Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, May 21, 2013

Life as a trainee nurse ::

Salam alaikum ^_^


kalau dikira-kira, tinggal 3 minggu lagi nak tinggalkan dunia student. insyaAllah bakal masuk ke satu lagi alam, iaitu alam pekerjaan. alam ini menuntut komitmen yang tinggi. pengorbanan dan tanggungjawab insan. bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. saya mengeluh bila memikirkan kahidupan yang bakal dilalui itu. tak sepatutnya mengeluh. astaghfirullah. em, Allah ada...setiap masa dan ketika :)

minat jadi nurse? sy telah diasak dengan soalan ni for many many timess. kalau masa sem 1 dulu, saya akan jawab tak minat, tapi dapat nak buat macam mana. terima ajela. haha jawapan reda pun sikit kekecewaan. tp sekarang, saya rasakan minat tu semakin bercambah. minat! yes, I do :) 

life as a nurse is not easy. jururawat bergelumang dengan nyawa pesakit. we cannot say "I already finish my work at 2pm. and now, buhbye". datang awal dan balik lewat. and sometimes we stands all along our shift without sitting. thats why most of the nurses easy to get vericose vein. uhuk2. 

macam mana kehidupan student nurse dari awal pagi sampai tidur?

misalnya saya kerja pagi, life begins at 5am. bangun untuk mandi dan bersiap-siap. 5.40am turun menunggu bas di depan surau. kalau azan Subuh awal, kitorang akan solat di Surau Ar-Raudhah. bas biasanya datang pada pukul 6pagi. kadang-kadang awal. paling awal 5.30am! depends on driver actually. kalau bas datang terlalu awal, kitorang akan solat kat hospital. sampai di hospital, beli sarap. biasanya makan roti twiggies dan air kotak dutch lady coklat. jam 6.45am, kitorang dah kena standby kat wad. 15 minit awal.

rutin pagi di wad, perlu ambil report daripada staff nurse kerja malam. contohnya, saya ditugaskan menjaga cubicle 4, so kenalah ambil report daripada staff nurse incharge situ. report tu apa? report tu, dia akan bagitau nama pesakit. diagnosis pesakit. dan cerita pesakit tu. misalnya pesakit kena pergi X-ray pagi tu, kenalah inform. nak kena trace result ke. nak kena ambil urin untuk ujian makmal ke.kesimpulannya, report sgt penting, sebab tulah kerja yang kita kena buat untuk syif kita. 

lepas ambil report, kitorang akan kemas katil pesakit. kitorang panggil 'bed making'. kalau kotor, tukar cadar. kalau bersih, kemaskan sahaja. mana-mana pesakit yang tak berdaya ke tandas, kitorang akan buat sponging di katil. iaitu mandi lap di katil. tukar pampers dan sebagainya. siapp, wangi ^_^

next, pukul 8am, kitorang akan amek tanda vital pesakit. check tekanan darah(BP), suhu, nadi, pernafasan, spO2(kepekatan oksigen dalam darah). kitorang akan tanya sama ada pesakit ada mengalami sebarang sakit untuk ases pain score. tanya sama ada kencing(PU) atau buang air besar (BO). tanda vital ni biasanya akan ambil setiap 4jam sehari. untuk tengok keabnormalan, so boleh inform doktor untuk perawatan seterusnya. 

kitorang akan divide jugak siapa yang buat tanda vital. dan ada juga yang akan round trolley dxt untuk check glucose dalam darah. biasanya pesakit yang kencing manis/diabetic la kan. kalau doktor ada order insulin, kita akan inject insulin pada pesakit berkenaan sebelum makanan sampai. untuk syif pagi, checkt dxt pukul 8 pagi dan 12 tengahari. kena inform kalau tinggi atau rendah.

setiap pagi akan ada doktor specialist buat round. doktor M.O dan H.O akan  follow bersama-sama nurse incharge. waktu ni lah kalau ada sebarang kesilapan, banyak H.O kena bambu. specialist atau consultant akan soal kaw-kaw punya! dan sometimes nurses pun kena jugak. dari perkara yang simple, sampai yang besar dia akan tegur. sedaya-upaya kitorang untuk tak buat silap. malu kot. contohnya, dia akan tanya, "staff nurse, semalam dah buat CT scan. mana report?" jawapan kena logik. jawapan "tak tahu" tak boleh diterima! thats why take over report daripada org shif sebelum tu penting. dia akan pesan, "trace result, atau "call semula untuk result" dan sebagainya...

lepas specialist buat round biasanya staff nurse akan buat report. apa yang doktor order, atau update sebarang pertukaran(changes). contohnya, IVD Normal Saline 5 pint over 24hours. yang latest, 2 pint Normal Saline over 24hours. so, kena buat changes dan buat regim yang baru. as a student, biasanya lepas doktor round, kitorang akan buat dressing kalau ada. cuci luka dan balut. bersih....

around 11am-12N ialah waktu rehat. rehat tak menentu tapi diperuntukkan 45minit untuk rehat. contoh rehat pukul 11am. 11.45am kena naik wad semula. naik wad kami akan sambung kerja iaitu ambil tanda vital untuk tengahari. dan ada yang check dxt pesakit. waktu makan pesakit lebih kurang 11 lebih. mana-mana pesakit yang tak daya makan sendiri, kita aka tolong suapkan. biasanya kerja-kerja settle pukul 1pm. kami akan tolong stff nurse update Intake Output (IO)chart. kena tanya pesakit makan dan minum. kencing dan buang air besar berapa kali dan berapa sukatannya. then, close IO. kalau ada pesakit yang nak tukar pampers, kita akan tolong tukarkan. minta tolong tolakkan ke toilet ke. pastu, kadang-kadang tolong staff nurse hantar pesakit pergi X-ray/Ultrasound/hemodialysis/bilik prosedur/appointment kt klinik/dan sebagainya. masa student ni semua tolong staff nurse, nanti beberapa bulan lagi, semua tu kerja sy sendiri!!! woooaaahhhh! sy akan bertanggungjawab ke atas kerja dan dipertanggungjawabkan ke atas kerja sy. 

em, lebih kurang pukul 2pm, kitorang akan keluar dari wad. kena kejar bas kan. kalau staf nurse, jangan harap nak balik sharp 2pm. kena pass report kat syif berikutnya. kalau ada kerja yang belum setel, kena setelkan before balik. tak boleh simply pass over pada syif lain. bas kitorang biasanya akan gerak 2.15pm-2.30pm. dan kitorang sampai bilik dekat-dekat 3pm. lepas mandi, solat zohor, bummm tidor. kepenatan biasanya. kalau tak pun balik2 akan online. tak pun basuh baju. tak pun baca buku(non-ilmiah ye).haha

petang2, aktiviti kitorang kalau tak tidur, online. jarang sekali nak turun pergi riadah sendiri2. penat dia Allah je tahu. malam, ambil masa sikit study. tu pun kalau rajin. hee dan akan iron uniform untuk kerja pagi esok. lebih kurang 11pm akan tidur kalau kerja pagi. dan esoknya bagun jam 5am... begitulah kehidupan as a student nurse.

*************************

YaAllah, bantu hambaMu yang lemah ini yaAllah. 
banyak kekurangan diri ini.
aku takut dan bimbang.
aku resah memikirkan masa depan.
aku keliru dan tak yakin tanpaMu yaAllah....
pimpin aku lurus dijalanMu yaAllah.
pinjamkan aku sedikit kekuatanMu untuk melalui jalan yang Kau tetapkan..
aku kuat denganMu. aku yakin bersamaMu.
aku mahu merasai manisnya cintaMu.
yakni kecintaanMu melalui ketenangan hatiku.
redha dengan ketetapanMU. tersenyum menyelusuri ujian ini.
yaAllah, tetapkan hatiku dijalanMu. tingkatkan keimanan dan ketakwaanku pdMu...
moga disana dapat kta bertemu...

line biru in few months time.~insyaAllah..

3 Comments:

Kak TeLeTuBBies said...

seronok nyer dh nk hbs study!!!! jeles3x...

Kak TeLeTuBBies said...

seronok nyer dh nk hbs study!!!! jeles3x...

Imah ;D said...

azmira!hehe seronok, tp takut.wuuu