Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, November 24, 2011

kitabun al mantoobun~


salam alaykum : )


buku ni hassan nye . . hihi



esok sy HK (hari kelepasan aka cuti )
plan nak pergi MPH book store.
memandangkan esk cuma sy seorang shj cuti(my grup),
maka, ai pergi sorang2 jela.
MPH Midvalley is da best!
landscape cun. nak search buku senang.
akan beli beberapa buah buku as a gift,
also for my me myself lor.hehe
insyaAllah.

psst: mak pesan beli buku pelajaran je. ngee~


Baca sampai habes >>

Monday, November 21, 2011

ratapan hati itu



salam alaik.

saya student. dia student. awk student. mereka student. kita semua student. kita belajar, sehingga satu saat kita dipanggil. sebelum waktu itu tiba, kita tetap pelajar di universiti kehidupan.

banyak yang saya belajar apabila berada di hospital yang merupakan rumah ketiga selepas baiti di raub, dan kolej tercinta saya. macam-macam. berhadapan dengan kerenah manusia saban hari memberi 1001 rasa. ada kalanya membuatkan hati ceria, sedih, marah dan bermacam lagi. namun, tanpa inilah yang membuatkan kehidupan saya berwarna-warni. langit tak selalu cerah, malam tak selalu kelam :)

teringat salah satu episod semasa berada di wad. . . .

di dalam kesibukan berada di wad surgikal itu, rupa-rupanya ada hati yang sedang berduka lara. tika semua bagai tak cukup tangan menjalankan tugas, ada hati kecil yang minta di dengari cetusan rasanya.

mungkin satu kebetulan saya menjengah ke cubicle 5, memandangkan hari tu saya incharge acute cubicle, 4. tiba-tiba terpandang kelibat seorang pakcik berbangsa India sedang duduk di katil menghadap ke tingkap, memandangkan katil dia terletal di belakang sekali, sebelah tingkap. rajin pula kaki ni menapak ke arah pakcik tu. ringan terasa mulut nak bertanya dan berbual. hajatnya, seketika cuma. masa saya datang kepada dia, ternyata dia sedang membuka butang baju dan di sisinya ada sepersalinan pakaian.

saya: Uncle, mana mau pergi?

uncle: balik la. doktor kata sudah boleh keluar.

saya: oh. itu sudah bagus la. ada sihat ka?

uncle: ini macam la. (tiba-tiba dia sebak) sudah banyak tahun ini macam. keluar masuk wad saja. kadang2, saya pk, tak ada guna ini nyawa. amma tada. bapa tada. adik beradik semua sudah mati. saya hidup satu orang saja. saya pk daripada hidup, terjun bangunan, gantung diri ada lagi baik. (air mata dia mengalir laju, sambil menangis terhinjut2)

saya : uncle... tara baik ckp ini macam. uncle mesti kuat...

uncle : saya sudah 75thn. kalau ada amma tara apa la. ada bapa tara apa. ini semua sudah mati. saya hidup satu orang saja. satu org saja . . . . apa guna lagi mau hidup?

saya :(kebingungan) erm, uncle, mesti mau sabar. hidup untuk diri sendiri. tara amma, bapa, adik beradik pun tidak apa la. Tuhan ada. dia mesti tolong uncle. ramai orang nak panjang umur. uncle beruntung sudah 75thn. masih kuat boleh bangun. tengok orang lain yang sama umur dgn ucle, ini macam umur sudah banyak tak daya mau bangun. terbaring saja. uncle kena hargai tu...

uncle: tara guna saya hidup satu orang. nasib baik ada kawan mau bantu. saya banyak sedih...

tiba2 staf nurse panggil. so, perbualan terpaksa ditamatkan....

apa konklusinya?

hidup...susah kita nak duga. memang senang saya nak nasihat uncle tu. tapi, hati yang menanggung? terlalu berat dirasakan apabila hidup di dunia tanpa orang yang dikasihi. tak dapat membanyangkan. takut. hurm.

puisi Ustz Pahrol Mohd Juoi dlm buku "Di mana Dia di hatiku?" m/s :147

Rahmat Allah itu Luas

pandanglah ke bawah
untuk sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insaf amalmu yang terbatas
moga di situ nanti takut dan harapanmu bersemi

kekadang mahmudah tidak dapt dicapai dengan amalan
tapi harus ditempuh oleh kerikil ujian
sering kali kealpaan dan mazmumah diri
diperingat oleh kesempitan rezeki

sejauh mana kita mengasihi manusi
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada Yang Esa
hitung kesyukuranmu
bukan kesukaranmu

kekadang Tuhan menyempitkan
agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan
kekadang Dia melapangkan
agar engkau tidak selalu dengan kesempitan
kekadang Dia melepaskan kau daripada kedua-duanya
agar engkau tidak bergantung
sesuatu selain-NYA!







teringat abang semasa dia memakai baju hijau tu~
syukur, rahmat Allah tetap luas!

Baca sampai habes >>

Sunday, November 20, 2011

:)

harapan. tak slh brharap.kan?
tingginye harapan?
aim kena high, at least kalau sasaran tak tepat,
ia tak tersasar jauh dr aim kita. kan? :D



p/s: nak dptkn syabab musafir kasih di mph, sooner or later~

Baca sampai habes >>

Thursday, October 6, 2011

obstetric hopping:labour room



Day 1 : Labour room:19sept



Hati sangat teruja cz kitorg posting kat labour room! Dapat tengok org beranak weh. Seram sejuk gak sbenarnya, takut2 la kalau tak kuat semangat nak tengok proses kelahiran baby tu.Pagi tu, ktorg diberi orentasi selok belok labour room oleh puan kitorg, lecturer obstetric, merangkap clinical instructor kat labour room tu.then, ktorg berpecah dan 2 org ditugaskan utk jaga satu bilik labour. Tak ingat ada berapa bilik, tapi yg pasti lebih 10 bilik. Kat labour room yg ktorg masuk ni Cuma conduct kes normal delivery. Andaikata doktor kesan awl yg ibu tu memang kena bersalin secara ceaser(bedah), diorg ni akan dipindahkan ke labour room yg khas.



Hari tu saya partner dengan nonie. Bilik yg kitorg jaga ada ibu yang berumur dlm 30an dan nak lahirkan anak ke 4. Os (pintu rahim) bukak baru bpe cm. kitorg berpeluang ambil cross assist doctor buat vaginal examination.(VE). Seramnye lah tengok VE tu. Kalau setakat sekali, dua buat VE takpe lah jugak. Ni tak….dekat 5 kali doctor n staf nurse buat. Er, VE ni kalau korang tengok, mesti nk menjerit weh. Doktor akan pakai glove ‘sterile’ n ratakan gel pada jari. Then, examine vagina dengan cara masukkan jari untuk cek berapa cm pintu rahim terbuka, rasa kepala baby, cek air ketuban dah pecah ke belum dan untuk kesan kalau2 ada sebarang keabnormalan. Kalau doctor tu dah expert, dia akan confirm dengan VE yang dia buat. Kalau tak pasti, nanti dia suruh member dia cek pulak. Kalau tak pasti lagi, member kepada member dia pulak buat. Mak aih….naya patient….sabar kak eh. Dan nak dijadikan cerita, ibu yang saya n nonie jaga ni, pintu rahim dia bukak baru beberapa cm, n dijangka lahirkan baby selepas pukul 5ptg. Mak aih, dah abes shif la kalau gitu. Melepasla kitorg nk tengok dia deliver baby.



Lebih kurang jam 11.45pg, kitorg menjengah ke bilik yang dijaga oleh k.zara n farah mahirah. Akak Chinese tu dah bukak 8cm. so, tinggal 2 cm lagi baby tu akan keluar!tak sampai beberapa minit, dah cukup 10cm. so, dengan pantasnya, student staff nurse(student pos basic midwife), bersama2 puan kitorang suruh patient tu push/meneran. Patient ni tak reti teran tapi anak dia dah nampak kepala dekat bahagian vulva! Sambil ibu tu teran, staff nurse terpaksa gunting(epiostomy) tepi vulva tu supaya baby senang keluar, lebih2 lagi kalau anak tu besar.Keadaan jadi semakin cemas bila baby dah keluar sampai leher, tapi ibu tu berhenti teran. Muka baby tu biru! Terdetik juga perkara buruk kat fikiran ni. Dengan sekuat tenaga, kitorang kangkangkan kaki ibu tu sambil staff nurse tarik kepala baby. Ramai la terus bagi semangat kat ibu tu supaya teruskan meneran. Alhamdulillah, pukul 11.49 pg, baby tu pun selamat dilahirkan. Selepas baby lahir, placenta/uri pulak dikeluarkan. Then, last sekali, nurse akan jahit epiostomy sebelum doctor check bahagian rahim untuk pastikan tiada sebarang objek asing tertinggal di rahim. Kalau tak, pendarahan yg teruk pulak akan terjd. Itulah satu2nya kes yg saya sempat tengok hari tu.



Overall prosedur yang kitorang buat kat labour room ialah tengok baby deliver, ukur berat,panjang, lilit kepala, buat pemeriksaan fizikal head to toe, check patensi anus, cuci muka n telinga baby(top and tail), and cuci tali pusat(cord dressing) baby. Untuk ibu, kitorg Cuma buat vulva swabbing, itu pun bagi yang bertuah je. Kebanyakannya, kitorg cuma memerhati sahaja,almaklumlah kami baru setahun jagung. :P



Sekian dahulu buat masa dan ketika ini. Sehingga bertemu lagi untuk next ceritera di obstetric :P




model:m.hassan albanna :)

terima kasih mak, kerana melahirkan sy :(


Baca sampai habes >>

Saturday, September 10, 2011

again. esok~

salam alaik :)

kurang drp 24jam nak balik KSKB Sg. Buloh !

berjuang untuk obstetric posting.

ready physically and mentally for osce trial.

next, midsem examination. =.='

scary, tak tipu !

preparation less than 50% !

pergh, kena kerja keras ! kate nak 4 flat.

takda apa yg mustahil, kan?

USAHA+DOA+TAWAKAL= NAJAH+MUMTAZ

insyaALLAH :)

p/s: slamat berjuang :teha,qist,yunnie, wawa, izzaty, umairah,luqman,wazien,zarif




special gudluck to:


adek aku yang sorang :D

Baca sampai habes >>