Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Tuesday, December 13, 2016

Ikhtiar zuriat

Assalamualaikum. Alhamdulillah esok kerja malam. maka adalah sedikit masa untuk update blog kesayangan ni. So...kita cerita panjang sikit ye? kasi chance la... ^_^


Ini kisah Puan Misi yang masih segar dalam ingatan...ianya berkaitan dengan zuriat..

Zuriat. Semua insan yang berkahwin sudah pasti inginkan zuriat ataupun cahaya mata untuk menyambung keturunan. Antara hikmah berkahwin adalah untuk meramaikan ummat Muhammad.
Ada juga pasangan yang diuji bertahun kahwin masih belum dikurniakan anak. Sesungguhnya yang punya anak pun ada juga Allah uji dengan anak tersebut seperti masalah kesihatan dan sebagainya. 

Masih terngiang kisah seorang ibu yang Allah uji dengan anak keduanya didiagnoskan menghidapi masalah jantung. Dengan takdir Allah adik tu sekarang sedang menanti ibunya untuk sama-sama masuk ke syurga. Sudah janji Allah anak-anak yang belum aqil baligh,meninggal..akan masuk ke syurga. Mudah-mudahan adik menjadi penolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga di akhirat kelak. 

Ini kisah adik Q. Agak lama juga berada di wad kami setelah pembedahan, dan prognosis adik tu amatlah tidak bagus. Paru-parunya menghadapi komplikasi. Jangkitan kuman yang kuat juga melemahkan antibodinya. High Frequency Occilatory Ventilation(HFOV) diberikan kepada adik tersebut namun spo2 yang dicapai tidak memberangsangkan. Saturasi oksigen sangat low area 75% sahaja. Dan setelah beberapa lama di wad kami, doktor menerangkan kepada ibu dan ayah bahawa anaknya mungkin taidak boleh bertahan lama. tekanan darah dibantu dengan 'inotropes' yang tinggi. setting ventilator juga tinggi untuk membantu pernafasan baby tersebut.Walaupun redo,namun  nampak jelas pada riak si ibu sangat sedih. Ibu mana tak sedih bila diberitahu anak kesayangan akan pergi buat selama-lamanya  kan...I can feel u..hmm

Beberapa hari sebelum adik tu meninggal sempat saya berbual dengan ibunya. ceritanya, walaupun adik tu bukanlah satu-satunya anak, namun dia menghadapi bermacam ujian untuk dapatkan anak keduanya. Bukan senang nak dapatkan zuriat kedua katanya. dan apabila dia dapat anak kedua tu, dia dan keluarga betul-betul gembira. Masih ingat senyuman mak tu gembira apabila lahirnya anak tu begitu istimewa sebab lahir-lahir terus ada gigi sebatang! Namun kisah gembiranya melahirkan baby bergigi sebatang seakan lenyap daripada ingatan semua ahli keluarganya apabila baby itu dikhabarkan mempunyai masalah jantung yang kompleks. sehinggalah adik itu meninggal. satu Malaysia menangisi pemergian seorang baby yang sangat comel...Wajah adik masih segar diingatan misi tau. :'( Doakan misi dapat masuk syurga juga ye...

**********************************************************************

Untuk mendapatkan sesuatu hajat tidak cukup hanya sekadar doa.
Ikhtiar itu perlu.
InsyaAllah next post saya akan ceritakan bagaimana ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

alangkah bahagianya bila double line yg muncul :')
Biiznillah. insyaAllah.

Mama Farisya Iman :')
Misi Budak

0 Comments: