Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, September 9, 2011

persoalan hidup



salam alaik.

suatu hari, seorang kawan menghantar mesej raya, di ikuti dengan satu mesej yang berat untuk saya jawab. lama mesej tu tersimpan di inbox.

kawan : macam mana kita nak tau, something bad yg berlaku tu ujian atau balasan daripada Allah?

then, beberapa hari kemudian, saya pun hantar mesej pada seorang sahabat untuk merungkai persoalan tuh.

ni simple explaination drp sahabat sy :)

mesej 1: ujian ada 2. bala dan nikmat. Allah uji sbb sayang kat kita, juga nak bagi pengajaran kpd kita. ujian itu untuk menyedarkan...kalau Allah uji dgn bala dan sesuatu yang menyakitkan, bermaksud Allah nak bersihkan diri kita dr dosa yang lepas. kifarah kepada dosa-dosa silam. manusia yang cerdik hatinya, akan sentiasa bergembira dgn ujian yang menimpa. untuk menjadi manusia yang bersih drp dosa, hati perlu disucikan. Itu cara Allah menyayangi. Macam mana nak bezakan ujian atau hukuman? sama saja...kita kadang-kadang tak sedar ape dosa yang kita dah lakukan. anggaplah Allah sedang membersihkan kita dari dosa. pembalasan untuk menyedarkan. untuk apa? untuk membersihkan dr dosa. orang takkan dihukum kalau tak buat salah. Kan?

mesej 2: contoh : melawan cakap mak ayah, tibe2 accident. haa, itu hukuman. belajar bersungguh-sungguh tp still fail, Allah nak uji, sabar atau tak,. mungkin juga sebagai kifarah utk dosa yang lepas. mungkin dulu pernah sakitkan hati mak ayah.

so, daripada explaination tuh, ape yang dapat sy conclude ialah, kita pun tak dapat nk tahu actly, ia satu ujian atau hukuman. maybe, kalau kita pernah buat dosa besar, akan terlintas dihati bahawa ia adalah satu bala drp Allah kesan drp kita buat dosa besar tuh. sebaliknya, jika kita tak buat dosa besar, kita akan cakap itu satu ujian. tp, siapa kita untuk judge semua tu kan. kita hanya manusia biasa yang dalam sedar atau tak, ada melakukan dosa sama ada dosa sesama manusia atau dosa pada Allah. maka, tugas kita perlulah menyucikan tak kisahlah ia satu ujian atau balasan.anggaplah kita sedang melalui satu proses penyucian.bertaubatlah, kerana kita tak dapat lari daripada dosa. Yang penting, ada risau dan takut akan dosa yang dilakukan. Ini petanda iman. Orang beriman setiap kali melakukan dosa, akan runsing dan resah.


" Allah sangat suka pada satu orang yang melakukan dosa kemudian bertaubat. Menangis mengadu pada Allah kerana dosanya, walaupun kemudian dia mengulang dosa itu, kemudian bertaubat lagi."


P/S: IMAN NAIK DAN TURUN :(
moga Iman kita sama2 terpelihara. insyaAllah.





0 Comments: