Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, December 7, 2010

clinical area^^definitely FUN

salam alaik. alhamdulillah sekarang sedang bercuti semester selama sebulan(3 minggu je act).so, post kali ni, saya nk ambil kesempatan untuk bercerita panjang lebar tentang clinical are(penempatan klinikal) aka praktikal saya sebagai JP(jururawat pelatih) di HKL. pengalaman yg sangat best dan bermanfaat sgt!

first of all,kami JP daripada sem1-sem6, semuanya diwajibkan untuk ke 'Clinical Area' selepas beberapa bulan teori di kelas. setiap JP dibekalkan dengan Buku Log, dimana kami ditugaskan untuk melakukan beberapa prosedur Teras(wajib) dan Optional untuk disiapkan. Antara prosedur-prosedur teras yg wajib kami lakukan seperti baringan,pemberian mask,mancatat I/O chart,ambil BP suhu nadi pernafasan dll. prosedur optional pula seperti syampu rambut,L.O,dll. Jadi, selepas melakukan mana2 prosedur tersebut pd pesakit, kami akan mencatatkan RN(nombor daftar) pesakit dan catatkan dalam log book. kemudian, minta tanda tangan Clinical Instructor(C.I) aka pengajar/lecturer yang incharge clinical. pandai2 la jujur pada diri untuk dapatkan cross tersebut. sebarang penipuan, tanggungla akibatnye!setiap JP diwajibkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 85% cross untuk melayakkan diri ambil peperiksaan FINAL/summatif.

OK. praktikal saya ada 2part, iaitu selepas peperiksaan Formatif, dan selepas peperiksaan Summatif. Part 1, saya ditempatkan di Wad Perubatan/Medikal selama sebulan. Wad NW23!ye, itulah wah yg sangat mencabar & memberikan pelbagai pelajaran baru pd saya dan 25 JP lain yg ditempatkan di wad yg sama. Kami dibahagikan kepada 2 syif. satu syif seramai 13/12 org. Dalam wad pula terdapat 5 cubical dan setiap cubical terdapat 2-3 JP. Saya bertugas dengan K.zara& Hanim. alhamdulillah dpt cubicalmate yg memahami. almaklum la sy ni byk kekurangan. so, kami saling melengkapi,alhamdulillah:)

NW23wad yg sangat busy!Staft Nurses yg busy!H.O yg busy!semua busy, dan tak cukup tangan. banyak perkara baru yg Staft nurse ajar, antaranya mengambil Dxt, beri nebulizer, ganti Normal Saline,catat Observation,beri orentasi wad,beri oksigen, dll. selain itu, saya juga berpeluang menghantar pesakit melakukan xray,ultrasound,MRI,dialysis dll. antara pengalaman yg tak dapat dilupakan ialah melakukan L.o(last office) aka pengurusan mayat. perasaan mendebarkan tu berlarutan selama hampir seminggu. scary pada mulanya, tp sangat bersyukur sbb bukan semua org berpeluang melakukan L.O!

Rutin Harianpagi-pagi lepas Subuh sudah bertolak ke HLK. berebut bas bagai nk rak!hari2 doa ngn k.zara,Fatma&ira "Ya Allah, bagilah seat kepada yg memerlukan" alhamdulillah, so far cuma beberapa kali je berpeluang untuk berdiri.alhamdulillah:) sampai je wad, terus tolak troli linen dan buat 'Bed Making' aka kemas katil pesakit. mana2 pesakit yg nk ke tandas kita tolong tolak wheelchair. yg tak boleh turun dari katil, kita buat 'Sponging' aka mandi lap di katil. mana yg nk tukar pampers,bedsheet,kita tolong juge. tolong lap badan, sabunkan,bedakkan, taruk lotion.yeah! sronoknye pesakit kite wangi & bersih! mereka akan ucap 'trima kasih, nak..' ikhlas bunyinye:)setiap hari juga, kami ditugaskan untuk mengambil observation para pesakit.iaitu check BP(blood pressure),suhu,respiration,dan pulse. kemudian catat dalam observation chart untuk pantauan DR dan Staft Nurse.

majoriti pesakit ialah org tua, dan datang dari pelbagai latar belakang.ada yg anak2,cucu2 datang melawat. dan tak kurang ada juga yg dari rumah kebajikan. sedih sangat bila dengar cerita mereka ni. bila kita selami sorang2, kita akan dapat muhasabah diri.hakikatnya, masih ada segelintir anak2 yg bekerja & sibuk hingga sanggup menghantar org tua mereka ke rumah kebajikan.alangkah perit hati seorg ibu, begitu balasan kepada ibu yg membesarkan mereka dari kecil hingga besar. macam2 ragam manusia yg boleh dilihat, walaupun hanya di wad sebab hari2 memang kita bekerja dengan kerenah manusia.sudah faham.

