Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, November 18, 2012

happy birthday :)

salam alaikum ^_^

nothing much to say,

happy birthday! 

moga dipanjangkan umur.

dimurahkan rezeki.

najah fiddunya wal akhirah.

awk tetap muda, dun worry keyh? :P

19 Nov 2012 : 3.23am

Baca sampai habes >>

Friday, November 16, 2012

kepercayaan ::

salam alaikum =)


almost everyday akan buka fb dan blog. tapi like seriously mati kutu tak tahu nak tulis pasal ape.
so random jela tulis harini. takda spesifik title nak cakap, random thought jela.

sumthing happen from last night. until dis evening. saya dengan 4 orang lagi kawan hampir-hampir putus asa nak cari jalan penyelesaian kepada konflik yg tercetus. alhamdulillah, semuanya dah beransur baik. tak terlalu baik, tapi sy rasa better la. at least dah boleh senyum. syukur alhamdulillah =)

apa yg boleh disimpulkan drp apa yg terjadi? jangan terlalu percayakan orang. !
sedih. geram. marah. benci. kecewa. semuanya bercampur baur. tapi semuanya dah terjadi.
semuanya tak boleh nak diundurkan lagi. tp, everything happens for a reason right?
bagi yg melihat, hanya mampu memberikan sokongan dan doa.
yang menanggung di atas bahu? banyakkan bersabar ye sayang? :'(
i know its hurt . . . . .

tak boleh nak bayangkan if perkara ni terjadi ke atas sy. nauzubillah. 
ambil iktibar daripada apa yang terjadi.
again, jangan terlalu percayakan orang!

jangan terlalu percayakan lelaki. walaupun dah bertahun-tahun kenal.
walaupun dia menjanjikan segunung kebahagiaan.
selaut kesetiaan dan kejujuran.
pengorbanan dalam cinta dan kasih sayang.
jangan terlalu mempercayai...... 
jangan.....

kejadian ni terlalu dekat dengan saya.
secara tidak langsung terlibat dalam proses meredakan ledakan amarah insan.
yang dahulu terlalu saling mengasihi sehingga cinta bertukar menjadi derita.
kegembiraan bertukar menjadi tangisan kepiluan.
kata-kata cinta bertukar menjadi makian.
impian mahligai rumah tangga yg diimpikan bersama ranap sekelip mata.

jangan terlalu mempercayai...

wasatiyyah ! yaaaa! bersederhana !

bersederhanalah dalam mencintai......

saya pulak yg rasa serik. hurm.

doa yang terbaik utk kawan sy :'(


Baca sampai habes >>

Saturday, November 3, 2012

demam peperiksaan ::

salam alaikum :)


baru habis paper medical. phew. soalan target mengena. alhamdulillah. *senyum lebar.*
tapi bentuk soalan dia agak berbeza dengan soalan2 past year.  not so familiar with those questions.
tp, mudah-mudahan pemeriksa baik hati. dan pemurah dlm bg markah. biiznillah =)

sebenarnya last week lagi exam dah start, dimulai dengan exam praktikal pada hari rabu.
so, pagi exam tu sms kakak2, abg2 n adik cakap tolong doakan. ritual bila nak exam.
so happy bila diorang reply mesej. rasa semangat nak pegi exam. so, thanx to my siblings.
mak abah wajibun col. sumber kekuatan, inspirasi sy ;)
tak dilupakan to my dear friends :)
ucapan gudluck daripada anda semua sangat memberi kesan kepada saya.

2 bulan lepass...
dalam minggu peperiksaan jugak.....
masih saya ingat lagi masa tu kertas terakhir peperiksaan pertengahan sem. 
10 minit sebelum masuk dewan peperiksaan tu, saya col henset abah. 
2x dial tapi abah tak angkat. meby abah tengah solat sebab masa tu pukul 1 lebih. 
pukul 1.30petang, kitorang semua dah kena beratur masuk dewan.
tiba-tiba terasa nak bawak masuk fon dalam dewan sebab pengawas ada sediakan kotak taruk 
fon, purse dan barang2 berharga. so last day kan, bawak jela masuk. takda hal punya laaa.
off henfon. pastu, tetiba terdetik, eh, alarm dah off ke? (padahal alarm & reminder bangun pagi aje)
walaupun dah off fon, tapi kalau ada alarm or reminder dia akan berbunyi kan?
so, on balik fon. delete semua reminder & off alarm.
dengan riang masuk dewan exam.

masuk dalam dewan, semua senyap. tiba-tiba pengawas umum "fatimah abdullah lepas exam jumpa ketua program" pergh. sentapp. tau dah sebab apa. pastu, pengawas tanya, "mana fatimah, sila angkat tangan" saya pun angkat la tangan. "ok, sila ke depan" dengan muka merah dan tebal seinci sy pun pegi depan.
jantung berdegup lebih kencang. sampi kt depan, pengawas, merangkap puan sy tanya, "minggu depan awk masuk wad psy kan? jadual ni ada sikit perubahan, nnti lepas exam jumpa saya ok?"
punya la jantung nak tercabut...pastu pengawas suruh sy ambil tempat..

baru je nak duduk, tiba-tiba satu henfon berbunyi! macam ku kenal saje bunyi ituu....
pergh! "aku tak silent fon!" cepat-cepat bangun daripada kerusi, pergi ke kotak berisi henfon...
"Abah colling" cepat-cepat tekan cancel. dan off henfon.
palpitation sekali lagi....baru teringat, tadi dah off henfon. pastu on kan balik sebab nak tutup alarm.
pastu dah tak off dah. dan tak letak dalam silent mode pun...apa lagi, abah pun col back la...huhuhu

semua mata pandang saya. dalam hati, "harap2 puan tak ambil tindakan rampas fon aku"
alhamdulillah puan rilek2 je. syukur. dengan muka yang bengkek dan tebal 5 inci sy duduk semula,
baca doa penenang hati. dan kertas mula diedarkan.....

1st and last laaaa....hoho malu, tapi kelakar...

********************

ada 2 subjek lagi belum selesai! go go chaiyok! may Allah ease =)

sisters =)

Baca sampai habes >>