Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, January 12, 2014

4 bulan 4 hari::

Assalamualaikum.


4 bulan lalu, semasa matron mengumumkan nama saya di tempatkan di wad sekarang, hati penuh dengan tanda tanya. kecut perut sampai sekarang tak reda. tempat yg paling dihajati, operation theater xdapat. sobs
Agak jeles dengan org yg dapat OT. ok fine, freshie diorg tak ambil. cuma 2 org akak transfer in(from other hospital) yg dapat OT. walau apa pun, saya tetap bersyukur, sebab ditempatkan di critical unit. which is also my dream :) alhamdulillah.....

1st day lapor diri di tingkat 4, naik je wad, serba salah nak masuk. kami bertiga. saya sorang freshie. bersama 2 lagi akak transfer in. sorang dr HTAR, sorang dari HSA. diriku terasa kerdil di situ. no experience in icu even masa student kitorang x pernah masuk ICU. apatah lagi di icu jantung. kanak-kanak. *telan air liur* my very 1st impression tentang wad ni macam tak busy. time tu patient 2-3 org je. staf dalam 4-5 org per shif. dan sister bg sikit sebanyak orientasi wad pada kitorang. sister pun mesra. hati pun lega.

1st week berjalan lancar. kerja office hour. tagging dengan senior ikut assignment. tolong2 je at first. bagi ubat, update vital sign charting. nak pegang patient takut2. seriously. dengan ventilator bagai. kenal pun tidak. hehehehe seriau!

A fews weeks later, dah start incharge patient. tulis report, bagi ubat, and jaga patient almost A-Z me myself. senior sentiasa pantau. selalu tanya "imah OK?" which always make me calm. rasa selamat gitu.haha
thanx k.min, k.leha, k.nadiah, k.pijah, k.piqa, k.zura, k.ita, k.mimi, k.nik, k.liza,k.rohid, k.shikin, k.ana, k.norzie,k.tasha,k.nazurah, k.zahirah,k.aida,k.sari dan lain-lain...banyak tolong...banyak ajar.. means a lot to me...perjalanan ni masih panjang. mohon sentiasa guide diriku....(walaupun diorang tak baca pun. haha :P)

Harini dah 4 bulan, 4 hari. alhamdulillah. perkara yang paling saya suka bila datang kerja ialah bekerja dalam suasana yg unstressful. teamwork. tolerate and motivate each other. and of course demi menyelamatkan pesakit2 kami. bunyi macam poyos gila. tapi thats true story.

berhadapan dengan kes yang kritikal/tenat setiap hari adakalanya jadi 'terbiasa'/immune.
namun ada ketika, kesayuan bertandang.dan sesekali air mata gugur jua.
sebagai insan, hati ni tak dapat lari daripada bersikap simpati dan empati.

perjalanan masih panjang.
moga Allah bantu dalam setiap langkah.

"sahaja aku bekerja lillahitaala"

sematkan dalam dada. moga ikhlas menjelma. insyaAllah...

0 Comments: