Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, March 30, 2010

khususan ila mentor addmaths ana.:)




serba sedikit latar belakang beliau.

nama: norfatihah azhar
nickname: teha, teh, norfa, along
no.ic: 920330-06-5520
asal: jerantut, pahang
keturunan: melayu-siam
hobi: buat karipap
kegemaran: kucing, F1 in schools
kegilaan: addmaths.
kelebihan: stay up smpy pagi.
sengguk dlm kelas, tp mantain award.
cita-cita: dr.fatihah


to teha: thanx a lot sebab sudi kawan ngn aku. walaupun aku tak sejelita Erra Fazira, suara tak selunak CT Nurhaliza, tak sepandai Amalina Che Bakri . . senang cerita, aku tak la best mane. tapi, syukran alaik sbb sudi jadi sahabat aku dunia akhirat. thaks sudi berendam air mate sesama bila aku memerlukan. menjadi penglipur lara tatkala aku kesedihan.menaikkan semangat saat aku jatuh. manjadi penyeri hidup tatkala aku kekelaman.berkorban apa saja tatkala aku kepapaan.berkongsi bantal di malam hari. berkongsi meja tatkala study. berkongsi sesuap nasi kerabu, secubit roti koop, sejemput karipap DM, seteguk air vending, sejug nescafe. segala2 dikongsi bersama-sama.except certain things yg bersifat personal.
tq banyak ajar aku tatkala aku buntu amat. tatkala aku cuak menhadapi kelas cg.asyirah, atau kecut dalam kelas cikgu azliza, mahupun mamai dikelas cg zarina.ko tetap ajar aku semampu kau.

tq gak sbb mengenalkan aku dengan saudara-mara kau yg unik amat. dari rumah mak de aku kenal ayh de yg sangat caring, abg farhan yg over pemalu, hingga bermacam plan diatur untuk mengenakannya,nada dan imran yg manja, kak hana yg baik, kak hani yg lembut. dari bandar seri putra, kita terbang ke rumah unty di shah alam. di situ aku kenal uncle yg giat berbisnes, kak aimuni dan abg aiman yg gigih mengejar cita2 di oversea. myuy dgn trademark shen sgt baik.farabi si mat romeo. dan athirah si hafizah cilik. kemudian, kau kenalkn aku dengan Cik De, mak long, dan ank2nya yg kaki bisnes. kak diana yg cantik ala model. ayah ngah dan anak2nye yg handsome. acik di temerloh. dengan ank2nya yg berbagai ragam...sehingga mak tam jiran kau...pak tam, kak mira, abang, kak long dll. keluarga kau memang besar.

pelbagai pengalaman aku bersama kau. . . dari pengalaman di pangkor kita meredah lautan manusia di kuala lumpur. semuanya kita tempoh walau dengan air mata. kite bergelak tawa, meski kadang2 air mata menjadi peneman kita. tidur di pantry, bertenggek ditangga, lepak di garuda, singgah di galeri koko, memerhati bintang dari medan puteri, mandi hujan di green lawn ball, memanjat pokok di tepi hostel, semuanya....

teha, tiada ape yg dapat aku bagi pada kau. hanya kasih sayang dan doa yg tiada penghujung, untuk satu hubungan persahabatan yg dititip dengan keikhlasan dan keredaan Ilahi. terima kasih untuk segalanya. hanya Allah yg mampu membalasnya.

selamat hari lahir ke 18. aku sayang kau fillah...-noktah-

0 Comments: