Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, June 30, 2013

perancangan :)

salam alaikum :)


rancang..
dengan apa yang ada di tangan.
bukan yang kita angan-angankan...
ooo...kita membina cita-cita dan harapan..
bukan mimpi igauan.

perancangan harus diperhati
agar tertib rapi dan teliti
matlamat dan caranya berbeza
masalah pun harus diambil kira..
 
****************
teringat lagu ni.... tentang perancangan..

setiap hari yang dilalui pasti dimulai dengan perancangan.
kalau tak, hidup mesti haru. tak banyak, sikit pun mesti haru.
kalau dulu masa study hidup kita dah ditentukan flownya.
aktiviti kita semua di masukkan dalam jadual. pukul 8pagi-5petang.
full dengan kelas. aktiviti persendirian bermula jam 5 petang.
itu pun kena masuk hostel before 8 malam hari bekerja dan 10malam hari minggu.

now, dekat rumah. setiap ari adalah sama sahaja. Isnin tanpa monday blues.
dan rutin yang sama jugak hari-hari. rasa macam tak berkualiti aje.
nak lakukan sesuatu yang lebih berkualiti daripada sekarang.
arghhhhhhhhhhhhhh...

terasa sesuatu. kosong..kosong..kosong... T_T

jom merancang dengan lebih rapi , moga hasilnya luar biasa berkualiti :)



Baca sampai habes >>

home sweet home :)

salam alaikum. ^_^


dah 2 minggu tanam anggur di rumah. dan dalam 2 minggu ni, macam-macam jugak perkara berlaku.
1st week cuti, mokde (kakak abah) sakit dan admit wad. saya, de dan atam (sepupu) bergilir-gilir jaga mokde kat wad. dan sekarang pun kena tolong jaga dia sebab dia tak boleh ambulate by herself. 

next, plan nak meniaga kat bazar Ramadan tak lama lagi. 10 days towards Ramadan. harap semuanya berjalan lancar. dapat beribadat dengan tenang. insyaAllah. moga Allah permudahkan. amin :)

emm, belum start belajar memasak lagi. huhu ngah dah bising dah. rilek ar bukan esok pun nak kawin. heeee joke2 :P plus, ngah suruh menuntut ilmu menjahit dengan de jugak. alahai. tak minat eden. pelik betul. masak tak minat. menjahit pun tak. aduyai. ermmm. nak tanamkan minat jugak.! wuuuuu. sadis.

 alhamdulillah for everything. thank you Allah. (:

Baca sampai habes >>

Sunday, June 9, 2013

:)

saya rasa , saya dah terawal wish abah. 

apa-apa pun.

setiap hari adalah hari abah.

so, Abah, SELAMAT HARI ABAH! hehehe

Baca sampai habes >>

Abah yang dikasihi kerana Allah :)

salam alaikum ::


abah hantar dayah balik kuliah harini. col abah ....

saya: chotchetchotchet...
abah:  chotchetchotchet jugak....
saya: Abah! selamat Hari Abah!
Abah: (senyap)
saya: (abah ni dgr tak org wish ni?)
abah:  chotchetchotchet lagi (sambung carita pasal menda lain.)
saya: chotchetchotchet lagi jugak (-.-)

Abah saya :-

Abah berbadan sasa. berkulit gelap. berjanggut putih. hampir semua rambut nipis abah juga putih.jarang senyum. umur abah 66tahun. kalau orang tanya siapa yang saya paling takut selepas Allah, semestinya saya akan cakap "Abah saya". 

Si Fulanah: kenapa fatimah takut Abah?sebab apa? 
Fatimah: abah saya garang....
Si Fulanah: garang macam mana ye? 
Fatimah: abah selalu marah saya... 
Si Fulanah: marah sebab apa? 
Fatimah: macam2 sebab la... 
Si Fulanah: Fatimah buat salah?
Fatimah: emmmmm.
Si Fulanah: memang patutlah abah awk marah, sebab awk buat salah.
Fatimah: zraappppp. (bunyi koyak dan rabak)

abah tak pandai nak sweet2. dulu, takut nak cium abah. seingat saya, masa besar ni, start cium abah lepas dapat abang ipar ke-2. Abang Soleh memang happy-go-lucky. suka melawak dgn semua orang. abah pun layankan aje. everytime dia salam abah, mesti akan cium dan peluk abah. start pada tu kot saya mula cium abah semula. mula ada kekuatan. bukan tak pernah nak cium abah lepas salam, tapi TAKUT abah akan refuse atau ignore. nyata pemikiran negatif sy meleset sama sekali. sobs3. (kesat hingusss).

abah...kenapa abah tak tunjuk yang abah sayang anak-anak abah?abah tak peluk, tak cium? macam ayah2 orang lain...soalan ni pernah membelenggu saya.

saya: Abah, selamat hari lahir. moga panjang umur, murah rezeki.
Abah: em. abah tak reti. 
saya: (speechless)

abah bukan tak sayang. saya tahu. abah cuma tak reti.

Abah....sayang abah sangat2... terima kasih sebab abah marah dan tegur anak abah ni. kalau tak, ntah-ntah anak abah ni tak jadi orang sekarang ni. terima kasih sebab abah cari rezeki utk kami semua anak-anak abah. majoriti anak abah 'sihat'. cukup makan, malah terlebih. alhamdulillah. dulu, mungkin abah impikan anak abah ni jadi doktor. tapi anak abah jadi misi pulak. tapi anak abah ni tahu, abah tetap bangga dengan anak abah kan? bila orang tanya pasal anak abah, abah akan cakap "ini misi". anak abah ni janji, akan usaha jadi insan yang terbaik dan membanggakan mak dan abah. insan yang terbaik adalah insan yang bermanfaat pada orang lain kan? insyaAllah anak abah akan bergerak ke arah itu... anak abah akan ingat pesanan abah, insyaAllah.
abah pesan:-

senyum walaupun terbeban dengan masalah. 
jangan campurkan hal peribadi dengan kerja.
sambung belajar dan berkembangkan kerjaya. 

insyaAllah abah...doakan anak abah berjaya dunia akhirat....

sayang Abah kerana Allah..... (:






Baca sampai habes >>

sy seronok!::

salam alaikum :)


bagi adik2 yang bersekolah, pasti minggu ni paling stress. minggu siapkan homework dan packing barang at the same time. sy pun faham sangat perasaan tu! malas. huhu dan setiap kali nak balik skul, mesti muka seposen je. nampak kelibat sekolah, lagilaaaaa.wahai...jika anda memahami perasaan tu...

minggu ni teman kak ima balik kampung kat temerloh. seronok, dapat jalan-jalan.dapat makan kenuri. dapat makan patin gulai tempoyak femes di temerloh!ehem,
walaupun dalam pahang jugak, tp seriously seronok! mana tak nya, 'tempat sendiri' pun tak habis jelajah. hehe di sepanjang jalan ke triang ada sungai. mati-mati saya ingat tu tasik bera. alih2 sungai pahang. erk. parokkk.

semacam kekuatan mengalir balik dari pahang ni. nak fokus pada study dan jawab paper LJM dengan sepuas hati. supaya dapat balik raub dengan hati yang berbaloi. insyaAllah (:


**************************

kiri dan kanan. depan dan belakang. dari atas hingga ke dasar. benar mahupun tipu. tak perlu diceritakan semuanya. Allah Maha Mengetahui. dia Tuhan, kita hamba.....

Baca sampai habes >>