salam.
baru beberapa minggu bergelar ex-student, dah bermacam-macam bermain dibenak sy ni. mula-mula memikirkan diri sendiri.lepas tu memikirkan rakan-rakan. adakah kita semua akan berubah. itu sudah tentulah.tp,bagaimana perubahan tu ye?adakah perubahan kepada ke arah kebaikan atau sebaliknya. saya pun ada memikirkan sebanarnya. bagaimana saya nk berpakaian lepas ni?adakah seperti selalu; simple+sempoi,atau gaya yg kasual atau gaya seorang nerd?atau bertudung labuh?atau bergaya seperti wardina?atau waheeda?atau ekin? bermacam-macam bermain di benak.sudah tentu rakan-rakan yg lain pun ada terfikir.
adakah selepas ini akan meneruskan perhubungan dengan si dia?atau mula berjinak-jinak dengan cinta? atau mula mengubah cara berpakaian,lebih anggun.anggun bagaimana?dengan mula bertudung atau mula memasang niat untuk mengubah style hair cutting? atau mula mengkaratkan rambut?dari segi pakaian, adakah mula memakai baju yg lebih labuh,atau mula menyingkatkan baju dan memilih baju yg mengikut bentuk badan agar tampak lebih feminine kononnya.
ayuh kawan, sudah puas cikgu halimatus berpidato dlm kelas menyebarkan dakwah pada kita agar berpegang teguh pada budaya Melayu dan ciri-ciri keperempuanan.atau mungkin ustaz kamil memerli dengan niat kita sedar kepentingan tudung dan berpakaian menutup aurat.atau cikgu nasir yg tersipu dan malu2 untuk berterus-terang tentang cara kita berpakaian. atau mulut yunie yg lepas dalam mengomen sesiapa yg tak pin tudung dengan sempurna, atau biro dm yg bertegas agar masuk ke DM dengan pakaian yg proper.
aduh kawan.sy mula bertambah risau tentang diri ini dan anda . minggu ini dapat mesej daripada seorang rakan.kata-katanya membuatkan saya terjerut.
'hey,aku doakan ko tak kena culture shock after nie!'
kenapa mesejnya berbunyi begitu?mungkinkah sbb sekolah satu jenis sering dikaitkan dengan masalah culture shock ini bila tiba di ipt.hurm. . . .takut juga sebenarnya.walau siapa pun kita, kita semua sebenarnya berisiko.
psst:ayuh,kuatkan jati diri,agar diri ini terpelihara dan sentiasa berhijrah ke arah kebaikan.
insyaAllah.amin.
0 Comments:
Post a Comment