salam alaykum :)
*reading in progress*
dah lame teringin nak bace 5tahun 5bulan. haritu adik sy offer nak pinjam drp kezen. mula2 malas oo nak bace buku cuti2 gini. at last, yah pinjam gak tp 4 her own la. urgh, dah buku tu dok depan mata, amekla bace. dah bace, ralik la pulak. huhu i never refuse hlovate punya karya ok. memang da best. :P
dalam setiap karya hlovate ni, mesti dia akan selitkan something yg meningful sangat2. islamic plus sempoi je gaye penulisan dia. banyak yang sy blajar from dis novel walaupun belum habis bace lagi.hihi antara yang buat sy tersedar ialah tentang the love letter from Allah ; ayat2 Alfurqan.(kalamullah)
mesti korang slalu bace surah Al-Insyirah esp bila musim peperiksaan kan? korang pernah tak realize maksud surah tu? sy dulu penah gak baca terjemahan dia, tp sekadar bace je kot.begitulah hakikatnya, jika kita menggunakan hati yang lalai, kebenaran depan mata pun tak tersingkap... ish3
lepas bace hlovate tu, try search semula terjemahan Al-Insyirah tu. pergh, memang superb dia punye meaning. rasa lebih masyuk bila kita mencari untuk tahu, dengan bila kita baca ayat tu memang dah ada depan mata.
jum kite same2 hayati :-
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). |
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
- Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
- Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
and, korang perasan tak, ayat ke 5 dan ke 6 tu same? Allah beri penegasan bagi ayat tu.
setiap kesusahan, memang ada kemudahannya.
‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."
maka, sebagai hambaNya yang mengaku beriman pdNya, kita kena 200% percaya pada janji Allah.
one point yg kita kena slalu amalkan, berSABAR lah wahai hati. dengan bersabar, setiap kemudahan pasti menemui jalan kesenangan.
Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syairnya :-
Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.
Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
maka ia pasti akan selamat.
Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.
Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolongan.
-credits republika.co.id-
"Verily, after hardship comes ease, after hardship comes ease. So, when you have finished your duties, then stand up for worship. And to your Lord turn your invocations"[AS SHARH:5~8]
0 Comments:
Post a Comment