Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Friday, September 11, 2009

hari minggu terakhir. . . .


salam.agak lama sebenarnya tak menulis di sini.agak kekok memandangkan aku sudah bertekad akan menggunakan bahasa melayuyang baik di blog drfatimah ni. setelah beberapa kritikan membina aku terima daripada kakakku (ngah) dan beberapa teman yang sudah masuk ke blog ni.terima kasih semua.dengan ini aku dapatlah menggunakan bahasa ibunda dengan sebaiknya.barulah bolah berbangga menjadi MELAYU sejati!

sesungguhnya hari ni sudah masuk ramadan ke 22!
pejam celik(2X), RAMADAN bakal pergi.
kesayuan melanda diri.
jika diimbas kembali, apakah sudah cukup amalan yg aku kerjakan?
rasanya, tidak lah sebanyak mana. sahur pun kadang2 tak bangun.
memang kelemahanku sejak azali,nama shj perempuan,tp susah bangun pagi.
hehe.tiada orang yang sempurna kan?
tp hari ini aku bangun sebelum pukul 4 pagi!
syukur, dan terima kasih kepada ya ukhti hanis nabiha,sbb sudi datang ke 'kayangan'(top floor) untuk kejutkan ana.moga Allah melipat gandakan pahala awk,sbb awklah sy kejutkan beberapa org kawan untuk bangun sahur dan Alhamdulillah melangkah ke surau, walaupun sy kena marah dengan org,sbb kejutkan dia....xmengapalah......dan hari ni langkah kanan,sbb menu sahur pg ni sungguh menyelerakan! ayam dan tomyam....bagi kami, menu tersebut memang sedap..tak dapat digambarkan dengan kata2.haha.yela tuh.....

semalam sekali lg kami peljar ting.5 dipertemukan lagi dengan PAK ANJANG daripada KESUMART Malaysia.nampaknya kekuatan dalaman semakin meningkat sejak bertemu dengan P.Anjang buat sekian kalinya.terima kasih p.anjang dan abg ngah yg sudi datang dr Johor Bahru semata2 kerana ORION0509

haaa!lupa ingin sy kongsikan satu berita gembira.kakak sy ngah sudah selamat melahirkan anaknya yang ke4,dan diberi nama Muhammad Alfateh...anak2 saudara saya semua ada nama yg sy rasakan islamic, dimana jarang2 ibu bapa pada zaman sekarang ingin menamakan anak mereka dengan nama tersebut.
tp belum berkesempatan lg berjumpa.insyaALLAH raya nnti kita jumpa ye.

sy tak sabar nk balik rumah, tp bila balik cuti,bermakna, ramadan akan pergi, dan syawal datang.....selepas buka cuti pula, sy bakal menduduki percubaan negeri selangor pula.dan bermacam2 program selepas raya, antaranya ialah kem sejarah dengan RMC dan Malam Selingkar Kasih.tidak lama selepas itu, SPM bakal tiba! hati rasa 'cuak' dan agak gundah-gulana.tp apa kan daya, hidup tetap perlu diteruskan. selepas SPM, . . . . selamat tinggal pula kepada ssp dan semua warganya.sedihnya tak tergambar.nampaknya sy bakal melalui hari2 yang mendatang tanpa perlu memakai uniform sekolah lg.tp kehidupan di luar membimbangkan saya. tiada lagi guru2 dan kwn2 yang selama ini sentiasa mengingatkan saya dan kehidupan d ssp yang sememangnya membataskan pergaulan sy dengan kaum bertentangan.dan sememangnya hidup di sini ibarat tinggal di dalam kepompong yang keras dan selamat.
apa2 pun, kalau hati kita sentiasa dengan ALLAH, Allaah akan bersama-sama kita kannnn.....INSYA ALLAH...bersangka baiklah dengan ALLAH.itu lebih baik.

sekian dahuku buat masa ini, jumpa lg kalau jodoh kita kuat. okey?

ready for overnight!

0 Comments: