Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Monday, February 8, 2010

*kenduri selesai sudah*

salam alaik.
huh.selama beberapa bulan ni hidup sy hanya bertumpu pada kenduri.
daripada sekecil-kecil urusan, hingga sebesar-besar urusan semua saya involve.so, semuanya dah pun selesai.alhamdulillah. bermacam-macam pengalaman baru yg saya dapat buat.iyelah, kite kan adik pengantin, mesti lah bajet busy.hahahaha. nasib baik jugalah dua org 'bibik' yg diimport daripada putrajaya dan jerantut nie sangat mantopp. sehingga kerajinan mereka ni menjadi satu pujian buat saya. "pandai sungguh ko timah! bawak kawan rajinn!" kembang semangkuk dengar bila ain cakap macam tu. dalam hati, "sian kat teha n qist" apa-apa pun, tak dapat dinafikan. 2 orang nie menjadi antara watak utama dalam menjayakan pembikinan majlis kenduri kahwin dan sambut menantu kat rumah. sorang lagi watak utama, Abg Soleh. memang rajin gile. aku pulak naik segan. Act, sy terharu yg amat, sbb qist n teha sanggup datang dan tolong.siap tolong kemas rumah lagi.dah la rumah bersepah.segan tahap maxx.tp. . . . ehem....hope korg faham ye.xmenang tangan act.....
*********************************************************
ahad, the day org semua nk balik ke rumah masing-masing,kami dapat excuse daripada semua org,nk pergi Pulau Chekas....seronok juga lah dapat ajak kwn2 enjoy kat sg.thanx to ain, sbb sudi bawak. kalau nk naik bas, jenuh jugak lah. apa-apa pun, memang best lah. then, petangnye, pergi hantar teha ke stesen bas benta.bye2 cyg....
pastu, sy qist abg n k.lily ke rumah cg.suhana pula. dah lama xjumpa cikgu.
also, dak2 yg datang------> saiful.zarif.joe.yusri.
to yusri:kuang asam betul ko nie.kelentong aku,kate xdtg!
budak2 pompuan,sy je yg dtg.izzaty kne cancel last minute cz sedara from kuantan n mentakan datang.umairah pula, merajuk ngan sy.hehe. maaf ye.
konklusinya, cuti ini penuh dengan aktiviti.meskipun kadang-kala dirundum kebosanan.apa-apa ajelah. . . .next mission, turunkan berat badan! berat naik 6 kg kuutt after SPM.huh.then, kelas comp.pastu, result pun kua.the end.------->harap dapat ke maktab!!amin
psst:thanx to my sayangss.:))

Baca sampai habes >>

Monday, January 11, 2010

abang,tahniah:)

salam alaik.
tiada kata2 yg dpt dikatakan tatkala abg melafazkan akad nikah nenerima Lily Haryanti Mohd.Elias sebagai suri hatinya.abahlah org pertama yg mengalirkan air mata. apa yg abah fikirkan sehingga begitu sekali yer?saat kami panggil abah untuk menitik inai,abah juga menolak. dan sekali lagi menitiskan air mata. apa yg terlintas difikiran ialah peristiwa beberapa bulan lalu. masih terngiang ditelinga saat abah memberi ingatan.
"kalau abg awk xjd dengan k.lily,ingt lah jasa diorg.penat dari johor berulang ke sg.buloh jenguk abg awk.siap hulur duit lagi kat kita."
masa tu air mata menitis juga.siapa tahu nasib abang.accident beberapa bulan dulu sangat memberi impak yg besar.saya dapat rasakan,abah sangat bersyukur sebab nyawa abg panjang lagi.pertama kali tengok abg kat ICU,tak ada sepatah yg boleh terluncur drp mulut.air mata je yg mampu dialirkan.alhamdulillah,jodoh abg dengan k.lily panjang.dan malaikat maut belum ditugaskan untuk mengambil nyawa abang.mungkin itu sebabnya abah begitu sebak.abah memang nampak keras. tp, siapa tahu,dalaman abah sangat lembut.semua ikut nangis bila nampak abah keluar lepas akad tamat. abang pun.ahhh...sebak jap.urm.

********************************************************

kepada abgku mohamad taufik pula, selamat bakal jd pengantin ye.
tanggungjawab yg lebih besar sy kira.jaga baik2 yer.
kepada kak nur amina joyce abdullah, kami sudah terima akk sebagai sebahagian drp kami.
moga kita sama-sama beroleh rahmat drp Allah.

psst: maaf,internet kat sini slow amat.huh

Baca sampai habes >>

Thursday, January 7, 2010

u belong wif me:)

salam alaik.
berita gembira.
saudara baru.
penuh pengalaman baru.
gelak tawa yg nikmat.
senyuman mak abah paling dinikmati.
moga rahmat Allah sentiasa bersama-sama.
mula menyayangi dan disayangi.
manja.manja.manja.
hanya saya dan awk yg faham.
kpd yg faham,
do pray 4 my success keyh.
ily.imy.thanx.
psst: esk jogging.haha

Baca sampai habes >>

Tuesday, January 5, 2010

think about it.

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Al-Baqarah: 286
psst: fakta menarik---->slow2..perubahan seseorg tu akn lama..yg pntg perlu ada keluarga yg berakhlak Islam .kdg2 melalui akhlak pon boleh dpt hidayah tau..
dan
ingat ni "wahai org2 y beriman,sesiapa yg menolong agama Allah nescaya Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)
thanx to miss nur atikah hilmi.dia mengingatkan sy agar mengamalkan teknik bermanja2.haaa...
kena byk belajar from dia nieh.haha.ini pantun utk awk.
buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
sy budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
pliss..pliss...pliss..
kamu jgn nakal ye:)

Baca sampai habes >>

Sunday, January 3, 2010

don't judge a book by its cover!

salam.
kita sering membincangkan dengan kecantikan.apa ada pada kecantikan?adakah sekadar pada fizikal semata-mata?masyarakat mudah menghakimi seseorang berdasarkan kecantikan luaran. perempuan yg cantik ialah perempuan yg berkulit licin,berpinggang ramping, berjari runcing, manakala lelaki yg cantik(hamdsome) ialah lelaki yg baik parasnya,tinggi lampai, berdada bidang, dan mempunyai senyuman yg menarik.adakah semudah itu kita menilai kecantikan dan kekuatan seseorang?

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

psst: wahai wanita, semoga cerdikmu secerdik Aisyah, cantikmu secantik Ainul Mardiah, pengorbananmu setinggi Sumayyah,ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan semoga tempatmu di syurga Al-Jannah.:)

Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "
" Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar"

Baca sampai habes >>