Di NW23 juga saya lihat banyak perkara..belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yg memenatkan.tak sempat makan.saya belajar untuk faham realiti dunia pekerjaan tidak seindah dunia belajar. jadi, saya belajar untuk menghargai betapa manisnya dunia belajar.saya nk manfaatkannya!dulu2 nk jadi doktor.so, Allah masih bagi peluang pd saya, tak dapat jadi doktor, kerja sama-sama dengan doktor pun ok! tp, Ya Rabbi...memang busy tahap maXx la.esp, H.O(houseman).tak sempat tidur, makan. ada juga yg tertidur kat kaunter.kesian, memang kesian, tp tu semua satu pengorbanan. berbakti untuk mansyarakat, itulah yg harus kita bayar.so, masyarakat luar sana, janganlah tahu nk komplen je, fikir juga kesulitan mereka ni. kita paramedik memang mengutamakan pelanggan, tp kecemasan diutamakn tau!sama2 kita sabar!

selepas sebulan di NW23, kami terpaksa ucap selamat tinggal dan ucap Welcome back to class!bersedia untuk peperiksaan Summatif aka Final Exam! right after final, terus kami dihantar ke klinikal semula.Part 2,.. Kali ni, kami ditempatkan di wad SW6 pula.wad ortopedik perempuan!sebelum masuk wad ni, macam2 la bermain di fikiran. wad minah rempit ke? bila dah masuk wad ni, rupa2nya lain sangkaan saya. kebanyakan pesakit sudah lama menetap di wad ni. ada yg dah tinggal di wad selama 3-4 bulan. so, no wonderlah Observation chart mereka sangat tebal!hehe memang dah boleh hafal sangat makcik2 penduduk tetap wad. mereka ni ramai yg terlibat dengan accident, jatuh kat bilik air, dll. macam2 kes dapat lihat di SW6. ada yg disebabkan infected kuman, backsore(kudis tekanan), kencing manis, dll. SW6 tak sesibuk NW23. tp kepenatan tu tetap ada. antara pengalaman baru ialah tengok pemasangan POP(plaster of Paris) aka simen kaki. sangat excited sebab selama ni ingat mereka simen kaki,tangan tu macam org simen lantai rumah tu.hehe tapi ni lain la..

Ada juga kes2 pelik di SW6, seperti kes untie sorg ni. dia dimasukkan ke wad ortopedik ni sebab terkena penangan seekor UDANG?lucu dengar, tp begini ceritanya..
suatu hari, dia makan udang. tbe2 udang tu kiss jari untie ni dgn muncung dia yg tajam!ouchhhh!sakit bukan kepalang, dan muncung udang yg tertusuk pada jari untie tu tertinggal di dalam kulit. mula2 sakit biasa2 je. lama-kelamaan, nanah mula muncul, dan jari-jemari untie tu mulai kebas, then, barulah dia berjumpa dengan doktor. satu operation di atur.selepas operation, kebas pun hilang dan dia jarinya sedang dirawat sehingga sembuh.:) saya akan ingat untie sampai bila2.hehe

Dan banyyak lagi kisah menarik.tp, penatnya nk menaip.huhu setakat ini sahaja kisah saya di clinical area. dan setiap semester sudah pasti ada klinikal. so, nantikan sem depan pula untuk kisah yg berbeza pula,insyaAllah. thill then~

psst: membayangkan bertugas bersama-sama Dr.Qistina & Dr.Norfatihah soon=) amin

2 Comments:

bhsp said...

imah sangat touching dengan artikel anda..papepon yg paling penting bukan kejayaan dunia yg pasti tapi akhirat yang kekal abadi.Biarpun kita tak dapat apa yang kita impikan di dunia ni semoga kita dapat reda ilahi..imah aku ni sangat lemah.Doakan aku jugak imah..sekarang selau ada konflik dalaman.hati ni selalu tak istiqaamah.Sangat sedih dgn diri sendiri.Tau apa yang aku buat salah tapi susah sangat hati ni nak melawan godaan syaitan laknatullah.Aku perlukan sokongan n nasihat yg sentiasa dr kawan2 semua.tapi sampai bila kan aku nk depens ngn korang =(

Imah ;D said...

salam, wada da bomb, da mantop, da patnam alig2!hehe

thanx wada ats komen membina!syukran awi, ukhti:)

wada, kite sume manusia, mmg banyak sifat lemah. cuma Tuhan kite yg bersifat sempurna.
no worries wada. kekuatan wada ade dlm diri wada, yg wada je x sedar.

dulu wada slalu je merendah diri, slalu je ngntuk time study sume.

tp efforts wada sangat tinggi. di samping ushe dlm study, wada pun ade wt solat hajat+bce quran dll.
insyaAllah sume tu ade jgak membantu wada dpt result mantop!

makhluk btnduk nie mmg akan menyesatkan+membisikkan kite umat manusia nie sampai kiamat.tu mmg sume org tau. so, kite kkdg xterleps drp diuji dgn godaan sume.

kengkawan wada juz pengantara utk nasihat, sokong wada...tp hakikatnye, sume tu dgn kuasa Allah utk buka hati wada.

LA TAHZAN sahabat...doa sungguh2, insyaAllah Dia bantu wada dlm tiap2 tndakan, insyaAllah.

***asif byk bebel...hehe