salam aidil fitri.
pejam, celik,pejam,celik.akhirnya 1syawal menjelma dan kita semua terpaksa mengucapkan slamat tinggal pada ramadan. sedih rasanya. banyak perkara lagha yg dilakukan sama ada dalam sedar atau tak. amalanku mampu tak nk cover perkara2 lagha tu.mampukah?adakah?apakah? satu harapan moga ibadah2 kita di terimaNya.insyaAllah.
1 Syawal- meriah betul!alhamdulillah tahun ni semua kelapan2 adik beradik, 4 org menantu dan 5 org cucu berjaya berkumpul d bawah satu bumbung. memang penuh satu rumah. ada yg tidur ats kerusi, di ruang tamu,ruang solat, yg untung dapatla tdur dibilik. yg bujang2, menyelitlah celah2 ank2 buah.hehe.
1 day before raya, kami sibuk prepare juadah untuk raya. tahun ni kuih tradisi mak, iaitu kuih kacang tak buat.mak tak larat, masa pun mencemburui. tp, rendang ayam,daging,lempung, nasi impait dan kuah kacang ttp menjadi juadah wajib. ditambah pula dengan lemang+kuih raya tunjuk2. chef nurul ain(ngah) pula sediakan puding roti dan koktail.perghh..memang best lah!malam raya pulak, kami takbir ramai2. dong banjir nampaknya apabila abg soleh dan k.lily menitiskan air mata masa takbir.sebak juga hati ni memikirkan beberapa tahun nanti, saya bakal beraya di hospital nampaknya. so, better i prepare mentally n physically from now.hehe
hari nie cuma 2 destinasi yg berjaya dilawati.rumah mak ngah dan rumah cu.petang harinya, ngah,tam dan abg's family pulang ke kampung mertua mereka pula...seronok tengok keletah ank2 buah beraya..ada yg happy, monyok,merajuk dll. apa2 pun ,mereka ttp buah hati makcu.:P
kepada sahabat handai saya, slamat hari raya diucapkan pada nada semua. maaf zahir dan batin andai diri ni pernah mengguris hati,atau lakukan ape2 kesalahan pada anda2 semua. maaf kalau tak balas mesej anda.mby saya bz@xda kredit@sedih nk balas mesej anda2. kalaupun hati nie pernah terasa dgn anda2, jgn bimbang 0-0 slalu. memaafkan kesalahan org pada kita itu terbaik.
sekian, salam alaik:)
psst: benarkah fakta, seseorg itu akan lebih mementingkan kekasih drp sahabat sndiri? kalau itu hakikat, dukacitalah diri ini.hurm.
Tips membangun mental anak
-
[image: menghindari pergaulan bebas remaja]
Menjaga kepercayaan itu tidak dulu mudah. Sekali hancur, maka akan sukar
sekali untuk memperbaikinya. Analogi...
4 years ago
0 Comments:
Post a Comment