Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, December 17, 2010

La Tahzan*



salam alaik^.^

La Tahzan. best kan bunyi word tu. sedap je kat mulut ni bila sebut.huhu kat pasaran pula, laris je buku-buku yg bertajuk "La Tahzan" ni. sampai tertanya-tanya, kenapa banyak sangat jenis buku "La Tahzan" kat rak buku MPH tu. ada yang cop mohor "best seller", sekian-sekian-sekian. La Tahzan tu pula banyak pula kategorinya. La Tahzan kerana cinta, kerana itu, ini, blablabla =.=' mesti ramai yg beli buku "La Tahzan", sampai buku tu jd femes seantero dunia kan? maka, dapat di konklusikan kat sini, ramailah umat manusia hari ini yg bersedih...betul tak?pernah juga satu hari berhajat nk beli buku "La Tahzan" ni. tp,sampai-sampai kat rak buku, jadi blurr pula. keliru nak pilih buku La Tahzan yg mana satu. alik2, jalan pi rak novel-novel. usha novel2 yg best2.haha


post kali ni nak cakap pasal SEDIH. dan last skali kita pujuk diri ni dengan sebut, JANGAN SEDIH. nak sedap dan power sikit, kita ucap dengan arabic, LA TAHZAN.^^

cuti-cuti ni, ramai ye yg mengalami dis kind of feeling. sedih. maybe la sebab bulan 12 ni musim keluar result dan seangkatan dgnnya. maybe ada yg bersedih tentang result. maybe juga sebab-sebab lain.


bila sebut pasal sedih nie, mesti di sinonimkan dgn perempuan kan? lelaki tak sedih ke? tipu la kalau lelaki tak sedih kan...cuma, maybe perempuan senang nk menzahirkan kesedihan tu. emosi la katakan. sy pun tak terkecuali. bila sedih, semua benda tak jadi..

rasa nk menjerit, nak nangis, nk luahkan je menda yg buat sesak ni, tp kadang2 susah juga nk terluah menda2 yg sedih tu kan. tp, its better luahkan, drp pendam2, boleh makan diri.

hakikatnye, bukan senang kita nk buka pekung di dada kan?


waktu kita sedih, makhluk2 bertanduk ni senang je berkawan dgn kita. time tu, IQ kita boleh jatuh drp tahap IQ normal manusia. thats why, kalau tengah sedih, jangan sesuka hati duk lepak tempat2 yg tak sepatutnye, contohnya,tp2 pantai, tasik, bwh pokok ke, dan lain2 tempat. waktu sedih nk juga kadang2 iman teruji. masa ni lah kita rasakan satu dunia tak hirau kita, lonely bagai.

La Tahzan!


Sedih tu act, satu fitrah normal, so normal la perasaan tu. takkan la kita dpt result teruk, suka tahap giga. takkan la org kutuk kita, kita boleh iye kan aje. mestila respon normal kepada perasaan tak suka, benci, marah tu akan mengundang sedih kan...no worries, setiap kesedihan tu ada ubatnya.^^

Al Quran nie penyembuh pelbagai penyakit rohani & jasmani. tp kdg2 kite sbg manusia ni, jarang nak fikir dengan akal yg sebenar-benarnya. tak tengok dengan mata hati n sesedap rasa cuma ikut kata hati. bila sedih mengundang rasa, ibarat satu dunia ni gelap je. kesedihan tu boleh melarat n yg terjejas teruknya sampai iman pun nk tergugat sama. mintak jauh sangat2....tp hakikatnya tu lah yg terjadi bila kita tengah sedih tahap petala ke lapan! Al Quran ada jawapan bg tiap2 soalan yg bermain di hati kecil kita, esp bila kita SEDIH!

kenape kita di uji??
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

kenape kita kite x dapat ape yg kite betul2 nak?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

beratnye ujian, terbebannye!!
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286

Frustnye!
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”- Surah Al-Imran ayat 139

macam mana nk tanggung ujian ni?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”- Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45

ape balasan kalau kite bersabar?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..- Surah At-Taubah ayat 111

aku takde sesiapa?!
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “- Surah At-Taubah ayat 129

dah tak tahan rasenya!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf ayat 87

konklusinye, LA TAHZAN! Allah sentiasa bersama2 hambaNya, insyaAllah=)

0 Comments: