Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, December 31, 2009

selamat datang 2010!

salam.
mesti 2010 membawa makna bg setiap org.kan..kan..kan...
2010 resolutions mesti mantop2.haaaa. . . . saya pun. . . . .tp . . .
xperlulah diceritakan di sini...cumanya ada yg akan masuk ke hari pertama persekolahan..
tak lain xbukan,anak saudara sulungku,AMAN akan masuk ke darjah 1 dan ALMUSTOFA akan masuk tadika.
ngahlah org paling cuak.dan bermacam persediaan telah dirangka dengan abg iparku,abg sopi.
yelah,setiap ibu bapa memang nk yg terbaik untuk anak2.daripada sekolah pg,sekolah agama,
tusyen,semuanya nak yg terbaik.itulah juga yg berlaku masa kita kecil2 kan.mak abah sure nk yg terbaik untuk kita.bahkan sekarang dan hingga kita dewasa!(belum dewasa kut:P)
yg bakal menduduki SPM tahun ni pula,mesti tengah cuak.esp my adek....gd luck dik..:))
dan yg nk mendapat result bln 3 nanti lagilah cuak.....huh...yg nk ke PLKN sehari lagi,mesti hati tengah berdebar,dan bermalas-malasan.tak kurang juga,ada yg tak sabar,mungkin. . . .
selamat berjuang,wira-wati negara!:)
dan yang sudah terlepas daripada menyertai PLKN,mesti senyum meleret2 kan...
esp sahabatku ATIQAH HILMI :))
haaa..x pergi plkn,jgn lupa jd cikgu tusyen yg baik yer!i've faith in you lah. hehehe.
psst: wazien,bye2!:)

Baca sampai habes >>

Wednesday, December 30, 2009

satu lagi siap!

salam.
satu lagi buku siap dibaca dalam satu malam.
yela bukunya nipis sahaja.
dan jalan ceritanya sudah dapat ditangkap.
tp semasa membaca,banyak juga teka-teki yg dibuat oleh penulis.
apa-apa pun ttp seronok.
:)

psst: sekadar berkongsi minat.:)

Baca sampai habes >>

d.o.n.e!

salam.
sepanjang cuti ni baru 3 novel berjaya dihabiskan.
sebaik sahaja cuti bermula,
memang sudah di setkan dalam kepala.
semua novel milik cah(kakakku Hafsah) akan dikhatamkan.
almaklumlah kami ada minat yg sama.
peminat FAISAL TEHRANI.
alhamdulillah.
tak perlu keluarkan duit untuk baca semua novel tu.
sebab koleksi buku-buku tu banyak Cah dah ada.
YES!
ada lagi yg sedang dalam proses untuk dihabiskan.
tak sabar nk habiskan.
sesungguhnya,
membaca karya faisal tehrani ibarat melayari sebuah perjalanan yg indah menuju
DESTINASI CINTA!
cintailah ilmu :)
bila baca buku ni teringat kelas sejeq masa lower form.
banyak ketokohan sultan alauddin ditonjolkan.
watak atuk yg melayani cucu2nya yg rajin mendengar cerita toknya!
wah! memang best! x tahu nk describe dgn kata-kata!
budak2 indigo dgn kuasa telepati mereka.
gelagat mereka memang mencuit hati.
tp,endingnya membuat sy tak keruan.kan best kalau sambung satu bab lagi.
mesti terungkai misteri ni!tp mestilah penulis ade merencanakan sambungan yg lg best,kan!
nie.memang sah2 lah best.
teringat pula geng2 masa kecil2 dulu.
tapi sayangnya bakat anak2 miskin ni tak dapat pengakhiran yg sepatutnya.
sayang sekali.
mungkin kena buat 2nd round reading untuk lebih memahami endingnya.
hehe.


psst: sedang baca.- - - >rahsia ummi, by faisal tehrani :)

Baca sampai habes >>

Tuesday, December 29, 2009

hajat2 kesampaian semasa sPm:))

hanya Orion di surau sSp!

mandi hujan!
first time mandi hujan di sSp!
last day paper:)
salam.
tiada post menarik.
cuma terkenang kenangan silam menggamit rasa ceria di hati.
syukur.
sebelum keluar sekolah,
hajat nk mandi hujan tercapai.
almaklumlah.
terikat dgn peraturan yg menegah para pelajar merentas hujan.
inikan pula mandi hujan.
sepanjang sPm,
mmg ada hujan,
tp gara2 menjaga kesihatan diri,
hajat2 terbantut.
dan banyak2 doa agar masa paper akhir atau sebelum keluar sekolah,
dapatlah sekali seumur hidup nk merasa mandi hujan.
esp kat 'green' lawn ball.
dan masa hujan,harap sangat guruh tak berdentum!
kalau x,melepaslah!
nk dijadikan cerita,
mmg betul2 hujan.
hujan rahmat sy kira.
cuma tak ada lagu hindustan nk melengkapkan hajat.
dum.dum chak!
hehe.
ade pulak.
apa-apa pun.
hajat tercapai.
dan semua tu akan terpahat kukuh di
MEMORI!
psst: miss u damn much :teha:qist:yunie:


Baca sampai habes >>

Monday, December 28, 2009

alfatihah*


salam.
baru tadi dapat col from mash.berita sedeh sy dapat daripada mash.
jr.pantun kami, siti hajar muhad salleh,telah kembali ke rahmatullah pkul 3pg td sebab meningitis.hampir nk menitiskan air mata dengar berita tersebut.terbayang-bayang pula muka dia last time jumpa.dia peluk sy.teringat pula gelagatnya sepanjang perkenalan.dia memang jr.yg baik dan sentiasa happy.teringat pula masa salam muhibah f3. dia menangis sambil minta maaf dan peluk saya.memang terpancar cahaya keikhlasan masa tu. :(
apa-apa pun, alfatihah buat allahyarhamah siti hajar muhad salleh. moge ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yg beriman. alfatihah.

psst: kepada Allah kita dtg, kepada Dia juga kita kembali.

arwah yg sentiasa ceria.moga aman di sana.amin.

Baca sampai habes >>