Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Thursday, April 26, 2012

kepala dua ::


selamat hari tua :)
saya dah 20 tahun. *wow*

review semula mesej birthday last year from Ayunni :-

"hati ini hari lahirmu. makin bertambah beban dakwah keatasmu, semakin dekat kematian denganmu,. 
maka, serikanlah pembakian umur ini dgn istiqamah dlm beribadah, agar pertambahan umur ini seiring dgn kematangan dalam berdakwah. " =)

satu lagi sms menyebabkan hati tersentap:

"pesanan khas buatmu(wahai fatimah). drp sahabatmu...
usiamu semakin bertambah wahai sahabatku. maka apakah usahamu utk menambahkan rasa kecintaanmu kpd Maha Pemberi..setiap detik, setiap saat Dia pinjamkan nyawa kpd kita utk mengupgrade keupayaan kita utk menjadi seorg tentera yang taat segala arahan Dia. adakalanya kita sentiasa kalah dgn tentera musuh kita(nafsu)...ketahuilah wahai sahabat selagi engkau sayang akan Dia, maka Dia akan berganda-ganda menyanyangimu. jika engkau sentiasa membela hakNya maka Dia berganda-ganda akan membela hakmu wahai sahabatku...marilah kita berusaha mencari redaNya kerana tanpa redaNya hidup kita tak bermakna...."

alhamdulillah. masih bernafas. masih diberi peluang berada di bumi Tuhan. masih banyak tanggungjawab tertunggak. amanah setimbun di pundak. umm. byk perkara berat yg perlu difikirkan. 
papepun, make everything easy oke? coz, after hardship comes ease. insyaAllah. :)



p/s: agak sedih la.... kalau kite sentiasa ingat besday insan2 yang kita sayang, tp insan2 ni sokmo lupa wish besday kite kan? tp.... bak kata ustz Pahrol, memberi bukan utk menerima. so, LA TAHZAN =)


Baca sampai habes >>

Saturday, April 14, 2012

iFest@UTP-Heart for Islam #1

Assalamualaikum :)

flashback trip ke Perak lepas exam formatif  baru-baru ni. for the 1st time naik electronic train service(ETS) gi Ipoh. secara solo plak tu. jumpa sahabat ssp dulu, Eika Azman selepas 3 tahun tinggalkan ssp! yg pasti, program ni sangat best! n i met osemm people. syukran yaRabb, dpt juga peluang ikuti majlis ilmu gini. banyak slot yg best bersama-sama ustaz dan ustazah yg best. antaranya, ustaz zahazan, ustaz zaharudin, imam muda hassan, dr.farhan hadi dan ustazah fatimah syarha :)
sy akan cuba sedaya-upaya untuk berkongsi ilmu sepanjang program 2 hari tu. insyaAllah. :D

iFest @UTP(Heart for Islam)-slot 1: Adiwarna Perpaduan by Dr.Raja Iskandar (pensyarah UTP)

Mengharungi perjalanan selama 45minit dari bandar Ipoh-Tronoh yang sangat mendebarkan bersama sahabat ssp,bureaumate!---> Eika Azman. Perasaan berdebar,beronok-ronok. Maybe macam perasaan 1st time org pergi dating kot. Hehe sangat berdebar nak sampai UTP. Masuk universiti yang femes kot. Erm…dan yang pasti ada mandat yang cukup besar menanti….

Setibanya kitorang di UTP, eika dah awal-awal pesan “Imah, nak sampai ke dewan canselor tu kena jalan jauh tau.” Sy pun olrite aje. Bukan selalu datang UTP. Boleh la menikmati keindahan panorama UTP.ecece. Kitorang pun slow-slow jalan masuk UTP. Tiba-tiba ada satu kereta lalu pastu tengok kitorang macam kenal aje. Rupa-rupanya dia sukarela nak tumpangkan kitorang sampai depan, kebetulan diorang nak lalu jalan yang sama. Apa lagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Jimat tenaga. Syukran YaRabb, hantar pasangan suami isteri ni tumpangkan kami....

Akhirnya sampai jugak dewan canselor. Cepat-cepat kitorang mendaftar n masuk bilik seminar. Masa kitorang masuk tu, Dr.Raja Iskandar dah mula program. Slot yang dinamakan “adiwarna perpaduan”. bg slot pertama ni, beliau cuba membawa para peserta seminar supaya berfikir… adakah kita menjadikan Islam sebagai cara hidup secara total, atau  sebagai ritual semata-mata? Umat Islam mesti berbeza dengan agama lain sebab kita adalah satu-satunya agama yang benar. Agama Islam berbeza dengan agama lain kerana kita mempunyai system yang complete dan terperinci. Lihat sahaja antara system Islam ialah politik, pendidikan,munakahat, sosial ,ekonomi dan sebagainya. Agama lain? Mereka tak mempunyai sistem tersendiri dan tidak complete seperti kita… 

Cuba kita renungkan sejenak..pada zaman Rasulullah dulu, baginda merupakan Perdana Menteri kota Madinah. Tp yang hebatnya, pada masa tu penduduk Islam di Madinah cuma 20% sahaja muslim. Selebihnya 80% adalah non-muslim. Mereka hidup dalam suasana harmoni dalam pemerintahan Rasulullah, dimana sistem yang diamalkan semestinya sistem perundangan Islam(daulah Islamiyah). So, cuba kita compare dengan negara kita. Pemimpin Islam, penduduk pun majoriti umat Islam. Tp, kenapa sistem Islam tak diamalkan? Bila sebut hukum hudud, pemimpin Islam sendiri menolak hukum ni padahal sudah terang lagi bersuluh, hudud wajib dilaksanakan sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran… sistem Islam bukanlah pada hudud semata-mata. Jangan mendefinisikan Islam sebagai satu juzuk yang kecil.! terlalu banyak yang perlu diperbetulkan dalam sistem di negara kita. Banyak sangat kelompangan yang tidak kita sedari lantaran terlalu nyenyak berada di dalam comfort zone…..T.T

Kesimpulan daripada slot adiwarna perpaduan ni….kita sebagai umat Islam perlu celik dan bangun daripada lena yang panjang. Perpaduan dalam kalangan umat Islam perlu dikecapi untuk mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana kita pernah mendominasi sati pertiga dunia satu masa dahulu. Memetik kata-kata Cik Eika azman “jadilah orang berilmu yang memimpin jahiliyah, bukan orang yang berilmu tapi berada dalam kepompong jahiliyah.”

Wallahualam….

cilop dr blog dr.eika azman :P


Baca sampai habes >>

kisah RIJAL ::

Assalamualaikum :)

derumah. esok ada mission yang suci lagi murni bakal berlaku. insyaAllah. :)
harini hari terakhir klinikal di HKL. alhamdulillah 5 minggu yang bermanfaat. banyak story morie.
ini salah satunya . . . . 


Wad Medikal lelaki., Malam itu buat kali pertama sy bertugas di cubicle 5. Saya sedia maklum kebanyakan pesakit di cubicle 5 menghidap TB(tuberculosis/batuk kering). Sepatutnya, pesakit dengan TB perlu di asingkan, tp disebabkan takda isolation room yang mencukupi, pesakit2 TB diletakkan di cubicle yang terakhir. Masa ambil pas report daripada staf nurse shift petang, dia ada inform tentang beberapa org pesakit yang berisiko. Antaranya, ex-IVDU(bekas penagih dadah), Hepatitis A, Hepatitis B dan Schizofenia(masalah mental). Buat sementara waktu sy geleng kepala. Haih. Dalam hati terdetik, “berisiko belaka patient aku nie….”

