Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, May 18, 2013

Episod Terakhir::

salam alaikum. (:


Isnin ni result final exam akan keluar. pejam celik, pejam celik, dah nak tamat pun kursus selama 3 tahun ni. tapi rasa macam baru sangat lagi masuk, dah abis? 

imbas sikit detik2 macam mana boleh terjebak dengan dunia nursing ni. kalau di fikirkan semula tak pernah terfikir akan berada kat tempat ni sekarang. jadi misi, pakai uniform putih, jadi orang kementerian kesihatan, belajar pasal penyakit, disuntik nilai2 professional, kerja berpasukan, penyayang. tak sangkanya akan terjebak dengan semua ni. hehe rasa macam mimpi indah. separa lagi mimpi ngeri. ada manis. ada pahit. kelat pun ada. hangit? erk.


tak tahu mana nak mula. em...bila ingat semula detik-detik lepas SPM, perasaan sangat kecewa tu masih berbekas sampai sekarang. masa tu bila orang tanya result berapa, rasa malu sangat nak bagitau. yela, bila high expectation orang ke atas kita, stress yang amat lah. lebih-lebih lagi tengok mak abah macam hampa je. ayat "rugi 5 tahun berulang ke Cyberjaya" seakan-akan menjerut jiwa dan raga. sedih. alhamdulillah time tu ramai sangat support. esp family and friends. kalau tak kerana diorang mungkin saya dah ambil keputusan dibawah pertimbangan akibat kecewa melampau. syukur Allah sayangkan saya. Dia hantar insan2 yang tak putus menaikkan spirit. Thank You Allah!:D

lepas kekecewaan SPM, saya buat keputusan untuk buka buku baru di Matrik N9. semangat baru di tempat baru. dengan insan2 yang baru. masa tu cuma sorang je yang saya kenal, Aimi kawan masa SSP. tu pun jarang gile jumpa. mula2 masuk dia bagi Sains Fizikal. tapi lepas ditimbangtara, saya ambil keputusan untuk tukar kepada Sains Hayat, dengan alasan nak lari daripada calculation. hihi but still kena ambil subjek Maths, yang susah macam addmaths jugak. :P punya lah nak lari. sepanjang 1 bulan 6 hari kat Matrik N9, Allah pertemukan saya dengan Deeba, Mila, Azira, Ika, dan kawan2 satu praktikum yang happening. taklah skema sangat. (sebab org cakap budak hayat skempos!hee)

Ida, Yana, Adah :) *rindu*

antara perkara yang tak dapat dilupakan kat matrik ialah rumet lagi 3 orang tu. diorang best!diorang lah yang menceriakan hari-hari saya kat matrik. dan one of my rumet, Adah, sangat minat nak masuk nursing! beriyer gile dia cerita kelebihan2 nurse. skop kerja bagai. saya tak minat. dan hari result SPA8 keluar, Adah menangis teruk. dia tak dapat offer tu. adik kembar dia, Ain dapat. sedih yang amat sebab akan berpisah dengan kembar buat kali pertama dan sedih sebab tak dapat masuk nursing. dan saya? bila tengok Adah yang beriyer nak xdapat, saya yang dapat ni pulak yang macam takde perasaan mula2 sebab memang x plan nak pergi. lepas tanya banyak pihak, ramai suruh pergi. dan hati pun kata pergi. insyaAllah Allah bg petunjuk buat keputusan masa tu. dan 1 bulan 6 hari lepas di matrik, saya pun undur diri demi 1 perjuangan yang baru.

1 Julai 2010, JP Fatimah mendaftar sebagai Pelatih Diploma Kejururawatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Selangor. maka, bermulalah satu lagi episode bersejarah dalam kehidupan saya. 
dan episod ini sudah hampir kepada garisan penamat. bukan penamat bagi proses pencarian ilmu, cuma ada satu kisah daripada perjalanan ini perlu ditamatkan untuk ke episod seterusnya dengan level yang lebih mencabar. moga Allah reda perjalanan selama 3 tahun ini. moga Allah bantu disetiap langkah yang masih kabur dihadapan. tanpa Allah, aku bukan siapa-siapa pun....

sem 1-pipless :)

0 Comments: