Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, March 14, 2012

sahabat::

Assalamualaikum :)

semalam tertidur agak awal. mata mengantuk tahap tak boleh nk tongkat dengan batang manciss dah.huhu
cuti sehari yg sangat best lepak di bilik. sanggup makan megi je sebab malas nak turun cafe.hihi teruk punya budak. biasalah kan, cuti-sorang-sorang je. bercakap dengan katil, meja,kerusi, kipas, notebook. pun best ape xD *angkat kening double-jerk

today is thursday. bangun awal pagi untuk mengerjakan sesuatu yg nice :) sesungguhnya bangun pagi-pagi sangat best. tenang dan harmonis. seyes ^_^ so, harini kerja shif petang with hanim only(plus, some seniors). harini k.zara cuti. lusa hanim pulak cuti. tinggal beberapa hari je lagi di wad pembedahan lelaki ni. next week akan masuk wad ortopedik perempuan pulak. yeah, mahu setelkan 'cross'(assignment amali) kitorang a.s.a.p----> bandaging,asist POP(plaster of paris), prsediaan katil amputasi,traction. dll. mohon dipermudahkan urusan kami. insyaAllah :)

*           *              *

erm, tetibe rindu sahabat2 disana, disana dan disana. T.T
tengok semula mesej-mesej yang tersimpan di inbox. yup, mesej yang sangat meaningful biasanya tersimpan diam di inbox. buat tatapan dikala hati rindu dan untuk recharge the spirit. 

mesej 33: Andai kumerinduimu krn kejauhan,maka ketahuilah bahawa rinduku itu akan hilang bila kita berdekatan. Jika kukasih padamu kerana kita sering bertemu, maka aku bimbang kasihku akan pudar bila perpisahan berlaku. Tetapi sedarilah bahawa kusayang padamu kerana hati yg dekat pada Allah. Maka jgn sekali-kali jauh dariNya, kerana tanpa cintaNya hampalah cinta manusia....uhibbukifillah! I love u so much!;-)

dear sohabati,

 thank u so much for always pull my hand when i fall. u guys, osem! ^_____^


SKMJ 1999-2004 :)

SSP CBJ 2005-2009 :)

p/s : Friends are like quilts, they never lose their warmth . . . .



Baca sampai habes >>

wordless wednesday::


Assalamualaikum. ^_^
harini sy cuti. sy kurang bercakap, tp banyak membaca.
banyak yg saya jumpa, antaranya adalah seperti dibawah nie :-




sunyi? if Allah is all you have, you have all you need :)

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186) 

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16) 




Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus(makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar. (Ayat Qursi)




Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. (al-Asr:1-3)





Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

ada org kata, jgn terlalu memilih. tapi, apa salahnya kan? 
biar kita memilih,asalkan tak tersilap pilih.





p/s :sama-sama kita jaga diri, jaga iman. okayy ^_^

Baca sampai habes >>

Tuesday, March 13, 2012

new environment::

Assalamualaikum :)

alhamdulillah. dah masuk minggu ke-dua praktikal. semangat masih mantain, syukur. dikurniakan kesihatan yg baik,untuk terus berbakti kepada masyarakat. itulah kurniaan yg cukup bernilai dikala diri bergelumang dengan pelbagai penyakit, Allah masih menganugerahkan nikmat kesihatan pada diri ini. syukran yaRabb. . . . ^_^

yeah.persekitaran yang baru di wad yang baru. so far so good. seronok kerja wad baru, walaupun wad lelaki kan. pakcik-pakcik ni bikin hidup ceria jugak. staf pun oke. hepy hepy aje laa. alhamdulillah. moga mantain ye! barulah beronok-ronok kerja. :D

harini puan dtg spotcheck mengejut. pastu dia ckp nk wat asessment untuk kitorang. kire macam nk bagi markah la. kitorang kena cari sorang patient n bentang depan puan kes pesakit tu. shif pagi harini 5 orang. kebetulan masa puan naik tu sy hantar patient pi dental klinik(klinik gigi). so diorang dah ade partner masing-masing. saya bentang sorang jela. kes yg sy pilih tu didiagnoskan dengan penyakit Critical lower limb ischemia. plus, diabetic(kencing manis), hypertension(tekanan darah tinggi).  alhamdulillah puan xdala tanya soalan pelik-pelik. dia just nak tengok sejauh mana kitorang kenal patient. apa intervensi kejururawatan yg kitorang beri, dan ubatan yang patient tu dapat. 



haritu  uncle ni mai wad kitorang. melawat relative dia je pun. ade gak la yang berani pi ajak dia bergamba. naseb baek fon sy 'terlebih' canggih, kalau x dah tayang kat ampa semua. hahaha 


nothing much to story morie. esok sy cuti. till then xD 

Baca sampai habes >>

Thursday, March 8, 2012

aduhai anak::

Assalamualaikum :)

harini kua gi bandar ngn Ain,jiran sebelah umah. gi bandar naik kereta ain lah. pergi PPD (pejabat pendidikan daearah) raub. ada urusan sekejap. ppd tengah renovate kt bangunan baru yang hampir nak siap. 1st time masuk ppd yang baru, nasib baik ada pakcik tunjukkan selok-belok dalam ppd tu. hehe

tengah-tengah tunggu nak jumpa sorang encik ni, tiba-tiba ternampak sorang pakcik yang dikenali. ayah sorang kawan. pakcik tu mai kat kitorang n tegur. dia tanya sama ada kitorang datang untuk ambil result stpm.(kan baru kua semalam). kitorang pun geleng la. then, cakap la sebab kitorang datang. blablabla. pastu dia cakapla, dia datang amek result anak dia n kaunseling. macam pelik lah kan. sy pun tanya, amacam result anak dia, merangkap kawan sy tu. bila sy sebut nama anak dia, dia pun tanya macam mana kenal. then bagitaulah pakcik tu kitorang pernah sekelas.

tiba-tiba pakcik tu sebak semacam.(takut je kalo-kalo tiba-tiba dia nangis. haru!) dia frust ngn result anak dia. dia cakap, ambil masa yg lama dia nk sejukkan hati. lepas kua result smalam, smpai malam baru dia sejuk lepas pegi surau. dia sedih sangat sbb anak dua orang je. kakak dah lepas, yang sorang ni taktau lagi macam mana. macam-macam dah bagi, dia nak blackberry harga rm1k, bagi. semua dia nak diberi.ditatang bagai minyak yg penuh.(serius pakcik tu guna peribahasa ni td) tp, dia langsung tak hargai pengorbanan ayah dia.banyak kali dah dia buat hal. hurm, "bukan senang nak jadi ayah nie" byk kali pakcik tu ulang. erm.

apa sebenarnya motif sy menulis.?erm. bukan niat nk aibkan kawan tu. cuma nak cakap, kasih ayah tiada tolok bandingnya. walau teruk mana pun anak, ayah takkan pernah sampai hati nk buang anak dia. walau kecewa macam mana pun seorang ayah itu, anak tetap anak. kan? *rasa nak nangis*



p/s: insyaAllah, al an ana laisa hazin walakin sa'idah ^___^

 

Baca sampai habes >>

Wednesday, March 7, 2012

cuti oh cuti::

Assalamualaikum :)

harini dah masuk hari ke-empat sy ngn yah(adik) tinggal berdua kat rumah. mak abah cakap nk balik hari jumaat. maknanya, sy cuma ada less than 24 hours untuk dihabiskan bersama-sama mak abah. hari sabtu dah nak balik sungai buloh. :'( so saaaadd. *sabarsabar*

buat apa je kat umah? erm, boring tinggal berdua. pukul 6 pagi sy dah terjaga n kejutkan yah kat bilik sebelah..well, orang takda kat rumah, kitorang bermaharajalela la ambil satu bilik sorang.huhu lepas dia pergi sekolah, sy sambung tido balik.hehe

di suatu pagi, dalam pukul 10 tu bangun dan tak tahu nak buat ape. blurr. amek netbook,on streamyx. ape lagi?fesbuk la. hampir jam 12tengah hari, dapur belum berasap. hatta nasi pun belum tanak. nak masak pe? then, kat fesbuk tu,sorang kawan ni cadangkan supaya masak ayam masak merah.(memandangkan ada ayam dan ikan dalam petis ais). mula-mula rase nak nangis pun ade, selalu mak yang masak kan. harini kena masak sendiri. without guidance along. i'm sooo.....*blank*

then, sy mula mencari idea. ayam masak merah?urm, rasa-rasa macam yakin nak buat.haha tp...takpelah, untuk keselamatan, google jugak resepi tu. sy rasa nak gelakkan diri sendiri. macam kelakar abes r. kalo dah ade mak mertua ni, takkan setiap kali nk masak kena bukak internet dulu kan?aduyai. fail buat masa ini. as long as i'm single mingle, so why not learn from the internet kan. kakak-kakak sy pun belajar masak from internet wut...i'ts cool!^_^

masak-masak-masak-----> 
taraaaaaaa jadilah ayam masak merah XD

gambar dipinjam mr.google :P

entry ini bukan niat untuk riak dan takabbur bahawa sy pandai memasak.(memang taklah). korang lagi reti masak macam-macam kan? setakat masak macam sy nie, sure hujung jari je kan.huhu cuma nak sarmpaikan, sebenarnya, kita lebih daripada apa yang kita sangkakan. banyak lagi kekuatan diri yang masih belum kita jumpa dalam diri sendiri. sejujurnya, sy memang jarang memasak kat rumah.golongan tak reti masak jugaklah. erm, nampaknya, ade ketokohan jugak, cuma peluang dan kerajinan yang amat diperlukan.hehehe 

till then, insyaAllah.



 Our desire for marriage is similar to our need for food. It’s part of our design.-unknown

p/s: er, single yet preparing. XD





Baca sampai habes >>