Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, May 1, 2012

berpesta di gedung ilmu ::

Assalamualaikum =)

alhamdulillah. harini cuti! selamat hari pekerja! hye semua. sy tengah berehat sebentar selama 2 minggu daripada praktikal di klinik. alkisahnya, minggu ni minggu revision! wahh...exam dah dekat sangat ni. exam final sem 4 tau! cuak. cuak.

kelas semalam sangat 'hot' sebab kitorang mendapat pelbagai perkabaran yg kurang enak sekali. sepanjang praktikal ni, bermacam-macam kisah terjadi dalam batch. yg sedih, yang geram, yang masam, pahit, kelat. hurm..yg manis tade langsung pe cite nih?? naseb baek kelas revision best je. puan ade masuk & plus duduk sebelah k.miejah yg sengal. release gak stress. hehe

buku oh buku. banyaknye topik belum sentuh. ada 5 subjek semuanya. =.=' next week, starting from monday until friday. semua paper start pukul 8pagi. agak stress di situ. tp tak mengapa, banyak masa nak study kan?

oh, sebut pasal buku. sy pergi pesta buku ahad lepas! pesta buku antarabangsa kuala lumpur. bertempat di pwtc, kl. nak dijadikan cerita. sy beli 8 buah buku. 6 buku sy, 2 buku izzaty kirim :)
berapa byk duet abis? takpayah ckp la. 2minggu punya belanja abes. hee makan buku jela pasni. haha


buku-buku ustaz pahrol yg sy baru beli ialah:-
1)tentang cinta
2)nota fikir utk zikir
3)di mana Dia dihatiku
4)beduk diketuk



5) sebarkan cintaMu. dah lama nak beli, tp tunggu pesta buku. tak sia-sia tunggu pesta buku, sebab dapat 15% diskaun. (sepatutnya 25%, tp sebab tak bawak matrix card, dpt 15%. ada sikit tak puas hati, sbb kitorg outing memang kena tinggalkan kad matrik kt pondok pak guard.puas explain dkt cashier gerai PTS tu. mana aci kan? next year taknak tinggalkan kad matrik bile outing. nekad. haha)

6)men are from mars, women are from venus. dapat 15% gak. puas ati. hehe



7) contengan jalanan 
8)5tahun 5bulan 

by hlovate. dapat 25% diskaun. untung gile izzaty. sokmo kalo dia pesan buku, mesti dpt less banyak o. rezeki awk la zaty. bestnye. satu buku rm 15 je. berbaloi abes la!

shopping buku selama 2 jam.tu pun tak jalan abis. pastu dgr bual bicara 1 jam lebih. . syok dengar bual bicara kt pentas utama pwtc. dengar ceramah prof Dr.muhaya. bual bicara irma hasnie, yatt n ustaz rusdy. zikir oleh imam muda najdi. seronok sgt walaupun dtg pwtc sorang2.suka hati nak pegi mana. nak lama, nak cepat. hehe actually plan nk gi ramai2, tp at last, sume tak jadi. so lone ranger ajelah. takkan nk bergantung pd org je. ye dok? kat pwtc terjumpa k.ima. so balik sekali. overall, sgt puas hati sebab dapat pergi ke gedung ilmu. dpt masuk majlis ilmu scr tak langsung. walaupun duit abes, hati puas. =)

so, heppy sangat sebab sume wishlist dapat dibeli. setahun sekali aje kan. so, nk shopping sakan la. alhamdulillah. tak sabar tunggu pesta buku tahun depan pulak.! kumpul duet banyak2 ye. hehe

p/s: jumpa ustazah maziana(ustzah skolah rendah) dekat surau the mall. terus ustzh peluk. dah lama tak jumpa, heppy sangat!=D
erm,teringin nak buat mini library kat umah sendiri nanti. insyaAllah.
haa, exam paper 7-11hb mei. osce/exam praktikal 14hb mei. doakan tau!syukran awi.. =)

1 Comment:

Hasnul Adin said...

buku, buku, buku. =)

sebarkan cintaMu x sempat baca Iagi .. haha .. nice bIog ..