Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, March 25, 2011

fewwit ^_~


salam alaik. sekarang saya berada di rumah. home sweet home ^.^ cuti sabtu, ahad je.
esok balik hostel semula. exam dah habis, reda jela walaupun rasanya exam kali ni sangat la terok. last minute study kadang2 bagus. tp hakikatnya x boleh di amalkan selalu. betul x? kalu di saat2 akhir tu kita tertidur, tersakit, terdown. naya kan??? its ok, learn from mistake.*tutup kes*

fewwit ;)

Ahad, 20 Mac haritu, saya, k.ima, k.sha, n k.fatma gi join satu program "fewwit"( Fun n Exciting Weekend With Iluvislam Team) yang dianjurkan oleh iLUVISLAM. seminggu sebelum tu k.ima bagitau nak pergi. tp, macam tak sure lagi sbb brapa hari je nak exam kan. bila tengok balik diri nie yg macam jiwa less, setuju je nak pergi. tak sangka event dia sangat best! sbb masa k.ima bagitau, dia cakap cuma nak pergi Ceramah Ustaz Pahrol kat UKM. memang best amat!

Kami bertolak dari KSKB pada pukul 6.30 pagi. Mujur K.Ima yang proaktif dah tempah teksi awl2 lagi. Kalau tak, terpaksa lah jalan kaki ke Hospital Sg.Buloh untuk dapatkan teksi awl2 pagi. Perjalanan dari KTM Sg.Buloh-UKM mengambil masa kurang 1 jam.kat dlm KTM tu, kami pun dengan aksi baiknya, memegang nota Anatomy,walaupun dlm keadaan mengantok amat. :) Sampai di Stesen UKM, kami cepat2 cari teksi. Tiba-tiba, ada seorang akak yg comel, muka baik tegur saya.Rupa2nya, akak tu datang sorang untuk tujuan yang sama dgn kami.so, kami pun sama2 naik teksi ke UKM. Nama akak tu K.Nadia, n dia student daripada politeknik Shah Alam.mula2 k.nadia janji nak datang gdn kawan2 dia, at last, semua busy.tp, dengan semangat jihad fisabilillah yang ada, dia datang juga walaupun sorang2. respect ar.

Sampai2 je kat UKM, pendaftaran belum lagi dibuka. so, kami pun ambil tempat dulu kat dalam Panggung Seni, UKM. dewan yang sederhana besar tu semakin di penuhi oleh para penonton yang datang dari segenap pelusuk alam (cewah). memandangkan sy ni seorang yg suka memerhati, maka byk perkara yg membuatkan saya terfikir.tengok kiri, kanan. ramainye muslimah yg solehah. tudung labuh, pakai purdah,pakai handsock, skinsock.tutup litup la. comelnye mereka! tengok diri sendiri. muhasabah diri balik. =.='
sedang sy memerhati org ramai yg berpusu-pusu memenuhi dewan, tiba2 terpandang seseorg. rasa2 macam kenal. nak tegur x? segan amat!dah la dia duduk dengan kawan2 dia. lamanya tak jumpa, kalau dia tak kenal sy mcm mana? segan weh. erm...jap ea.

Masuk2 je dlm dewan tu, barula saya tau, event ni namanya "fewwit", anjuran iluvislam. panel2 pula, bukan calang2. siap ada artis lagi. huhu Panel pd hari tu ialah Ustaz Pahrol Md Juoi, Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre n moderator pada hari tu ialah Wardina Safiyyah. ^_^ topik kupasan pada hari tu ialah " Di Mana Dia di Hatiku?" Antara perkara yang dikupas ialah:-
-bersangka baik pada Allah,
-keikhlasan dalam melakukan amal,
-kita tak berhak judge org yg lakukan dosa, krn Allah tu Maha Pengampun. kita hanya pendakwah
-jauhi diri drp perasaan riak, ujub
-sebanyak mana pun ibadah kita, takkan pernah cukup untuk membalas nikmat Allah pd kita
-hati itu memang sentiasa berbolak balik, maka perlu selalu berdoa agar kita dimatikan dalam khusnul khatimah

selepas tamat forum "Di mana Dia Di Hatiku", saya cepat2 mendapatkan dia yang saya kenal. Alhamdulillah, dia still ingat saya. ^.^

Fatimah: kak husnaida kan?
K.Ida: A'ah. Imah ye?

walaupun dah bertahun lamanya tak jumpa, mujur K,ida still kenal saya. kak husnaida salam, kakak senior ohana, aka ex-senior dorm yg baek! thanx k,.ida belanja kebab ukm :)

itulah alkisahnya saya dan fewwit : Di Mana Dia di Hatiku - UKM Bangi
moga Allah tetap membuka hati ini, memudahkan urusan untuk menghadiri majlis ilmu.
insyaAllah. kepada k,ima, syukran ala min fadhlik, ukhti! tak di lupakan kak fatmanizam n k.sha :)

2 Comments:

Aina said...

oooooo pergi tak ngajak pong:(

Imah ;D said...

ngee...next time we go together2 ek..hee