Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, August 31, 2012

reunion batch SkmJ::

salam alaikum =)

riang-ria raya bersama para sahabat pula! weee~
alhamdulillah, setelah kata sepakat dicapai, kitorang pun memulakan langkah untuk persiapan reunion.
seperti yang telah dirancang, Anep sebagai pengerusi telah menjalankan tugasannya dengan baik.
saya sebagai AJK attendance bertugas untuk memberitahu rakan-rakan batch tentang reunion dan menguruskan kehadiran mereka. juga, sebagai pembantu Anep. AJK kebersihan pula Aishah & Izzaty. hehe

makanan Anep tempah kat Cik Ning. nasi goreng+ayam goreng+air bandung cincau.
yuran yang dikenakan sebanyak RM7. huhu
alhamdulillah, seramai 19 orang berjaya dikumpulkan. mereka ialah:-

1) Haniff
2) Yusry
3) Muiz
4) Shafiq
5) Khairil
6) Yaqin
7) Syaheed
8) Aliff
9) Azam
10) Zarif
11) Ezuan
12) Marina
13) Jumatul
14) Syahira
15) Fatin
16) Syikin
17)Aishah
18)Izzaty
19) saya

ukhwah fillah abadan abada =)

fatin & zaty
future doc: Jumatul aisha
Aishah mak jemah =P
sweet 
ekin bakri comel
Shafiq & Zarif
Alif, Zarif, Syaheed
Ex-KP :Mat yusry
Me-Zaty-Syira-Ecah
Jue-ekin-Marina-Fatin



Alhamdulillah. setelah 8 tahun tak jumpa. walaupun tak dapat kumpulkan semua, sekurang-kurangnya sikit berjaya juga dikumpulkan. 2 hari punya planning. mudah-mudan kami dapat berjumpa lagi. 
moga ukhwah yg dibina berkekalan smpai sorga!^___^

syukran YaRabb =)



Baca sampai habes >>

open house ::

salam alaik =)


open house, yes, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk para tetamu  beraya. 
di sini nak story pasal open house rumah kawan sekolah rendah dulu, Ungku Fatin Aisyah.
kebetulan dia ajak member-member sekolah dulu. so, secara tak langsung, dapatlah jumpa dgn kengkawan SKMJ dulu. 

open house ke-dua di rumah Syikin Bakri. makan laksa penang. sedap gak. saya cuma rasa kuah je pun dah sedap. bukan peminat laksa lah katekan. huhu happy sangat dapat berjumpa n bertukar cerita dengan member-member lama. :')

kawan-kawan fatin :)

3 of us
(rakan gosip =P)

meeting ;)


dikesempatan yang ada jugak, kitorang sempat lah meeting SKMJ Batch 1999-2004.
dipengerusikan oleh Haniff. anep lah yang mencetuskan idea untuk buat reunion.
dia pun dah setuju nak sponsor tempat kat rumah dia. mak dia(Cikgu Hafizah) pun setuju dan berbesar hati.
alhamdulillah ;)

p/s : next post, reunion batch skmJ 1999-2004


Baca sampai habes >>

riang-ria raya bersama keluarga::

Assalamualaikum =)


ok. memang. memang tengah rajin menghupdate. lepas ni dah nak balik kskb. for sure busy tahap ape je.
malas nak sebut pasal research. bakal mentensionkan diriku. hahaha 
for the time being, kena happykan diri.lepas ni nak kena stress. situasi yang boleh dijangkakan. ahaks~

raya kali ni begitu bermakna. bermacam perkara berlaku. yang penting, raya disambut untuk meraikan kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. (29 hari untuk tahun ni).
macam biasa, pada malam raya kami akan bertakbir raya bersama-sama. syahdu, tetapi memberi sinar dalam hati ni. insyaAllah.moga Allah memberkati usaha kami menghidupkan malam raya =)

family pik & k.nur
(2 hero:Aqil, Danish)
ngah & Abg Sopie
(4 hero: Aman, mustofa, Addin, Alfatih)

Makcik & Khadeeja

Umide & Hassan

Maknjang, Makchu, Makcik bersama anak2 Ngah

Makchu & Albanna

Tersenyum gembira dipagi raya

 Alfatih seronok main buai dengan Ain

kanak-kanak paling gembira beraya




dah abes beraya, baru noticed yang tak bergambar pun dengan mak abah. huk3 :'(
ape-ape pun, seronok dapat beraya bersama-sama keluarga tercinta. 1st raye semua ada, except family abang. orang kuat klinik, kenalah berkorban kan. huhu saya pun bakal. tp insyaAllah syawal tahun depan (kalau panjang umo), saya belum posting lagi. so, insyaAllah masih boleh beraya dirumah. phew~

ermm. bercinta dengan keluarga adalah perkara yang nikmat. 
manifestasi kasih sayang sesama anggota keluarga tu bervariasi.
terpulang pada bagaimana kita melihatnya. 
bergantung bagaimana kita merasainya.
pemikiran yang positif melahirkan hasil yang positif, insyaAllah.

saya cinta keluarga saya! moga Allah cintakan kami juga. =)

Baca sampai habes >>

puasa sepanjang tahun?

salam alaykum =)


harini syawal ke 13. ecece. walaupun bahang raya dah pun kurang terasa, tp sekurang-kurangnya auranya masih ada. orang ramai dah berlumba-lumba berpuasa enam. malangnya, saya belum pun start lagi. almaklumlah duduk rumah, terasa rugi pulak x dapat merasa air tangan mak. (alasan.) hehe so, insyaAllah sooner or later, nak puasa enam gak. sebab . . . . . 



Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansariy bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( Hadis Riwayat Muslim)
ada tak yg dah start qada puasa? nak qada puasa Ramadhan dahulu, atau puasa sunat enam dahulu? sebenarnya ada banyak pendapat berkaitan isu ini. so, lets cekidout. :-

 1. Pandangan Pertama : Qadha dahulu , kemudian barulah kerjakan puasa sunat. Dalilnya ialah hadis nabi “sesiapa yangg berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun”. Jadi, dalam hadis ni menyatakan kena selesaikan puasa ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat syawal. Oleh yang demikian, hendaklah diqadha terlebih dahulu puasa Ramadhan yang ditinggalkan, kemudian barulah sambung dengan puasa sunat.
 2.  Pandangan Kedua: Laksanakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu, kemudian baru qadha’. Hal ini disebabkan  puasa sunat Syawal waktunya terhad hanya dalam bulan Syawal sahaja, manakala qada’ puasa boleh dibuat dalam jangka masa yang lebih panjang. Ia berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW.” (Sahih Muslim). Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, iaitu Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.
 3. Pandangan Ketiga: hendaklah berniat puasa qada’ dan apabila puasa qada’ tersebut berbetulan dgn hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali. Ia berdasarkan Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqh seperti Syeikh Zakariyya al-Ansoriy, Syeikh ‘Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama’ Syafi’yyah.  Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dikerjakan maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyyatul masjid juga akan terhasil. Syeikh Zakariyya al-Ansoriy menyatakan apabila berpuasa qada’ dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.
Kesimpulannya,  hendaklah  diqada’ terlebih dahulu puasa untuk membayar hutang yang wajib terlebih dahulu, dan sekiranya ada kesempatan lagi. Boleh diteruskan pula dgn puasa sunat. Akan tetapi kalau tidak berkesempatan, maka moga-moga puasa qada’ yang dilakukan pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali.

p/s: yang ringan jangan diberatkan. ye dok? =)

sumber: http://melayukini.net/2012/08/persoalan-puasa-enam-syawal-dan-qadha-puasa/


Baca sampai habes >>

Thursday, August 30, 2012

raya bergabung merdeka::

salam alaykum :)

wahhhh. dah 31 Ogos 2012. 55 tahun kemerdekaan negara. 
tahniah Malaysia . moga keamanan yang dikecapi hari ini kekal.
moga persengketaan dan perbalahan bertukar menjadi satu perpaduan.
alangkah baiknya kalau begitu. :')

so, harini besday Abang yang ke? 31 tahun!
moga walid menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. cewahh.
anak merdeka lah katekan. perasan satu malaya sambut besday dia. =P
ok, kasi lah can dia nak perasan. besday boy punye pasal. hehe

ok, abang memang hensem sangat...haha

next, naik cuti ni batch saya telah diberi tanggungjawab untuk incharge Majlis Merdeka Raya 2012.
peringkat program Nursing. saya kena jadi one of AJK. my part dah settle i think.
buat kad jemputan. hasil pertolongan Al Zaphrein, alhamdulillah berjaya menyiapkan kad jemputan.
nak harapkan diriku semata-mata memang tak siap kot. x reti nak guna Microsoft Publisher.haha
pergi kursus komputer la sangat....buat segan je.

asalnya ni nak buat cover depan kad jemputan, tapi alang-alang guna design zaphrein je.
lagi pun ni macam agak comot. sbb saya bukan reti nak mengedit-edit sangat pun.
thanx again to Al Zaphrein. walaupun dia x bace pun post ni. ^___^

till then~

1st time buat menda gini, berpeluh abeslaaa.. =P








Baca sampai habes >>