Kami tak takut jarum :)

Berilah injection LIKE pada blog ini

Sunday, January 29, 2012

lesen beso::

salam alaykum : )

k.watie cakap, before kerja kita kena ada 2 lesen beso-----> lesen memandu(kereta, moto)+lesen kawin(kursus kawin) hehe. oke, skrang nk bukak cerita pasal lesen memandu ye. 



hari ni dah 3rd time sy menghadiri kelas memandu di IMKL( institut latihan memandu KL) yg terletak di area gombak,key-elle. weekends penuh dengan kelas dari pagi hingga ke petang. banyak betul pengalaman baru sejak menjadi student IMKL ni. ecece. kalau dulu dengar kawan2 dok crita depa pi driving skul, kini diri sendiri pulak yg melalui proses untuk mendapatkan lesen besar ni. hehe *seronok*

well, 1st sekali nak pergi kelas memandu, kena prepare duit. kalau pitih x dok, x leh gop. alhamdulillah ade cawangan yg sudi 'sponsor' perbelanjaan pergi ke kelas ni. nak harapkan duit elaun, memang x cukup makan ank mak ni.hehe

hari pertama pergi driving class, macam excited la. kitorang pergi ramai2. naik van cikgu jemput. so, berkenalan dengan cikgu yang bakal ajar dan incharge kitorang. cikgu syukri. ore klate :P
sampai2 kat driving academy tu, cikgu bawak ktorang pergi daftar, then thumb print sebagai bukti kitorang datang kelas. thumb print ni wajib bila masuk kelas n selepas habis kelas.scan IC, pastu cop jari. : )
pastu, kitorang kena masuk kelas KPP(kurikulum pendidikan pemandu). kitorang dibekalkan dengan buku KPP. dalam tu ada semua syllabus pemanduan dan soalan2 untuk test komputer. ceramah yang kitorang ikut di adalah selama 5 jam. =.=' okla, not bad.penceramah dia pun kelakar.tp, yg peliknya ramai jugak yg tido.keh3 oke, antara 6 orang(sy,faka,nina,dilah,k.shiema,hafiz) yg pergi sekali dengan sy, hafiz yg paling khusyuk dengar ceramah kot. dia x tido langsung tow.mantop le hafiz! *thumbs up*

next class ialah test computer. memang cuak habis sebab tak prepare nak jawab soalan tu. buku KPP x khatam pun. mana tak nye, malam sebelumnya, keluar pergi cari beg skolah n cari stok makanan kat econsave. pastu balik dah dekat pukul 10pm. makan,mandi,solat, melagho, sedar2 dah pukul 11pm. baru nak start bace buku, mate dah gedik2. k.watie semangat je crita pasal soklan2 yg bakal keluar. yana my rumet plak siap bagitau soklan mana yg femess. rase macam nk amek exam beso je kan.he
pagi tu kat tempat amek test, sume bejalan lancar dan alhamdulillah sy pass test comp tu. saya n yana=44 k.shiema=45 nina=46 n thr mantop girl, Faka=48 : )

after dah lulus, kitorang masuk kelas Pra-L kereta. which is ceramah 3 jam, dan bengkel amali kereta 2 jam. syok jugakla. banyak benda yg baru sy belajar. kenal organ2 dalam kereta, cara nk jaga kereta, minyak, enjin dan banyak lagi. sempat cikgu tu tanye kat semua calon dalam kelas sy tu kereta idaman masing2. tau sy jawab apa? Vios. actually tak pun. tak da kereta idaman pun stakat ni. hehehe
bengkel amali pun best, sebab penceramah dia agak kelakar kot. oke, bengkel amali takde sorang pun tido ye. haha 

helmet murah- diperakui oleh sirim : )

the next day(harini), masuk kelas Pra L Motor pulak. agak bosan sebab tak tunjuk slide show atas masalah teknikal yg tak dapat dielakkan. kelas mula lambat kot. sebelum kelas start, macam2 ragam orang sy diusha. hehe ada yg tido, ade yang bergayut, ade yg main '1,2 jus' ade yg main game kt henset, ade yg main B.I.N.G.O, n ade jugak makhluk tersesat tengah buat assignment.huhuhu
memetik kata2 cikgu yang bagi ceramah tu, 'sebenarnya, motor langsung takde ciri2 keselamatan. semuanya bergantung pada pemandu dan cara pemanduan' kesimpulannya, bawak motor, memang bahaya! 

bengkel motor di sebelah petang agak mengecewakan. gara-gara datang lambat, tak de seat kosong untuk kitorang. kena duduk dekat pintu luar, sayup2 dengar suara cikgu yg mengajar tu. lepas cikgu habis bagi ceramah pasal cara nk ujian motor,dan sebagainya, kitorang diberi peluang untuk bawak motor. cepat2 la rebut motor sebab motor x cukup untuk 30 org calon. 

berjaya dapatkan motor, tp yang sedihnya, tak berjaya nak start motor tu. bila start motor, dia padam. banyak kali. adoi, kelihatan seperti diriku seorang yg tak pernah bawak moto. segan doe. atlast, hidup gakla motor tu. percubaan kali pertama melalui titi failed! hoho yang lain2 tu insyaAllah ok. need to improve my skills. many moree to learn. bukan senang nak bawak motor kot. haish.

alhamdulillah dah pass untuk L. next week insyaAllah L keluar. hehe *senyum lebar*
tak sabo nak pegang stereng kereta, tekan clutch,brek,minyak n remp-it!huhu



p/s:doakan sy mahir bawak kereta n motor ye. plus, keberanian. chaiyok2!~ (^_^)


Baca sampai habes >>

Monday, January 23, 2012

::the love letter::

salam alaykum :)

*reading in progress*

dah lame teringin nak bace 5tahun 5bulan. haritu adik sy  offer nak pinjam drp kezen. mula2 malas oo nak bace buku cuti2 gini. at last, yah pinjam gak tp 4 her own la. urgh, dah buku tu dok depan mata, amekla bace. dah bace, ralik la pulak. huhu i never refuse hlovate punya karya ok. memang da best. :P

dalam setiap karya hlovate ni, mesti dia akan selitkan something yg meningful sangat2. islamic plus sempoi je gaye penulisan dia. banyak yang sy blajar from dis novel walaupun belum habis bace lagi.hihi antara yang buat sy tersedar ialah tentang the love letter from Allah ; ayat2 Alfurqan.(kalamullah)

mesti korang slalu bace surah Al-Insyirah esp bila musim peperiksaan kan? korang pernah tak realize maksud surah tu? sy dulu penah gak baca terjemahan dia, tp sekadar bace je kot.begitulah hakikatnya, jika kita menggunakan hati yang lalai, kebenaran depan mata pun tak tersingkap...  ish3
lepas bace hlovate tu, try search semula terjemahan Al-Insyirah tu. pergh, memang superb dia punye meaning. rasa lebih masyuk bila kita mencari untuk tahu, dengan bila kita baca ayat tu memang dah ada depan mata. 

jum kite same2 hayati :-


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?


(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).



Kelebihan Surah Al-Insyirah.

  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".


and, korang perasan tak, ayat ke 5 dan ke 6 tu same? Allah beri penegasan bagi ayat tu.
setiap kesusahan, memang ada kemudahannya. 

‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."

maka, sebagai hambaNya yang mengaku beriman pdNya, kita kena 200% percaya pada janji Allah.
one point yg kita kena slalu amalkan, berSABAR lah wahai hati. dengan bersabar, setiap kemudahan pasti menemui jalan kesenangan.

Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syairnya :-
Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.
Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
maka ia pasti akan selamat.
Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.
Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolongan.
-credits republika.co.id-

"Verily, after hardship comes ease, after hardship comes ease. So, when you have finished your duties, then stand up for worship. And to your Lord turn your invocations"[AS SHARH:5~8]





Baca sampai habes >>

ditoreh tak berdarah

salam alaykum :)

semalam pegi rumah teacher skolah rendah dlu. sempena dgn Gong Xi Fa Cai. dpt gakla makan satay, roti jala, n macam2 lagi makanan yg osem dan dijamin halal. not to forget, ang pau wangi pun dpt.huhu :)

tengah2 kitorg berborak tu, teacher sy tanye la blaja mane, buat ape skrang. so, ckpla yg sy amek nursing under gomen. hurm. cam sedeh gle kot. she assumed sy as one yg tak berjaya sbb jadi nurse. ex-seri puteri boleh jd nurse je? how come. whutt? sy yg menanggung ni, sdikit sebanyak, hurt deep inside. urgh =.="

sy tak salahkan teacher sbb dia maybe kecewa la dgr one of best student time skolah rendah dulu x dapat masuk uni. then, jadi nurse pulak tu. but . . . . hurm i feel like crying. rase macam down gle!!!!!!

jadi nurse tak da masa depan yg cerah ke?????? 

tolong delete stigma negatif tu, cz i really sick untill now....

kenapa? mengapa? apakah? adakah? mengapakah?bagaimanakah?

macam mana nk buat diorang faham???

                                                               **************

Puan A

tak pernah terfikir nak masuk nursing- cita-cita sama ada nak jadi doktor atau cikgu-isi borang nursing sebab kawan ada borang extra- lulus interviu- dapat masuk nursing- kerja dan kutip pengalaman sbg nurse- pergi kursus pos basik- sangat skillful sampai menjadi febret doktor specialist-pesakit suka kalau dia yang masukkan jarum untuk masuk air (line untuk IV drip) sbb tak sakit-doktor2 jadikan dia sebagai rujukan tentang dosage ubat, dll- ambil degree-ambil master-now, sedang completekan PhD- :)

*walaupun mula2 beliau nak jadi doktor atau cikgu, at last, dapat jadi dua2 sekali. dapat jd pengajar jururawat(cikgu), dan doktor(amek PhD, dapat title doktor falsafah :D)

                                                          *                *                     *

saya dah penat nak jawab soalan2 tu. cukuplah sedih tak masuk uni. macam2 lagi sy nak kena fikir.
sy harap sgt dapat buktikan pd masyarakat, kerjaya nurse adalah sangat mulia. sy nak jd jururawat yg beriman. skillful. profesional. penyayang. berilmu. sy akan jejak menara gading juga suatu hari nanti, insyaAllah. mana tahu dapat study smpai PhD, betul2 jadi  >DR.FATIMAH.< (amin...)

REZEKI manusia dah ditetapkan Allah. cuma cepat atau lambat yg membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. yakin dengan janji Allah.

Usaha-Doa-Tawakal :: miftahul najah(kunci kejayaan)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Ya Allah luaskanlah rezeki kami . . . .

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



seri puteri tetap dihati, no matter what <3

Yes, proud to be a nurse :)

Baca sampai habes >>

Saturday, January 21, 2012

cuti rehatkan minda ^_^

salam alaykum :)


hallu ladies n gentlemen :D waaa...rindu gle kat blog sy ni. tp apakan daya, online skali-skale menyebabkan hajat menulis kat sini terbantut. nampaknye, sawang dan sarang labah2 terpaksa di vakum a.s.a.p. hehe
alhamdulillah semalam sy selamat sampai di rumah jam 9 lebih. dengan basah kuyup,sejuk dan terketaq2 turun bas. nasib baik buah ati pengarang jantung tunggu tepi jalan, hulur sekaki payung. hehe tenkiut abah sygg :)

bersempena dgn Cuti Tahun Baru Cina ni, ramai yg sama dengan saya, ambil kesempatan untuk balik ke kampung, walaupun tak celebrate CNY. hola, raye aidilfitri yg cina, India semua pun nak cuti, diorang punye raye, kite pun nak cuti gakla.baru la fair n square,kan? (^_^) hihi 

as usual, KTM tetap dgn kesesakannye. kalau tak sesak, bukan KTM la namenye. =.='
hujan lebat menambahkan keasyikan balik kampung. basah lenjun unifom, blazer dan beg skolah sy. :(
sampai2 je stesen bas pekeliling, jam menunjukkan pukul 6 petang. sy n k.watie brgegas ke surau.
surau tu kecik je, kurang selesa sebenarnya, tp kewajipan ttp ditunaiikan. then, jam menunjukkan hampir 6.30pm. cepat2 salam ngn k.watie, n dia pun cepat2 naik bas bulan restu, terpampang 'temerloh'. sy pulak, berlari anak gi ke arah bas hijau. ramai berkumpul kt depan bas tu. mula2 was-was nak naik. papan tanda bas tu tulis "Raub-Kuala Lumpur". lame tunggu kat depan bas, at last slumber je naik. nampak je seat 13, trus taruk beg n duduk. cam bese, seat febret sebelah tingkap. boleh la nikmati keindahan panorama kununnye. tiba2, satu suare tegur dari seat depan. "Dik, bas ni pergi lipis ke?"
tak pasti sebenarnya. sy pun tanya akak sebelah seat "Bas ni pergi mana?" dia jawab "Raub".
alamak, nampaknye silap naik bas!! tiket sy beli tu "Raub-Benta-Kuala Lipis" hayyoo.
cepat2 turun bas, dan lari gi bas belakang.hehe sy beli tiket Benta. sbb boleh terus berhenti depan rumah :)
kalau beli tiket "raub", kena berhenti kat banda raub je.huhuhu

sebenarnya, seronok sgt2 kot nak baik cuti ni. bukan nak mengeluh, tp. . . . nak mengadu nasib.
penat sangat sem ni. +.+  tau nape? sem 4 ni, kitorang dah lain sangat dengan sem2 sebelum ni.
kalau sebelum ni, pemalas tahap Giga, sem ni, rajin semedang tau tak! balik kelas, pergi jogging 6-6.45pm. malam, mendobi n iron baju. pastu, assignment dah mcm prkara wajib pulak dah. kena bukak internet, taip kat power point. payah sket x da lappy. buat muke kesian, tumpang le kat laptop Fatma, x pun laptop jiran sy, K.zara n K.wawa...em, kena prepare artikel untuk subjek baru. baca topik yg dah belajar. esoknya, puan akan tanye ape yg dah dia ajar. huwaaa....rajin kan??mak abah sure bangga dgn anak dia ni.huhu

yeah, i'm home. alhamdulillah. nak rehatkan mata. nak rehatkan minda. nak cuba lupakan sekejap perkara2 kt sg.buloh. pffft. also, perkara yg melaghakan. tu yg paling nak dilupakan. ujian..ujian...
hurmm, knapelah kena fikir pasal tuuu kan. tak nak pk. tak mahu~

oklah, thats all 4 now...many more to story....but...keep it secret is better. insyaAllah...

p/s : warga 20an memang fikir banyak macam ni ek??


Baca sampai habes >>