salam alaykum. :)
harini masuk Ramadhan yang ke-9. masa berlari begitu pantas.
sedar tak sedar, semuanya seakan berlari...
pantas. deras. laju. em.
minggu yang ke-empat bagi sesi teori/kuliah. minggu ke-dua ramadhan.
semua orang bagaikan berlari. roh dan jasad saling berkejaran.
mana yang nak dipenuhi dengan roh. mana yang nak diisi dengan kehendak jasad.
maka, berlakulah aktiviti bercakaran antara incik jasmani dan puan rohani.
efeknya boleh dilihat. dengan tindak-tanduk dan calar-balar minda.
kecelaruan. urgh. wahai hati, anda sakit?
payah nak dijelaskan. tapi jelas, bukan hati ini sahaja yang berkecamuk.
melibatkan banyak pihak. terang dan bersuluh.
kita tak boleh puaskan hati semua pihak, kan?
dan. amat payah untuk sesetengah orang untuk berkorban.
walaupun demi sesuatu yang penting. tp,
amat mudah untuk bergadai demi sesuatu yang berkepentingan.
di mana keadilan?
tiada yang sempurna melainkan yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.
sekurang-kurangnya, tahu di mana had dan batas. memadai.
pening. berkecamuk. bergelora.
nausea. vomitting. vertigo.
sekian.
0 Comments:
Post a Comment