Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, December 30, 2012

kenangan 2012 ::

salam alaikum :)


2012 bakal menjadi kenangan semalam. sungguh, bermacam perkara baru. perit yang mengundang senyuman. derita namun meniti jua ceria. sedu tapi bertamu juga sang pelangi. ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

coretan suka duka ini saya tulis untuk dikenang dalam memori. baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan. :)

::Januari Februari Mac April Mei Jun ::

berada di semester 4. agak tension sebab banyak subjek menghafal. praktikal di wad dan klinik. banyak perkara baru sy belajar. dapat buat perkara baru yang mencabar; cucuk baby, melawat ibu berpantang, tengok kes jaundice, buka buku merah ibu mengandung, palpate perut ibu mengandung, dan bermacam lagi pngalaman sebagai staf di klinik. klinik tidak sama seperti wad. ada cabaran tersendiri,

sem 4 agak sedih sebab result down. most of my friends result naik. tak tau mana silap, result sy turun. agak sedih, tapi kuatkan azam nak naik balik untuk sem 5!

bersama groupmate di klinik ibu & anak :)


::July Ogos September Oktober November Disember::

welcome to final year, fatimah!sekarang pakai Red pip atas bahu. semakin berat tanggungjawab digalas. ergh. sem 5 sangat mencabar sebab,


  • management ward - subjek management adalah one of subject yang baru untuk sem ni. selain ada pemarkahan untuk exam, kitorang kena lakukan menagement di wad selama 2minggu. selama 2 minggu tu, kami dipantau oleh sister dan staf di wad. pemarkahan diberi oleh sister. dan...sy ada kisah tragis pada hari ke-2 management di wad. kisah yang tak dapat sy lupakan buat selama-lamanya...tp sy anggap ini sebagai satu pengajaran. tak semua orang dapat melalui pengalaman ni :)
  • research by group - kitorang siap dibahagikan kepada beberapa group. lebih kurang 10-12 orang satu group. dan kitorang kena cari satu tajuk dan buat research on that topic. berpeluh nak siapkanmresearch ni. macam-macam dugaan, especially related to cooperation. berulang ke Perpustakaan Negara, library UM untuk dapatkan literature review. fotostat, print sana-sini. stay-up, meeting kat netball court di bulan Ramadan. terkejar sana, terhiling sini. one day before final exam pun still tak henti-henti siapkan research. memang tragiss. the bad thing, i'm not doing it well. dan markah research pun tak boleh nak dibanggakan. uhuk2 sedih :(
alhamdulillah pointer untuk sem ni ada peningkatan. even tak capai target. usaha untuk sem last pula! chaiyok! :D

konvoi ke PNM

p/s : moga 2013 lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. bantu kami YaAllah :)

0 Comments: