Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, December 29, 2016

Bagaimana Bekalkan EBM Kepada Pengasuh

Assalamualaikum. Hari ni saya akan mula bekerja lepas 6 hari bercuti. Rasa malas tu pasti ada. Tapi kena lawan jugak perasaan tu. Kerja lillahitaala mana boleh malas-malas. Kan kerja itu juga satu ibadat. Kalau meninggal masa bekerja dah jatuh syahid. Maka, ayuhlah bekerja dengan semangatnya. Ececeh. Ayat nak pujuk hati. 😊😊😊


Sebenarnya dah lama nak buat entri ini. Sebab saya yakin inilah antara perkara yang bermain di fikiran ibu-ibu sekalian. Macam mana nak handle EBM di rumah pengasuh. But.. before that, korang dah ada pengasuh anak ke belum ni???? Sebab bukan senang nak cari pengasuh nowdays. Pening kepala kalau masih belum jumpa. Kalau dah jumpa pulak, belum tentu serasi dan puas hati. Kan? Alhamdulillah Farisya dapat pengasuh yang ok. Lega lah hati mama ni.

Actually jumpa pengasuh ni masa 8 bulan mengandung. Jiran yang bagi nombor. Lepas tu kami pun jumpa minum2 petang kat rumah pengasuh. Bincang waktu kerja macam mana, bayaran dan sebagainya. Disebabkan pengasuh ni dah pernah jaga anak jururawat, makanya dia dah biasa dengan waktu kerja saya. Dan bayaran ditetapkan RM400. Mula-mula rasa agak mahal, tapi selepas tanya kawan-kawan, agak berbaloi sebab boleh hantar weekends, dan boleh jaga masa saya kerja syif malam. Ambil lambat tak ada caj tambahan. Berbaloi kan?

Baik. Berbalik kepada cara2 handle EBM. 
1. Terang kepada pengasuh.
Penerangan ni penting ya. Bukan kita buat-buat pandai. Tapi cuma bagi pengasuh 'refresh' je cara-caranya. Kita pun pandai-pandai la berbahasa kan. Cakapla 'saya tahu akak dah tahu, cuma saya nak bagitahu lagi kot-kot akak lupe ke' atau err.. pandai-pandai la kan..hehehe

-susu fresh baru perah boleh tahan dalam suhu bilik dalam masa 4jam

-susu frozen bila dah cair dan dipanaskan boleh tahan 1-2jam sahaja. 

- susu yang dah cair tak boleh dibekukan semula


2. Beg berisi ice brick
Masa transport susu ke rumah pengasuh perlulah letak dalam beg berisi ais supaya kesegaran susu terjamin. Sampai di rumah pengasuh, cepat-cepat lah simpan dalam peti ais.

3. Cairkan susu
Malam sebelum tidur saya akan keluarkan susu daripada beku dan rendam dalam air di chiller. Bangun pagi susu dah cair. Daripada plastik beg tu, saya akan masukkan siap-siap dalam botol. Biasanya 4-5 botol. Farisya minum 4oz. Jadi saya akan bekalkan 5 botol susu berisi 4oz susu setiap botol. XJarang-jarang susu semua habis. Biasanya 4 botol je. Sempatlah saya ambil sebelum susu habis.

Atau..kalau saya bangun pagi saya akan perah susu. Susu yang fresh ni boleh tahan 5-7hari di chiller. Saya akan buat label di botol. Yang no.1 FRESH, no.2 dan no.3 susu yang dicairkan semalaman dan no.4 susu FRESH. Incase no.4 dan no.5 tu tak habis kat pengasuh boleh lah pindahkan ke freezer untuk dijadikan stok beku. So 2 susu FRESH, 2 susu EBM.

4. Warmer
- warmer susu Farisya asalnya ada 1 sahaja. Pengasuh request nak warmer, makanya kita ikutkan sahaja. 1 warmer tinggal di rumah pengasuh dan kena lah beli 1 lagi warmer kat rumah. 😊 iyela, kalau mama kerja malam Farisya kan tinggal dengan abahnya. Senang kerja abah Farisya.

Untuk memudahkan pengasuh, saya siap pesan tak perlu basuh botol anak. Kita nak dia fokus jaga anak kita je. Insyaallah, kita mudahkan kerja orang lain, Allah mudahkan kerja kita. Kan 😊

Begitulah kisah selama 11 bulan saya menyusukan Farisya. Setakat tu je rezeki Farisya. Its ok, i will try my best untuk adik Farisya pulak. Hehe 

All the best mummies 😊😊😊

Susu adalah rezeki, bukan untuk dibanggakan.
Bersyukurlah. Dan bila tiada, redolah. 





0 Comments: