salam alaik!
kali ni Cik Misi nak share sikit apa yg kami belajar baru-baru nie :)
ini kak watie~ hahaha
recovery position
plastik putih tu face shield untuk elak direct contact
dengan air liur dan darah mangsa
30 chest compression: 2 blows
Minggu lepas jadual memang pack! Berturut-turut je aktiviti kitorang. Teori CPR-Praktis CPR-Exam CPR-Trial Osce-Cuti! memang letih tahap karma lah. Alhamdulillah last day tu balik cuti. So, otak yang tepu tu boleh lah nak rehat-rehat. Kasi mata rehat cukup-cukup. Bagi perut cukup makan. Refill kasih sayang kat rumah. Renew semangat. Topup segala macam yg kurang.
\(^_^)/
Jap.jap. before tu mesti ade yangtak berapa faham ape Cardiopulmonary Resuscitation aka CPR ni kan? Meh Cik Misi cite sikit. :-
CPR ni macam First Aid bila kita dapati seseorang tu tak ada nadi atau pernafasan atau kedua-duanya. CPR ni bukan golongan medik je boleh buat, setiap individu pun boleh belajar, sebab malang tak berbau. Kalau-kalau kat public area tiba-tiba ada orang pengsan, dan kita orang pertama yang menyaksikan kejadian, maka kita boleh selamatkan mangsa, dengan ilmu CPR yang kita ada sementara tunggu ambulans atau bantuan sampai. CPR ni termasuklah kejadian choking / tercekik.
Andaikan korang jalan2 kat public, and tiba-tiba ada sorang ni tiba-tiba pengsan. so, pertama sekali, kena lakukan pemeriksaan ke ats mangsa dengan teknik DR ABC.
D- danger (check lah kalau2 kawasan tu berbahaya dan suruh sumone call 999)
R- respon (cuba tepuk,goyang,panggil mangsa untuk lihat tahap kesedaran)
A- Airway ( head tilt, chin lift-dongak kepala, angkat dagu- untuk mudahkan pernafasan)
B- breathing ( dengar, lihat, dan rasa pernafasannya, jika tiada pernafasan, bg 2blow* dan rasa nadi carotid-dewasa dan nadi brachial-bayi)
C- circulation (untuk pastikan peredaran darah) apabila didapati mangsa tiada pulse, pernafasan, buat chest compression 30x dan 2 blow sebanyak 5 cycles. lepas 5cycles, check nadi carotid semula. kalau ada nadi, dan pernafasan, letak mangsa dalam recovery position, iaitu posisi semi-prone/ lateral(mengiring)
** 2 blow- mulut ke mulut, mulut ke hidung, face shield dll cara
** chest compression- tangan perlu tegak dan tekan dengan berat badan kita. tekan di tengah dada pada kedalaman 1 .5 -2 inci- dewasa. (30 compressions+2blows) x 5cycles.
Banyak lagi nak cerita, tapi cukup setakat ni je ok. untuk further explaination, boleh search kat internet or tanya pada yg pakar. maaf ats segala kekurangan :)
0 Comments:
Post a Comment