Memulakan tugasan sy dengan memeriksa aliran drip(air yang masuk ke badan pesakit). Mana yang dah kosong, sy up kan botol drip yang baru. Dari jauh nampak sorang pesakit ni duduk belakang sekali tepi tingkap. Pelawat dia still ada. Maybe mak & ayah dia. Tengah-tengah sy tengok drip pesakit tu, ayah pesakit tu tegur.”Oh, Fatimah. Kalau Fatimah dengar lagu ‘OH Fatimah’ mesti senyum-senyum sendiri kan?” em…” Saya senyum jela pakcik. Segan saya. Lagu tu langsung tak serupa dengan sy. Pinggang ramping,leher jinjang. Mengarut jela.hehe” Then, boleh pulak dia cakap…“Oh, fatimah…nama girlfren pakcik 50tahun dulu.” Saya sengih je. Boleh pulak dia teringat nama girlfren 50tahun dulu. Harap-harap makcik di sebelah tak jeles. Haha pastu, sambung kerja bla-bla-bla~

Malam yang memenatkan. Sorang pesakit ni perlukan tranfusi darah tp dia demam. Doktor arahkan bagi paracetamol(PCM) 1 gram. Lepas setengah jam, suhu turun dari 38.4 C kepada 38.1 C. haish turun sikit aje so, kena buat tepid sponging(mandi berjerelum). Pesakit ni ex-IVDU jugak. Badan-badan penuh kulit yang menggelupas. Sy pun cakap nak lap badan dia. Boleh pulak dia refuse. Aih, macam mana ni? Serangan psikologi tak menjadi. Sy pun suruh doktor cakapkan. Lepas dah bertegang urat sekejap, barulah pesakit tu rela nak di lapkan badan. Lepas setengah jam lap badan dia, Alhamdulillah suhu turun 37.1 C. yahoo!intervensi kejururawatan berjaya. Hihi makanya, blood transfusion pun dimulakan. Blood pressure(BP) kena ambil 15 minit, 30minit, 1 jam sekali. Kena tengok sama ada blood jalan smooth. Pesakit tak ada reaction (gatal-gatal,menggeletar dll).

Lampu ditutup lebih kurang jam 11 malam. Prosedur pun dah kurang dijalankan, except pesakit blood transfusion tu. Tiba-tiba pesakit hujung tadi panggil. Mak ayah dia dah balik. Dia surung tolong ubahkan posisi badan dia daripada menelentang kepada mengiring. Pesakit ni lumpuh seluruh badan, kecuali kepala. Umurnya lebih kurang awal 30an. Sedih juga mengenangkan nasib orang muda macam dia. Masa tengah tolong ubah position dia, tiba-tiba ternampak tatu gambar api kot kat bahu dia. Hurm. Sedih sekejap. Pasti ada kisah silam disebalik semua tu kan. Mudah-mudahan dia dah berubah….

Erm, botol drip KCL yang dialirkan ke pesakit td tu dah habis. Doktor tak order sebarang drip lain untuk dia. So, sy pasangkan stopper kat tempat penyambung antara tubing drip dengan jarum di tangan pesakit tu. Dia mengaduh sakit masa sy cuba nak buka tubing tu. Kebetulan cleaner wad kitorang yang peramah ada kat depan katil. Dia pun cakap,”alahh, gangster pun sakit” pesakit tu senyum je. Dia memang dah kamceng dengan cleaner tu. Sy balas”ish, sampai hati. tak baik tau. Satu doa tu”  then cleaner tu balas “ sekarang memang dia dah baik. Tp, dulu dia gangster tau..”
Alhamdulillah kalau dia dah berubah….everyone deserved a second chance, rite? Tiba-tiba teringat sesuatu…. “Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai ditanya tentang lima perkara: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dari mana dia dapatkan dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut, dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang telah ia ketahui.” (HR. At Tirmidzi no. 2340)
Terpandang bahu dia sekilas….luka dalam boleh disembuhkan, tp parutnya tetap ada….erm
Suatu hari nanti apabila kita dibangkitkan, pasti Allah akan menyoal, “masa mudamu dihabiskan untuk apa?”

:'(


Baca sampai habes >>