Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, December 10, 2010

salam alaik:)

Hari ni lepas Subuh tak tidur dah. Alfatih bangun awl hari ni. pampers berat sangat, tu pasal mengamuk sakan je.hehe so, seperti yang dijanjikan, hari ni Abg Pi ada appointment kepala di Hospital Sg.Buloh. Abah dan Ngah hantar Abg Pi. Saya dan Yah tinggal kat rumah jaga Alfatih dan Almustofa.

Lepas balik daripada hospital, abah relax2 kejap, dan nak balik Dong dah. Ingat kan abah nk stay kat sini samapi esok ke. Rupe-rupenye, abah bergegas nk balik sebab nk tak sabar nak jumpa best fren dia, P.Cik Usop yang baru balik daripada menunaikan ibadah haji sejak Ramadan yg lalu :) so sweet la abah ni. Sape cakap org muda je pentingkan kwn? Abah pun sama tau. Yep2, saya pun rindu sangat sahabat baik saya! Kalau boleh nk sangat jumpe. Qist, Teha, Yunie, Wawa, and sahabat2 Orion. Tak dilupekan K.Watie, Sis Nana, K.Ayu :)

No worries~ ada jodoh, rezeki, kite jumpa ok! insyaAllah:) teringat sesuatu:-

Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat". Mereka adalah:
  1. Pemerintah yang adil
  2. Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
Tadi sebelum abah bertolak balik, dia ada tanya pasal nursing, tanya pasal attire student nurse.

Abah: kalau pakai tudung, kena pakai cap( yg nurse non-muslim usually pakai) ke?

Saya: Tak payah. Student nurse non-muslim je pakai cap. Tapi kalau dah kerja nanti, kalau yg Islam, taknak pakai tudung di bolehkan. so, ganti kepada tudung, cap tu la. Masa student, yg Islam wajib pakai tudung.

Abah: Ade pulak macam tu. Ingat tudung tu sunat ke?? Awk kena ingat, walaupun abah, mak takda, kena kekalkan bertudung tu. (tbe2 rasa nk nangis. nangis dlm hati. T.T)

Ouch jugak le. Tapi tu la hakikat. Ramai yang hanya bertudung sebab mengikut etika @ peraturan duniawi kan? Peraturan Tuhan? Moga mereka diberi hidayah, insyaAllah.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..”

Petang tadi ade AlKuliyyah. Tajuknya Ubat& Doa. Masa tu saya duduk berkurung dalam bilik. Baru nk buka helaian pertama Novel Enrique Mengundang Jauh, karya H.M Tuah Iskandar. Dengan muka segan duduk depan tv lepas Ngah panggil. huhu thanx ngah. alhamdulillah, bukan slalu dapat tengok Alkuliyyah ni. lebih-lebih lagi saya ni bukan kaki tv. so, cuma nak kongsi ayat yang ustaz tu kongsi dengan para penonton tadi. Ayat yg boleh menyembuhkan penyakit rohani, jasmani. Surah Al-Anbia' ayat, 87. Ayat yg dah biasa kita dengar :-

لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Inilah doa yg diamalkan oleh Nabi Yunus semasa berada 40 hari, 40 malam di dalam perut ikan nun. Ayuh amalkan sama-sama ye. insyaAllah sama-sama beroleh manfaatnya. :)

Tidak dilupakan 'Bittaufiq wannajah fil imtihan' kepada kwn saya yg akan menduduki final sem exm esk! Allah yubarikfik:)









0 Comments: