so, masyarakat luar sana, janganlah tahu nk komplen je, fikir juga kesulitan mereka ni. kita paramedik memang mengutamakan pelanggan, tp kecemasan diutamakn tau!sama2 kita sabar!
selepas sebulan di NW23, kami terpaksa ucap selamat tinggal dan ucap Welcome back to class!bersedia untuk peperiksaan Summatif aka Final Exam! right after final, terus kami dihantar ke klinikal semula.Part 2,.. Kali ni, kami ditempatkan di wad SW6 pula.wad ortopedik perempuan!sebelum masuk wad ni, macam2 la bermain di fikiran. wad minah rempit ke? bila dah masuk wad ni, rupa2nya lain sangkaan saya. kebanyakan pesakit sudah lama menetap di wad ni. ada yg dah tinggal di wad selama 3-4 bulan. so, no wonderlah Observation chart mereka sangat tebal!hehe memang dah boleh hafal sangat makcik2 penduduk tetap wad. mereka ni ramai yg terlibat dengan accident, jatuh kat bilik air, dll. macam2 kes dapat lihat di SW6. ada yg disebabkan infected kuman, backsore(kudis tekanan), kencing manis, dll. SW6 tak sesibuk NW23. tp kepenatan tu tetap ada. antara pengalaman baru ialah tengok pemasangan POP(plaster of Paris) aka simen kaki. sangat excited sebab selama ni ingat mereka simen kaki,tangan tu macam org simen lantai rumah tu.hehe tapi ni lain la..
Ada juga kes2 pelik di SW6, seperti kes untie sorg ni. dia dimasukkan ke wad ortopedik ni sebab terkena penangan seekor UDANG?lucu dengar, tp begini ceritanya..
suatu hari, dia makan udang. tbe2 udang tu kiss jari untie ni dgn muncung dia yg tajam!ouchhhh!sakit bukan kepalang, dan muncung udang yg tertusuk pada jari untie tu tertinggal di dalam kulit. mula2 sakit biasa2 je. lama-kelamaan, nanah mula muncul, dan jari-jemari untie tu mulai kebas, then, barulah dia berjumpa dengan doktor. satu operation di atur.selepas operation, kebas pun hilang dan dia jarinya sedang dirawat sehingga sembuh.:) saya akan ingat untie sampai bila2.hehe
Dan banyyak lagi kisah menarik.tp, penatnya nk menaip.huhu setakat ini sahaja kisah saya di clinical area. dan setiap semester sudah pasti ada klinikal. so, nantikan sem depan pula untuk kisah yg berbeza pula,insyaAllah. thill then~
psst: membayangkan bertugas bersama-sama Dr.Qistina & Dr.Norfatihah soon=) amin
Posted by Imah ;D at 5:55 PM 2 yang cute melawat Cik Misi
Labels: kisah cik misi
Tuesday, November 16, 2010
Salam Eid Adha :D

ini gambar aidil adha d ssp 2009!
ini gamba aidil fitri dulu:P
salam alaik:D yeah,alhamdulillah, i'm home. alhamdulillah berkesempatan untuk mencoret new post untuk aidil adha nie. syukur lillah ats kurniaan nikmat yg tidak terhingga. syukur krn masih bernafas.dapat menghirup udara aidil adha ini bersama-sama keluarga terchenta, walaupun kali ni x semeriah aidilfitri. namun,bahang aidil adha ttp dirasai dengan adanya aroma rendang, nasi impit n kuah kacang,lemang,dodol.syukur.sedaap sangat mak masak!
**thumbs upp**('-')V *peace*
cume...terkenang zaman spm dlu2...last year, 1st time beraye di perantauan a.k.a sekolah.huhu mcm2 experiences----->
bertakbir raye bersame2, menangis same2, gelak same2,makan same2, sumenye bersame2 orion terchentaa!sumenye tinggal memori,dan yang pasti, memori terindah:D :D
yeah.cuti 4 hari ni mesti dimanfaat sehabes baek!:D makan.makan.makan! yg pasti peluang bermanje ngn mak+abah.huhuhu tp,abah demam.so,tak jalan mane sangat... n pagi td habis satu rumah Cheq Misi check BP(blood pressure)..memang sengaja bawak balek spygmomanometerku. sume beratur nk check BP..nampaknye bleh buat kontrak,n bleh menjana pendapatanku..chewahh..just kidding:P erm,BP abah okeh. mak pnye BP tinggi sket. mane x nye, kelentang-kelentung kat dapur ciapkan menu raye dari malam,smbung ke pg..thanx mak! hopefully ur BP getting stable soon.insyaAllah.
nothing much to say.thanks to those yg hantar msj raye ea..mereka2 yg dah lame x contact pun ade memunculkan diri dengan mesej sebagai ganti diri...syukran alaik,..
last but not least, KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR:D :D
p/s:jap,ade org ajak p beraye.adios.amigos! till then~
Posted by Imah ;D at 10:16 PM 2 yang cute melawat Cik Misi
Labels: life
Friday, November 5, 2010
i'm back!
salam alaik.lame sudah menyepi je. not in the mood of blogging. demam peperiksaan pula.tp macam tak ada kesedaran sangat.ntah kenapa ntah.at least one paper done already!alhamdulillah, soalan2 short essay question(SEQ) semua sempat bace.
tak lah rase menyesal lepas keluar exam hall.hopefully semua pass n naik sem. amin.. kpd sahabat2 yg sudah, sedang, atau akan menduduki exam, ALL e BEST!!
Dalam beberapa bulan kebelakangan ni, macam2 yg berlaku. 1stly, abg pi(abg ipar) accident.masa tu saye tgh praktikal lagi. mcm2 la terfikir time tu. tp sesungguhnye doa tu kan senjata mukmin. ramai betul yg bg sokongn x berbelah bagi pd ngah esp. mereka semua insan yg kuat.tabah menghadapi ujian tu. alhamdulillah, hari ni ngah dah mampu berlapang dada, walaupun keadaan abg pi still x ok, but stable enough. mudah2an abg pi cpt sembuh!
2ndly, makcu dpt ank buah baru!! bukanlah ank buah first, tp gelojak hati berasa excited ttp ade!alhamdulillah, k.nur selamat melahirkan ank sulungnya Mohamad Aqil b. Mohamad Taufik.very cute baby n gebu sangat!makcu x saba nk jumpe Aqil!!jumpe mase raya haji nnti ye, InsyaAllah..tak sabar jugak nk tengok Pek si ayah mude, dukung baby.so sweet lahh!alhamdulillah...teringat pula kata2 nie..
"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari , rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah."
dan saye masih di sini. belajar dan terus berusaha mingkatkan ilmu di dada..exam masih berjalan..mudah2an semuanye dipermudahkan urusan..atfa exam, we're gonna fight for 3 weeks of practical. again, HKL! environment baru pula ye, WAD ORTOPEDIK(P). wah!harapnye semua berjalan lancar. dan saye dah x sabar nk cuti sem!uuhhh!!
Ya Allah berikan hambaMu ini kekuatan....amin ya rabbal alamin:D
Posted by Imah ;D at 11:51 PM 0 yang cute melawat Cik Misi
Labels: life





