Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Saturday, July 28, 2012

mengejar bayang::

salam alaykum. :)

harini masuk Ramadhan yang ke-9. masa berlari begitu pantas. 
sedar tak sedar, semuanya seakan berlari...
pantas. deras. laju. em.

minggu yang ke-empat bagi sesi teori/kuliah. minggu ke-dua ramadhan.
semua orang bagaikan berlari. roh dan jasad saling berkejaran.
mana yang nak dipenuhi dengan roh. mana yang nak diisi dengan kehendak jasad.
maka, berlakulah aktiviti bercakaran antara incik jasmani dan puan rohani. 
efeknya boleh dilihat. dengan tindak-tanduk dan calar-balar minda.
kecelaruan. urgh. wahai hati, anda sakit?
payah nak dijelaskan. tapi jelas, bukan hati ini sahaja yang berkecamuk.
melibatkan banyak pihak. terang dan bersuluh.
kita tak boleh puaskan hati semua pihak, kan?
dan. amat payah untuk sesetengah orang untuk berkorban.
walaupun demi sesuatu yang penting. tp,
amat mudah untuk bergadai demi sesuatu yang berkepentingan. 
di mana keadilan?
tiada yang sempurna melainkan yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.
sekurang-kurangnya, tahu di mana had dan batas. memadai.
pening. berkecamuk. bergelora.
nausea. vomitting. vertigo.
sekian.



Baca sampai habes >>

Saturday, July 14, 2012

cameron highlands ::


salam alaykum :)

kenal cameron highlands tak? CH terletak di negeri pahang darul makmur. negeri kome tu!hehe 
name je orang pahang, tp sy baru 1st time pergi CH. tu pun sbb abang n family mertua dia dari johor datang jauh2 nak pergi CH. disebabkan sy tengah cuti sem time tu, so sy dapatla ikut free of charge. dah lah gi time takde pitih. memang jalan-jalan cuti mata ajela. hehe 

CH antara salah satu pusat peranginan yang beriklim sejuk2 ala2 england gitew. haha suhu taklah sejuk mana. ala2 duduk dalam aircond lah. kabus tebal boleh nmpak area pagi-pagi. time tu boleh la nak bajet dok england jap. tp untuk org yang x berapa tahan sejuk macam sy, tidur malam memang tak tahan. pagi-pagi takot nak pijak simen. sejukk. last but not least, hope dapat pegi CH lagi. nak bawak si dayah yang terlepas peluang pegi CH sbb sekolah. best jugak pergi time hari bekerja. tak lah sesak mane. huhu

okey, let the pictures tell the stories :)

konvoi 3 bijik kereta

jalan-jalan cari souvenirs


mak di ladang teh :)

khadeeja kepenatan. omey. sejukkk...
dis picture was snapped by mat saleh. hihi

sweet couple. walid n mummy :)
ummi ngn zahin :)

breakfast stobery .

marvelous. acu ah teck blanje.

deeja comel. geram!




papai CH. nak balik raub dahh. 
 
sehingga berjumpa lagi! insyaAllah :)


 





Baca sampai habes >>

Friday, July 13, 2012

ikhtilat?

Assalamualaikum. again, its weekends! pejam celik-pejam celik dah  bertemu hari minggu. 2 hari yang bermakna utk merehatkan minda dan tulang 4 kerat. hehe


alhamdulillah berkesempatan mengikuti majlis perasmian" kempen hidup bersyariat" di gelanggang bola jaring, asrama pelatih KSKB Sg.Buloh terchenta. beramai-ramailah kami bersolat di netball court tadi. boleh tahan sambutannya.penceramah yang menyampaikan sedikit tazkirah ialah Ustaz Alif Mahari. pun sedap juga ceramahnya. gelak sakan. dan insyaAllah sy nak kongsikan sedikit berkaitan dengan ceramah selama lebih kurang 1 jam tu. moga bermanfaat :)

ikhtilat. macam pernah dengar. sebut pun pernah. maksud tu tau la jugak. ok good. so, how about pengamatan makna IKHTILAT? ikhtilat bermaksud percampuran. contoh? 
ambil satu bekas. taruk tepung, pecah telor, masuk air. add on mauripan. taruk tepi. gentel bulat-bulat, masuk kuali. jadilah, kuih ikhtilat. hihi *mengarut* cuma nak oyaknye, gitulah gamaknya ikhtilat. percampuran. 
dalam erti kata yang sebenar, iktilat ialah pergaulan atau percampuran lelaki dan perempuan ajnabi yang bebas dan tidak terkawal.

sms. chating. facebook.berbual. tanpa urusan dikira sbg ikhtilat.


'dah makan' 'buat ape tu?' 'dah tidur ke?' 'pakai baju ape harini?'

nyata sekali tak ada kepentingan di situ.

ini semuanya tentu sekali berkait rapat soal fitrah. fitrah. fitrah. semua orang yang normal berfitrah mengikut lumrah. adam dengan hawa. yusof dengan zulaikha. see? tipulah kalau tak ada perasaan nak menyayangi dan disayangi oleh yang berlainan jantina. ye dok? jangan melawan fitrah. kerana melawan fitrah, ia akan merebak menjadi barah yang sukar diubati. cuma, pagarlah fitrah dengan syariat Allah. sebab, apabila Allah haramkan sesuatu, masih terlalu luas nikmat atau alternatif lain yang Allah buka untuk ke arah itu. contoh, Allah haramkan arak. arak je. banyak lagi minuman lain yang halal diteguk. tea ais, milo tabur, nata de coco, air soya bean, laicikang, oren, carrot susu etc. tp kenapa arak jugak yang ditogok? nauzubillah. kufur nikmatkah kita? oh manusia. -.-

berbalik soal fitrah. kata ustaz Alif, tak salah nak bercinta. lebih-lebih lagi kalau berkeyakinan bahawa si dia tu betul2 kita rasakan dia jodoh kita. so, istikharahlah. tak susah istikharah. cuma solat 2 rakaat, baca alfatihah dan apa-apa surah. then, berdoalah gane2 pun. tp lebih baik berdoa dengan doa nabi.
nak dapatkan yang baik, kita kenalah bersedia menjadi yang terbaik. bagi wanita, jadilah yang mahal.
ustaz kata lagi, lagi mahal seseorang perempuan itu, makin dikejar oleh lelaki. yang murah-murah, tergedik-gedik, pun lelaki suka. tp nak buat bini jauh sekali. ek? ustaz yang cakap.

perigi boleh cari timba? eh. perigi statik je, mana boleh pergi cari timba. kan kan?
pada zaman Rasulullah dulu, saidatina khadijah yang meminang nabi kan?
melalui seseorang yang amat dipercayainya iaitu maisarah.
sejarah membuktikan bahawa perigi boleh cari timba. tapi masih dalam lingkungan yang dibenarkan.
berlandaskan syariat yang terpuji. adat boleh diselaraskan dengan syariat. kan?
gunakanlah perantara yang sangat dipercayai. dalam situasi dan kondusi yang terpelihara.
malu? malu kena bertempat. kalau seseorang wanita berkenan kepada seseorang yang dia yakin
lelaki tersebut boleh membimbingnya, kenapa tidak wanita tu bertindak kan? malu jugak?
itulah pentingnya perantara. dengan adanya perantara yang menjaga kerahsiaan.
contoh:-
perempuan A berkenan pada lelaki B. 


1st step: perempuan A beritahu kakaknya hajat di hati.
2nd step : kakak perempuan A berbincang dengan suaminya.(abg ipar perempuan A).
3rd step: so, abg ipar perempuan A bertemu dengan lelaki B. tanya dah ada calon pilihan ke? abang ipar A ni bijak. dia promote lah perempuan A ni. tak cakap pun yang si perempuan A ni minat si B.suruh si lelaki B istikharah.
4th step: si B beristikharah.
5th step: kalau setuju, alhamdulillah. kalau tak setuju, alhamdulillah jugak. tutup cerita sebab lelaki B tak tahu pun sebenarnya perempuan A tu yang mulakan. 

ini hanya sekadar contoh. see? takde malu-malu nye. lainlah kalau macam ni :-

perempuan A: awak, dah ada calon? saya rasa jantung sy dup dap dup dap je bila pandang, dengar suara awk.
lelaki B : hah? iye ke?
perempuan A: iyer. iyer sangattt...kalau boleh saya nak jadikan awk yang halal untuk saya.
lelaki B: masalahnya saya takda perasaan pun kat awak. 

teeeetttt.... malu tahap petala ke lapan. argh.! tak sanggup.

ikhtilat. bommm. bomm. kebaaboomm.

humm. banyak sangat kebocoran dalam pergaulan. muhasabah balek.

muhasabah. terkadang kita selalu terfikir. berkenaan jodoh. padahal tu urusan Allah.
siapa kata kita tak perlu berusaha. ? kita perlu berusaha!
dengan melakukan persediaan. baiki diri. dan doa sebaik-baik senjata mukmin.
sejauh mana kita berusaha, sedalam mana kita cinta.
kalau Allah tak izin, tak jadi jugak kan?
doalah. doa. Allah Maha Mendengar isi hati kita.
Allah juga yang memegang hati manusia. yang mengetuk dan membuka hati.
yakin pada Allah. yakin. yakin!



p/s : kalau sayang mesti bawa ke syurga. bukan hanyut ke neraka. ye dok? menjauh bukan bererti benci. jauh untuk mendekat, kata Ustaz Pahrol. ^_^

Baca sampai habes >>

Saturday, July 7, 2012

suwit::

salam alaykum. :)

sape sini ada anak sedara/anak buah? oh. ramai-ramai. 
sape sini ada anak sedara/anak buah yang sweet?
\(^___^)/ saya! saya!

pada suatu malam . . . . . . 

almustofa: makchu, makchu. seronoklah makchu ada.(makchu tido rumah)

makchu: yeke? knape pulak seronok?

almustofa: yelaa. sebab boleh tido dengan makchu.

makchu: yeke....?

almustofa: iyelah. sebab kami sayang makchu.

makchu: hehehe. *blushing*

almustofa: kami sayang makchu, tp kami juga sayang ibu kami! 

makchu: yer. yer.... hehehe (dalam hati, "sapelah ajar dia cakap lagu ni. haha")



almustofa :)


Baca sampai habes >>

1st week of lecture::

salam alaykum ^^


minggu ni berlangsung dengan smooth. tp kesadisan telah terserlah disitu. 1st week dah tersengguk dalam kelas. hihi normal thing i guess. sem ni saya menjadi budak kelas B pulak. bukan disebabkan result yg turun. hee tp, puan kami a.k.a penyelaras semester 5 dah rombak satu batch mengikut list name. nombor ganjil kelas A dan nombor genap kelas B. makanya, saya telah terpisah dengan kebanyakan geng2 sekepala di kelas lama. tp itu bukan menjadi masalah. saya tetap heppy di kelas B. percaturan Allah tu kan mmg terbaik utk setiap hambaNya. tkasih Ya Allah. :)

seperti biasa, 1st week yang penuh dengan introduction kepada subjek-subjek baru. subjek utama yang killer masih di carry forwad iaitu MEDIKAL dan SURGICAL.  manakala subjek-subjek baru adalah seperti MENTAL HEALTH NURSING, NURSING RESEARCH & NURSING MANANGEMENT. ! sangat menarik dan sangat tak sabar nak pergi clinical area(penempatan klinikal/wad/klinik). so, disebabkan sem ni kami belajar management maka, kami akan melakukan pengurusan di wad selama 2 minggu. dalam proses management, kami akan dinilai oleh sister di wad dari segi pengurusan masa, pesakit, juniors, report, wad secara keseluruhannya dan lain-lain. almaklumlah dah senior. uhuk-uhuk. dan ini  bukan satu kerja yang mudah. mudah-mudahan Allah bantu dalam setiap urusan. insyaAllah. bagi RESEARCH, kami dikehendaki membuat satu kajian berdasarkan tajuk yang kami pilih. so far belum ada sebarang perbincangan. maybe dalam tempoh terdekat. dan finally kami akan melakukan presentation di auditorium. pergh. 

yang paling tak sabar, nak pergi wad psikiatrik! 1st time posting kat situ. tak tau lah macam mana kan?hehe lain-lain, seperti biasa akan pergi ke wad medikal dan surgikal. klinik/ wad ENT(ear, nose, and throat) dan wad urologi dan nefrologi(buah pinggang). seronok sangat subjek sem ni. harap sangat dapat tingkatkan pointer untuk sem 5. no more play around. perlu lebih serius. dan lakukan sebanyak mungkin preparation utk bekerja. memetik kata-kata puan, "masa student u bertanya, orang akan jawab. masa u dah kerja u tanya, orang akan cakap u bodoh." yelah, kalau simple things pun tak tahu, memang naya laa. ada chance kena marah dengan sisters, matron & dr specialist. OH. TAK MAHU!!!!!

dan. saya akan terus berusaha. tingkatkan diri. tingkatkan ibadat. dan tingkatkan Iman. 
Allah ada. i noe :)


p/s: Ramadan. baunya semakin hampir. ^_^


sekarang kat bahu sudah merah. *wewitt*

Baca sampai habes >>