salam alaik :)
"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?"
"Kerana belum dipaku" Jawab Allah.
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi, wahai Rab?"tanya para malaikat.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah lagi.
Setelah itu, Allah menciptakan gunung-ganang di pelbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar. Setelah diciptakan gunung-ganang, bumi kemudian berputar sesuai pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan oleh Allah SWT.
Paku merupakan objek keras yang diperbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi, iaitu gunung-ganang, kemudian malaikat bertanya lagi.
"Ya Rab, adakah yang lebih kuat daripada paku?"
"Ada! jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya boleh melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat daripada api?" tanya malaikat lagi.
"Ada!Yakni air yang boleh memadamkan api" Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?"Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang keranya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat daripada itu(gunung, api,air dan angin)?" malaikat bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu...." Demikian Allah menjelaskan.
p/s: teruskan berdoa!sungguh2 ye!ingat daku dalam doamu :D
1 Comment:
Tag awak untuk segmen ZippoMiller. Nak join??klik sini
Post a Comment