Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, June 10, 2011

Diari HTAR ^___^ PART 2


salam alaik, BoBoiBoy & GeGeGurl ;)
(ops, makcu trkena pengaruh aman,mustofa,addin,alfatih n hassan!)

bonjour!yeah, alhamdulillah. saat ini, jasad masih punya upaya menyedut o2. phalanges tetap menari ikut irama. mata menggigil, kerna hampir terkatup. paras melatonin meningkat, itu sudah pasti.

Diari HTAR kutitipkan. untuk mereka fahami........

April hingga Mei....tu la saat2 paling mencemaskan buat ktorg, warga pelatih basik 2/2010. misi kami di clinical kali ni lebih mencabar drp sem lepas.cross sem 2 mantop2, rase nk nanges kejar cross. ape2 pun, sumenya b'jaya d laksanakan dgn jayanya.alhamdulillah :)

*Minggu Pertama & ke Dua

Grup saya ditempatkn di wad medikal perempuan. alhamdulillah tak lah kekok sangat dgn wad yg busy tu, berkat dulu pernah merasa kerja di HKL.tp, kondisi wad ni, lebih padat n mampat drp HKL kut. 1st day, langsung tak dapat sebarang cross. mana tak nye, satu cubicle, sorang kena handle. lebih kurang 12 atau lebih pesakit dlm satu cubicle tu. macam mane nk kejar cross? dengan observation yg tak selesai, kena pula hantar pesakit ke xRay department.atau, pesakit yg nak ke dewan bedah.atau ke ultrasound dll. mmg stress kalau kerja fikir nak kejar cross kan?astaghfirullah. memang, senang betul nak dapat dosa kalau kerja niat tah betul.
sebab tu kena slalu tajdid niat!*pesanan qist*

*new experience*

Seperti biasa, kalau dah nama pun wad medikal, konfem lah pesakitnya dengan variasi penyakit. siap ade penyakit berangkai lagi! majoriti : sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, asma, demam, TB, dll
pengalaman paling tak dapat d lupakan ialah masa 1st time bg injection. Masa tu ikut staft nurse incharge ubat.so, berpeluanglah bg injection. serius gigil, tak tipu! time tu bg suntikan subcutaneous aka insulin utk pesakit diabetes. alhamdulillah, after bg injection tu, tak berdarah pun. n makcik tu ckp tak sakit.hehe beselah tu, pesakit diabetes mmg kurang deria rasa. tp, feelin' tu mmg best. *wah*


*ibadah dlm wad*

Dalam kesibukan bekerja (walaupun still student), kadang2 lalai kita padaNya. dalam diam, dalam penat, rupa2nya, kita sedang buat ibadat. tp, kita tak sedar kan? saya ingat lg pesanan puan, "jd nurse mmg senang dapat pahala, dan senang juga dpt dosa." betul sangat apa yg puan ckp.totally right! niat kena betul. ikhlas. aib pesakit kena jaga. kena jaga hati pesakit, relatives.also, kawan sekerja!team work penting. baru kerja pun jd best! kena jugak saling mengingati. kalau ade kesempatan, smbil borak2 dgn pesakit tu, selitkan peringatan. suruh pesakit banyakkan bersabar, n berselawat dll. *surah al-asr*- beringat2 dan berpesan2 pd kebaikan. simple2 things, tp kadang2 payah nk buat. =.='

*Minggu ke Tiga & Empat

Buat julung2 kalinya, grup saya ditempatkan ke wad lelaki. ortopedik. wad mat rempit sejati. bukan tu je, infected diabetic memang banyak laaa....kes majoriti accident, diabetic yg teruk, putus jari, patah kaki, patah tangan, nk kena potong kaki, nk kena cuci luka dll.
makanya, cross untuk dressing aka cuci luka pesakit memang full! hari2 buat dressing. dengan teknik aseptik, cewaaah. pernah jugak muntah(sekali) sbb tak tahan bau.*maaf* tp, dah buat hari2, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. besa bro! hee nikmat tengok luka tu bertambah baek. semakin cantik ;)
1st time g wad lelaki memang panik. nak kne communicate, touch dll. mula2 memang terase la jurang and aura, tak mahu! tp, yea, NIAT. tajdid(perbaharui) niat! mereka pesakit saya. dan saya juru yg merawat mereka. alhamdulillah, walaupun charge +- = attract, tp lame2 -+=biasa.

mangsa remp-it!

*new experience*

-best gle dapat cuci luka yg besar gaban. and bleeding mengalir. ade blood clot. sapu honey manuka pada luka. tak sangka, madu boleh taruk kat luka tau. memang berkesan, dgn izin Allah. luka pakcik tu walaupun besar, tp cantik! *fresh meat*
-dapat tengok kes gangren. kaki hitam sbb sel kulit dah mati
-buat dressing kat jari yg macam dah nk terputus. rase nak menjerit pun ade. haila, seram gle kalau tibe2 saya yg menyebabkan jari dia terputus.kan?? (huuu, imagine...)
-staft nurse bagi peluang buat injection, intramascular. cucuk ubat tahan sakit. *puas*


jum buat dressing :)

*TAMAT*
selepas sebulan di HTAR, kitorg kena balik kskb sbb exam summatif kut. hailaa...then, continue clinical untuk 3 minggu. ada lagi new experience yg cik misi belum cite. later keyh! insyaAllah.


0 Comments: