Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, March 6, 2013

menjadi yang terbaik::


salam alaikum::

dalam kehidupan yang kita lalui sudah pasti semua insan ingin menjadi yang terbaik.
mahu menjadi anak yang terbaik kepada ibu bapa. menjadi hamba yang taat. menjadi pekerja yang rajin.
serba serbi kita mahukan kebaikan sebab fitrah manusia asalnya baik. suka akan kebaikan.
sejahat mana pun manusia pasti impikan syurga. meskipun tingkahnya songsang.
yaaa, kerana fitrah, ketua penjahat sekalipun mengidamkan syurga.
kerana fitrah, si playboy mahukan isteri yang solehah sebagai pendamping.
semuanya kerana fitrah!

dan kerana diri ini hanya insan biasa, aku ,menjerit di dalam hati, "Aku mahu kembali kepada fitrah!!!!!"
meskipun berulang-ulang kali melakukan dosa. berjanji takkan mengulangi dan kemudiannya mengkhianati janji pada pencipta. malu...tapi apakan daya, diri ini insan biasa. yang takut pada azab yang pedih.
cintakan syurga, walaupun terus berbuat dosa. takutkan siksa kubur tapi masih mampu bergelak tawa.

alpa semusim lama.

beringat semusim cuma.

sedih.

sedih.

dan hanya bersedih?

terus angkat tangan dan merintih,

rupanya Tuhan rindu mendengar suara hati meminta kepadaNya.


ya Allah, ampunkan dosaku,
dosa kedua-dua ibu bapaku,
ahli keluargaku,
guru-guru aku,
sahabat-sahabatku,
jiran-jiranku,
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat,
sama ada yang masih hidup,
ataupun yang telah meninggal dunia.
amin yaRabbal 'alamin....


0 Comments: