Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Wednesday, December 11, 2013

Ambil satu titik::

salam alaikum :)



Jalan ini adalah perjalanan yang panjang
Aku sendiri tak tahu di mana penghujungnya
Aku sudah di sini
di tengah perjalanan yang sungguh maha panjang
Lalu ku ambil satu titik
Aku kira itu sebagai permulaan
Sedang aku tak pasti di mana aku bermula.

Di perjalan yang panjang itu
Kulihat jalan yang lurus dihadapanku
Namun tak semudah ku sangka
Dihadapan sana jalannya penuh liku, onak dan berduri
Kutemui luka dan sedu
Ketawa dan air mata

Aku belajar agar tidak bergantung
selain daripada Engkau
kerana aku pernah kecewa
kerana berharap selain daripadaMu
disaat layar aku kacau
dilautan yang penuh gelora

Dijalan yang maha panjang ini
ada kalanya langit mendung dan awan kelabu
lalu perjalananku suram dan kelam
namun pelangi tak pernah memungkiri
terlakar indah seusai hujan dan mendung berarak pergi

Ada kalanya aku berjalan dan berlari
Sesekali aku jatuh dan merangkak
jatuh dan bangun 
lalu Kau tempiaskan sedikit kekuatan
supaya aku bangkit dan belajar

Genggam baru api biar sampai jadi arang
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Kerana perjalanan ini masih belum tamat
Maka teruskan perjalanan meski aku perlu merangkak
Kerana Dia sudah berjanji
bersamaku dijalan ini
dan Dia takkan pernah meninggalkan aku
wahai Pencinta yang setia....


***********


Titik permulaan itu tidak semestinya  1.1.14. 
Kerana 11.12.13 sudah cukup untuk menjadi titik yang indah.
May Allah ease everything.
InsyaAllah. amin (:





Baca sampai habes >>